Di tanah gersang yang dihiasi ribut pasir yang bertiup sederhana kencang, seorang ayah bersama dua anak gadisnya menentang seekor raksasa labah-labah yang berukuran dua kali ganda lebih besar daripada manusia biasa. Tubuh raksasa itu dihiasi duri hitam yang banyak dan ke enam matanya merah menyala. Hanya untuk bertahan hidup, hanya untuk melindungi dua pertama dalam kehidupannya, Si Ayah sanggup menentang raksasa itu hanya menggunakan sebuah pedang besi yang rapuh.
"Ting!" Pedang rapuh si ayah patah apabila bilahnya yang tumpul itu bertembung dengan kuku keras milik raksasa tersebut.
"Buk!" raksasa itu menghambat tubuh Si Ayah menggunakan kukunya yang panjang hingga membuatkan lelaki itu terbuang jauh daripada kedudukannya bersama mulut yang mula mengalirkan darah.
"Ayah..." salah satu daripada anak gadisnya cuba untuk membantu ayahnya. Berwajah cantik dihiasi kulitnya yang putih kemerah-merahan, berhidung mancung, kedua matanya yang bundar itu dihiasi dengan bola matanya yang berwarna biru kristal dan berambut panjang paras bahu berwarna kuning gelap.
Gadis cantik itu berlari ke arah raksasa labah-labah tersebut sambil memegang sebuah kapak besi berwarna merah. Apabila semakin hampir, dia melompat lalu mengarahkan kapaknya itu tepat ke bahagian tengah kepala raksasa itu.
"Pang!" pertembungan berlaku diantara kapak itu dengan kulit keras milik raksasa labah-labah tersebut.
"Buk!" raksasa labah-labah itu menghambat pula tubuh Si Gadis hingga terbuang ke bahagian belakang semula.
"Jane!" teriak kakak Si Gadis. Berwajah cantik dihiasi kulitnya yang juga kemerah-merahan. Berhidung mancung, kedua matanya yang bundar itu dihiasi dengan bola matanya yang berwarna merah gelap. Bibir kecilnya juga berwarna kemerah-merahan dan rambutnya yang ikal mayang itu dibiar lepas paras dada berwarna hitam gelap.
Si Kakak berlari sepenuh hati menuju ke arah adiknya yang terbaring menahan sakit terkesan daripada hentaman yang dilontarkan oleh raksasa labah-labah itu. Tanpa dia sedari, raksasa labah-labah itu sudahpun berlari ke arahnya bersama kedua kuku panjang yang sedia untuk menusuk ke dalam tubuhnya. Hampir sahaja kedua kuku itu menusuk ke dalam wajah Si Kakak,
"Tsukkk!" Si Ayah berlari menghadang kedua kuku itu daripada menusuk ke dalam wajah anaknya. Kedua kuku itu menusuk pula kedalam bahagian dadanya hingga tembus ke bahagian belakang menghasilkan percikan darah merah yang sangat banyak.
Si Kakak terduduk bersama kedua matanya yang mula mengalirkan air mata. Adiknya pula ingin berlari ke arah Si Ayah, namun situasi menghayat hati itu membuatkan kedua kakinya kaku. Tubuhnya hanya mampu mengalirkan air mata tidak lebih daripada itu.
"Buk!" raksasa labah-labah itu melepaskan kedua kukunya daripada tubuh si ayah. Tubuh manusia itu terhempap ke bumi tidak bermaya bersama air mata yang mula mengalir.
Ketiga manusia itu kaku tanpa bicara. Si Ayah kaku bersama tubuhnya yang diambang maut, kedua anak gadisnya pula kaku bersama kejutan jiwa. Raksasa itu mengangkat semula kedua kukunya lalu mengarahkan kedua kuku itu ke arah Si Kakak.
"Maria! Lari!" Jane memecahkan suasana yang sedih itu dengan suaranya.
Gadis itu tetap dengan kedudukannya. Kedua matanya terpejam dikala sinar sudah hilang didalam jiwanya. Mati lebih baik daripada menanggung kisah yang menyedihkan. Hampir sahaja kedua kuku itu menusuk masuk,
"Tsing! Tsing!" Sufi muncul secara tiba-tiba di hadapan Maria memotong kedua kuku tersebut menggunakan kedua pedangnya.
Raksasa itu meronta-ronta kesakitan dan berundur ke bahagian belakang selangkah demi selangkah apabila melihat riak wajah Sufi yang sangat menakutkan. Pemuda itu tetap tenang, namun kedua matanya yang merenung ke dalam ke enam mata raksasa itu bagaikan si pemangsa yang akan menelan si mangsa.
YOU ARE READING
Matahari Yang Hilang
خيال (فانتازيا)Sehari dalam kegelapan, seminggu dalam kegelapan, bertahun dalam kegelapan dan akhirnya kegelapan itu tidak berpenghujung. Itulah yang berlaku kepada alam usai suatu sinar putih memancar dengan terangnya ke seluruh tempat. Alam kehilangan matahari...