❤️
You there?Delisya yang baru masuk ke dalam penthouse itu tertawa kecil melihat mesej yang baru dihantar sesaat lalu. Macam tahu-tahu sahaja lelaki itu dia baru sampai di rumah.
Malas mahu membalas, dia memasukkan semula fon pintarnnya ke dalam tas tangan.
Setibanya di bilik tidur, dia meletakkan tas tangan itu ke tepi sebelum menanggalkan kedua kasut tinggi yang seakan menyucuk kakinya sedari tadi.
Dia mengintai bahagian pergelangan kakinya yang memerah mengelupas sedikit. Sudah sedia maklum setiap kali dia menggunakan kasut baharu, perkara begitu akan berlaku.
Perbuatannya terhenti apabila merasakan sesuatu yang tidak kena dengan suasana di bilik itu. Dia mula rasa seram sejuk merasakan dia bukan berseorangan di situ.
Perlahan dia menunduk dan mengambil semula kasut tinggi yang sudah berada di lantai. Kasut itu digenggam erat.
"Argh!!"
Kevin yang baru mahu masuk ke dalam bilik tidur yang disediakan untuknya, terhenti langkahnya mendengarkan jeritan itu. Matanya bersambung dengan Arthur yang turut bersamanya.
Bagai memahami apa yang berada di fikiran mereka, mereka pantas bergerak ke arah punca jeritan itu. Dalam sekelip mata saja senjata yang sentiasa bersama dikeluarkan.
Arthur tersentak melihat Delisya yang berlari keluar dari arah biliknya itu dengan wajah cemas.
"Kevin!" Mendengarkan jeritan cemas dari Delisya itu sudah membolehkan Kevin untuk memahami situasi yang berlaku.
"Keep her safe." Sempat Kevin berpesan kepada Arthur sebelum dia bergerak ke arah lorong yang menuju ke bilik tidur utama itu.
Arthur cepat saja mematuhi dan menghampiri Delisya yang masih dalam keadaan cemas.
"Ma'am, look at me. It'll be fine." Perlahan dia berkata cuma menenangkan wanita itu.
Delisya hanya mampu mengangguk. Dia memeluk tubuhnya yang menggigil apabila mengingatkan kejadian tadi.
Sebaik saja dia mwnoleh ke belakang ketika itu, seseorang menghampirinya dan cuba menherangnya menggunakan pisau di tangan.
Mujur saja ketika itu kasut tinggi yang berada di tangan dilempar ke arah orang itu dan mengena di mukanya. Terus saja dia menggunakan peluang itu melarikan diri dari situ.
Pang!
"Hah!" Terhinjut bahunya apabila mendengarkan bunyi tembakan. Terus saja badannya mengejung, mukanya hilang darah serta merta.
Merasakan dirinya yang hilang keupayaan untuk berdiri, dia berpegang pada Arthur yang berada di situ.
"Ma'am!" Giliran Arthur pula cemas apabila melihat keadaan Delisya begitu.
"D-did he kill him?" Dia bertanya, tidak dapat lagi berfikir apa-apa. Perasaannya ketika itu kosong. Tidak lagi berasa takut ataupun cemas.
Kevin tidak dapat menjawab. Dia tidak tahu mahu berbuat apa melihatkan Delisya yang lemah dalam pegangannya itu.
Perlahan mata Delisya bertembung dengan mata Arthur. Dia menggeleng kecil. "Don't tell him about this."
Kevin tahu siapa yang dimaksudkan oleh Delisya itu. Wanita itu menyuruh dia merahsiakan perkara ini dari Bossnya sendiri! Kerja gila!
"You know it's impossible to- Ma'am!!"
Delisya rebah, tidak sedarkan diri.
YOU ARE READING
Intan Delisya
RomanceINTAN DELISYA tahu lelaki itu bahaya untuk dirinya, dia sudah cuba menjauh tapi ada saja cara lelaki itu untuk menariknya dekat, memerangkapnya dalam kehidupan gelap milik lelaki itu. "When people get close to you, they got hurt.It's better if you s...