Delisya melangkah yakin keluar dari bilik mesyuarat selepas perjumpaan dengan ahli lembaga WHO.Senyuman puas terukir di wajahnya.
"Congrats, boss!"Ucap Tasha yang menyamai langkahnya itu.Pasti saja bossnya itu berpuas hati kerana projectnya telah diluluskan untuk beroperasi.Sudah beberapa bulan wanita itu berkerja keras untuk mengusahakan project yang satu itu.
"Nanti I belanja you makan."
Nampaknya Delisya dalam mood yang baik pada pagi itu.Pasti sudah berbaik dengan Dato Rayyan.Selalunya kebelakangan ini dengan mood tak baiknya saja.
"Belanja saya makanan yang mahal-mahal tau boss."
Delisya hanya tergeleng kepalanya dan hanya membiarkan apabila secretary nya itu memeluk manja lengannya.Dia memang rapat dengan Tasha, jadi dia tak kesah sangat.
"Harini I tak ada schedule penting kan?"Tanyanya apabila mereka sudah berada di luar pejabatnya.Kali terakhir dia berhubung dengan Rayyan semalam mengatakan lelaki itu akan kembali pada hari itu atau esok.
"Tak ada.Kenapa boss-"Tasha yang baru melabuh punggung di mejanya, membulat matanya apabila melihat kelibat yang berada di dalam pejabat milik Delisya.
Delisya yang terperasankan riak terkejut di wajah itu, segera menoleh ke arah pejabatnya.Panel kaca yang tidak bertutup kan blinds itu memudahkan dia melihat manusia yang sedang santai duduk di sofa yang berada dalam ruang kerjanya.
Tidak membuang masa, laju dia mengatur langkah masuk ke dalam pejabatnya.Melihatkan orang yang sudah berdiri sambil tersenyum manis kepadanya itu, membuatkan dia turut tersenyum.
Dia berlari kecil ke arah orang itu dan tanpa kata dia memeluk tubuh sasa itu.Senyumannya melebar merasakan kehangatan di tubuh itu.Rindunya dia!
"Miss me?"Lelaki itu menyoal seraya membalas pelukan erat wanita itu.
"Very much!"Dia mendongak melihat wajah yang hanya beberapa inci dengan wajahnya itu.
"Miss you more, jewel."Bisik Rayyan.Pelukan dilonggarkan supaya dia dapat merenung wajah jelita itu dengan jelas.
Delisya tergelak kecil mendengarkan panggilan yang diberikan oleh lelaki itu.Tahulah nama dia Intan, tapi tak sangka lelaki itu suka memanggilnya dengan panggilan 'jewel'.
Renungan Rayyan dibalas.Pelukan di pinggang lelaki itu diketatkan, melepaskan rindu.Sudah sebulan tidak bersua muka, buat dia rindu macam nak gila!
Tasha yang berada di luar dapat menyaksikan public display of affection mereka di hadapan mata buat pertama kalinya.Dia tak sangka hubungan bossnya dengan Dato Rayyan sangat mesra sebegini.Seperti pasangan pengantin baru.
Dia menggigil teruja dan menekup mulutnya yang terngangah besar.Kedua pengawal peribadi yang masih berjaga di luar pejabat Delisya hanya memerhati reaksi Tasha tanpa riak.
"Kenapa tak bagitahu I yang you dah sampai? Boleh I ambil you dekat airport tadi."
"I have Hugo to fetch me."Balasnya, menujukan pada Hugo yang merupakan pemandu peribadinya itu.
"No canceling our date this time.Kalau you cancel lagi because of your damn work, I takkan teragak-agak nak break up dengan you."Delisya memberi amaran dengan tegas.Jari telunjuknya ditunjuk di hadapan lelaki itu memberitahunya yang dia serius.
YOU ARE READING
Intan Delisya
RomanceINTAN DELISYA tahu lelaki itu bahaya untuk dirinya, dia sudah cuba menjauh tapi ada saja cara lelaki itu untuk menariknya dekat, memerangkapnya dalam kehidupan gelap milik lelaki itu. "When people get close to you, they got hurt.It's better if you s...