KENAPA

24 0 0
                                    

KENAPA

Kenapa
kenapa mesti aku
yang perlu menghadapi kesedihan
yang tidak pernah ada konklusi
berterusan sehingga menguasai diri
tersungkur dan terduduk
kerana terlalu penat dengan realiti
realiti yang pahitnya tidak dapat ditelan

Kenapa
sering aku tertanya-tanya
tidak pernah ada jawapan
persoalan tergantung tidak pernah disoalkan
kerana tiada siapa pernah mahu mengambil tahu
lalu memendam memakan diri

-m-
29 September 2020
21:45

Puisi Sang DepresiWhere stories live. Discover now