KADANGKALA

15 1 0
                                    

KADANGKALA

Kadangkala
aku merasai diriku kuat
teramatlah kuat
sehingga terlalu yakin lalu terjatuh
kerana hati tidak kukuh

Kadangkala
aku merasai diriku hilang
hilang dari kekuatan yang aku bina
terlalu lemah dan masih terngiang-ngiang
dengan kegelapan di depan mata

Kadangkala
aku merasai diriku terlalu emosi
emosi yang tidak terkawal untuk bunuh diri
kerna hidup penuh dengan pahit dan ketidaksimpati
sehingga tiada siapa mahu peduli

Kadangkala
aku merasai diriku tergapai-gapai
di lautan air mata yang amat dalam
yang tiada pasang surut untuk menyelamatkan diri
lalu tenggelam dan tiada siapa mahu menyelam

-m-
8 Oktober 2020
21:00

Puisi Sang DepresiWhere stories live. Discover now