JAWAPAN

6 1 0
                                    


Aku masih bertahan
bertahan kerana benda manis telah dijanjikan
aku menurut segala perintah yang ditetapkan
aku akur dengan penetapan

Tetapi
lama kelamaan menjadi rodra
jiwaku perit meronta-ronta
retisalnya semakin rudira
aku hanya mahukan bahagia

Fikiranku menjadi galau
senandika dalam sendu
atma kararku telah hirap dalam diri
bayanganku bertedensi untuk masygul

Aku hadap segalanya dengan ketakutan
ingin lari tetapi telah digari oleh ikatan persaudaraan
sampai atmaku penat membancang majnun
di mana jawapan yang lamanya  telah dipersoalkan

Aku tidak mendesak untuk dilahirkan
ku kemukakan fakta yang kau tidakkan
malah kau tepis segala kekeliruan
yang aku buntu memerlukan jawapan

Lampiranku kau renyuk lalu dibuang
setelah aku mengah berperang
jawapan ? sampaikan aku kena lempang
aku diabaikan lalu terlentang

-m-
1 Jun 2021
01:00

Puisi Sang DepresiWhere stories live. Discover now