req by: HUSLINTAR_231
: 'kain kecil'
''Hey Gem!''
Gempa yang sedang duduk berteleku, tersentak tatkala namanya dipanggil kuat. Lantas kepala ditoleh ke arah punca suara, kelihatan seorang gadis sebaya dengannya datang sambil membawa sejumlah buku.
''Kenapa, Blaze?'' soal Gempa hairan. Dia memandang segenap wajah sahabatnya itu lalu refleks menutup buku yang sedari terbuka, tetapi langsung tidak disentuhnya.
''Huff... jap eh...'' gadis beriris tangerine itu mengangkat tangan kirinya, tanda 'stop' sekejap. Hairan pula Gempa dibuatnya. Dah kenapa si Blaze ni penat macam baru je pusing padang tiga puluh round?
''Kau dah kenapa ni? Penat semacam je?'' soal Gempa lagi.
Blaze yang masih menyeka keringatnya duduk disebelah Gempa lalu memulakan bicaranya. ''Cikgu suruh aku panggil kau untuk bantu dia kat bilik masakan. Ada acara memasak katanya. Sebab jarak dari makmal ke kelas jauh, jadi terpaksalah aku berlari macam tak cukup ice. Dah, cepat pergi sekarang! Mungkin cikgu dah lama tunggu kau.'' ucap Blaze seperti menghalau Gempa.
Gadis yang beriris tawny gelap itu sekadar menurut, lalu menuju ke bilik masakan. Gempa dikenali sebagai chef termuda yang sangat handal memasak disekolah itu! Jadi tidak hairanlah kalau dia selalu dipanggil jika ada acara memasak. Dapat juga Gempa ponteng sekolah kejap, hehe.
Dalam perjalanan, ekor matanya sejak tadi meneliti mencari pintu bilik masakan. Almaklumlah sekolah mereka besar, jadi bilik yang ada disekolah itu mencapai ratusan bilik!
''Ha, jumpa pun!'' Gempa tersenyum riang, lalu melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.
-------
''Haduh... beratnya makanan ni! Tak silap, aku tak letak pun besi dalam ni. Ke... cikgu sengaja letak? Aduh, habislah aku kalau tumbuh muscle nanti!'' rungut Gempa yang baru saja diarahkan untuk membawa beberapa hidangan ke suatu tempat. Gempa mulanya dengan senang hati menerimanya, dan sekarang, beginilah dia. Merungut dan mengutuk cikgu sendiri. Memang pelajar cemerlang dan patut dicontohi ya anak-anak.
Oleh kerana dia masih seronok merungut, tidak sedar pula dia ada orang dihadapan. Jarak mereka tinggal beberapa sentimeter sahaja, baru Gempa menyedari keberadaan lelaki itu. Kerana terkejut, refleks dia melontarkan kesemua makanan yang dipegang ke wajah lelaki itu.
''Astaghfirullahalazim!'' Terus mengucap lelaki itu dibuatnya. Gempa terkulat-kulat sendiri tatkala menyedari kesalahannya. Terus dia mencapai pinggan yang sudah retak lalu menyusun sepuluh jari, memohon maaf.
''Sorry sorry! Saya tak sengaja! Awak okey tak?'' soal Gempa gugup.
Lelaki itu beriris ruby gelap, sungguh mempesonakan tetapi dalam masa yang sama menakutkan juga. Gempa mula kehabisan akal tatkala soalannya dibiarkan bagai hembusan angin lalu.
''Awak okey tak?'' Sekali lagi Gempa menyoal. Dari tadi dia menggeletar ketakutan apabila iris ruby itu mencerlung memandangnya. Make up dia terlalu tebal ke? Eh, aku mana ada pakai make up! Gempa menepuk dahinya, merasai dirinya terlalu bodoh untuk diperbodohkan.
''O-okey.'' balas lelaki itu sepatah. Namun Gempa perasan nada lelaki itu gentar semacam. Takkan takut kot?
''Oh... kalau takde apa, saya pergi dulu tau. Tata!'' Dengan gopohnya, Gempa mula mengemaskan semua barang yang terjatuh ke lantai agar boleh lepas dari kesalahan dengan cepat. Semoga saja cikgu tak marah kalau dapat tahu semua makanan dah rosak. Tapi takpe, bolehlah Gempa salahkan lelaki tu. Siapa suruh lelaki tu tak tengok depan waktu berjalan?
( all: but kau yang tak tengok depan, sayang -_- )
Lelaki beriris ruby itu sekadar mengangguk, sebelum menghulurkan sesuatu kepada Gempa.
Gempa mengerutkan dahinya. Kain kecil? Kenapa lelaki itu memberikannya kain kecil? Kenapa tak beri je cincin kahwin? Cewah, berangannya kau.
Melihat saja air muka lelaki itu berubah keruh apabila Gempa masih juga tidak menyambut hulurannya itu. Dengan keterpaksaan, Gempa menghulurkan tangan, lalu lelaki itu dengan segera meletakkan kain kecil itu lalu berlalu begitu saja.
( diorang tak bersentuhan pun okey )
Pelik pula Gempa dibuatnya. Eh? Cau macam tu je? Tetapi, yang lagi menghairankan, kenapa macam ada sesuatu dalam kain kecil yang dipegangnya itu?
Sedikit demi sedikit, Gempa membuka luas kain kecil yang dihulurkan tadi. Terlopong sekejap mulutnya, melihat saja ada sebuah cincin bertatahkan berlian disebalik lipatan kain kecil itu!
Belum cukup syok, kali ini Gempa terbaca pula bait-bait perkataan yang tertera pada kain itu!
Hai
Saya rasa saya dah mula fall in love dengan awaklah ;)
Kahwin jom?
- Hali
Seketika wajah Gempa mula memerah.
Huaaa... Alhamdulillah siap pun req ni ^w^ maaf kalau tak bagus TAT sebab Maira halitau (genderbend) shipper. Maira harap korang suka dan tunggu dengan req yang akan datang! ^w^ buat masa sekarang Maira tutup request dulu ye?
Yang vampire AU tu dah siap ditulis, cuma belum ditaip lagi ^^'
YOU ARE READING
lol [ boboiboy oneshoots ]
Ação- hanya cerita yang berisikan oneshot Boboiboy. anda boleh request jika nak okey? [ status : close ] @mairaftw beautiful cover by : @roses_team