Pip! Pip! Pip!
Mesin yang berwarna putih disebelahku berbunyi . Mataku semakin kabur itu melihat ibuku yang sedang menangis sambil ditahan oleh dokter .
"Sunjae-na..." Suara ibuku yang menangis itu kini kurang didengari.
Beberapa saat kemudian aku pengsan selepas 2 orang dokter menghampiri aku lalu melakukan CPR tekanan di dadaku berkali-kali .
•••
Aku membuka mataku separuh sedar . Terdapat satu rumah yang seram dihadapan aku . Aku tak tahu aku kat mana sekarang . Aku dah mati ke ? Aku pun tak tahu ..
Melangkah selangkah kehadapan melihat rupa rumah di hadapan aku . Buruk ? Ya .
Di belakangku hanyalah dinding , jadi aku membuat keputusan untuk masuk ke dalam .
Setelah tanganku menolak pintu rumah tersebut , luar dan dalam ternyata tidak sama . Luar jangkaan aku .
"Wahhhhhhh" mulutku terbuka luas dan menutupnya dengan tapak tanganku .
Aku pandang lagi luar , lain . Pandang hadapan lain . Macam hotel 5 bintang .
Aku berjalan-jalan sambil berpusing-pusing di dalam rumah tersebut . Tanpa aku sedar , ketika sibuk aku undur diri melihat luas rumah ini , aku terlanggar seseorang .
Aku pusing melihat kebelakang dengan cemas .
Seorang lelaki yang menggunakan kemeja hitam , rambut yang disikat rapi , kasut yang berkilat , jam yang mahal serta wajah yang tampan sedang berdiri sambil tangannya diletakkan ke dalam poket .
Tinggi . Memandang aku yang pendek lagikan pendek ini .
Aku cemas , tak tahu nak buat apa .
Aku mengundur selangkah lalu tunduk .
"M-maaf... S-saya tak t-tahu saya kat m-mana" dengan gagap aku bercakap , lelaki itu menyengetkan kepala .
Dengan wajah yang tampan dan dingin, dia bongkok memandang aku . Mengangkat wajahku dari dagu . Mata bertembung mata . Tajam .
Lama dia memandang dalam mataku , dia lepas dan berdiri semula seperti awal tadi .
"Berdiri" arahnya .
Tipulah kalau aku tak gigil . Menggigil satu badan, aku cuba berdiri . Aku dapat merasakan yang wajah aku sekarang pucat .
"Kau...bukan makhluk macam aku , tapi macam mana kau ada kat sini ?" Soalnya dengan nada dingin . Meremang lengan aku .
Aku terdiam sambil mataku pandang lantai yang bersinar itu .
Takkan aku nak bagitahu yang aku tak tahu ? Nanti dia fikir bukan-bukan macam mana ? Sedangkan aku sendiri tak tahu aku kat mana .
"A-apa maksud awak yang saya bukan makhluk macam awak ?" Tanyaku tanpa memandang lelaki di hadapan ku kini.
Suasana senyap . Amat senyap yang membuatkan aku semakin gelabah . Aku menarik nafas dalam cuba bertenang .
"Hah..."
Pak !
Aku ditolak kasar sehingga jatuh .
Aku berdiri dan !
"Yah !"
Dengan pelik, aku bukan berdiri di rumah tadi tapi aku duduk di atas katil di hospital . Omma ku memandang aku pelik .
"Omma..." Panggilku lalu memeluknya . Tangisan mengalir di mukaku . Sesungguhnya aku , takut dengan kejadian tadi . Bangun dengan peluh yang berkumpul di muka .
Omma ku peluk aku sambil mengusap perlahan tubuh belakang ku . Risau .
"Tak apa . Omma ada" katanya lalu mengucup dahiku .
•••
"Sunjae"
Seseorang masuk ke dalam bilik dengan membawa sesuatu di tangan . Kawan aku , Sayeon membawa makanan yang sudah disediakan di dalam kontena .
"Sayeon" panggilku semula .
"Nah , aku ada bawa bubur untuk kau . Mesti tak best kan makan makanan hospital"
Tak nak menafikan tapi memang betul , aku dah penat makan makanan hospital ni . Rindu nak rasa makanan masakkan yang selalu aku makan .
Sayeon membuka perlahan kontena tersebut kerana panas . Dia mengambil sesudu lalu meniupnya .
Aku duduk dengan perlahan .
Dia meletakkannya di atas meja yang sudah disediakan dihadapan aku . Meja kecil yang khas untuk pesakit . Setiap katil ada .
"Thankyou" ucapku . Dia balas dengan senyuman .
Dalam sibuk Sayeon menuangkan segelas air , dia terpandang sesuatu di tepi katil aku .
"Sunjae-na" panggilnya .
Aku pandang dia , dia pandang satu kotak yang berada di tepi katil aku . Aku pun pandang .
"Apa tu ?" soalnya .
Aku mengerutkan dahi . Menyengetkan sedikit kepala aku , cuba ingat mana datangnya kotak tersebut .
"En..tahh... Tak ingat la mana aku dapat . Kenapa?"
"Tak.. cuma, macam mahal"
Hah ? Aku pening . Mahal ? Aku ni bukan anak sultan nak beli barang mahal .
Sayeon capai kotak tersebut lalu membukanya .
"Wahhh" Sayeon terkejut .
Kalau Sayeon terkejut , aku lagi lah terkejut ! Satu kasut yang ternyata mahal dan tak pernah wujud kat dunia aku sekarang ada kat tangan Sayeon .
"Mana kau dapat ? Berapa ? Sejak bila kau berduit sangat ni ? Kali pertama aku nampak kasut macam ni"
Aku teringat , tu kasut yang aku ambil dalam rumah yang aku mimpi tadi . So , yang tadi tu semuanya nyata ? Bukan mimpi ?
Aku pandang makanan di hadapan aku . Sekarang aku bermimpi atau dunia nyata ?
"Kenapa kau senyap ?"
"T-tak da apa-apa .. cuma...pening" tipuku .
"Lahh , sorry aku tanya soalan macam tu . Dah-dah rehatlah kau"
Aku baringkan badanku , menarik selimut hingga menutup seluruh tubuhku . Aku pusing ke arah yang bertentangan dengan Sayeon . Fikir apa yang aku alami sekarang .
"Rehatlah kau , aku nak pergi kerja lagi"
"A-aahh ... Okey" balasku pendek .
Setelah Sayeon keluar , aku angkat dan mengambil kotak kasut tadi . Pandang dengan tenungan tidak faham .
Tadi aku bermimpi atau itu nyata ? Macam mana ? Soalan yang pelik berhimpun di otak aku . Dan itu membuatkan aku terasa resah kalau itu adalah nyata , bukan mimpi .
[TBC]
YOU ARE READING
[OG] Not A Human 나재민✓
Fanfiction↺ON-GOING-- ❝Sekarang aku tengah bermimpi atau dunia nyata ? Makhluk ? Beza ? Apa ?❞ 연우즈 - 𝒿𝒶ℯ𝓂𝒾𝓃 𝒻𝒻☼ Start : 5/7/2021 End : ••••