Dalam sibuk kami tengah berjalan , kami berhenti di satu khemah berwarna merah dihiasi dengan sesuatu yang seram .
Tak tahu lah apa tapi yang pasti tempat ni macam menarik .
"Ni la tempat penilik nasib yang Haejin bagitahu tu"
Aku pandang Hana . Pe....nilik nasib ?
Kami jalan mendekat ke arah khemah tersebut . Terdapat seorang nenek yang sekitar 64 tahun nya bersama dua orang pelajar sekolah sedang berdiri di hadapan kami .
"Hai kakak abang semua ! Nak tilik nasib ?" Tanya salah seorang pelajar tersebut .
"Boleh boleh" balas Hana dengan riang .
"Okey . Nak single atau pasangan ?"
"Boleh pasangan ?" Tanya Yujae .
Pelajar di sebelah nya pula angguk serta merta .
Aku pandang dua rakan ku di sebelah . Terpapar wajah nakal yang ditayangkan oleh mereka .
"Hehehe ... Sunjae~ ... " Panggil Hana dengan nada hegehnya .
"E-eo ? A-aaa .. ken-kenapa ?" Balasku dengan senyuman paksa . Macam tahu-tahu je apa yang diorang fikir .
Mata Hana pula beralih ke sebelah kiri , memandang Winwin di sebelahku dengan senyuman nakalnya .
"Eyyy ... Merepek apa kau ni.. cukup la tu single je . Memasing dapat " elakku .
"Lagi pun .. Winwin mesti tak n-"
Tak habis lagi ayat aku , seseorang menggenggam tanganku lalu tarik duduk ke kerusi di hadapan meja penilik nasib itu .
Winwin .
Tarik aku , duduk di sebelah dia . Tanpa aku sedar , tangan aku masih digenggam olehnya .
"Ehem . Tangan" tegur Yujae dengan tersengih-sengih .
Hmm , sabarlah wahai diri :)
"Isi ni dulu" kata pelajar di hadapanku sambil menghulurkan dua helai kertas yang perlu aku dan Winwin isi .
Aku angguk dan mula mengisi .
Setelah selesai , kami serah kertas itu dan sedia untuk ditilik nasib .
Entah kenapa . Aku saja atau memang , nenek di hadapan aku kini pandang aku dan Winwin dengan senyuman tanpa berkelip mata .
"Bagai bunga cantik tumbuh tanpa bermusim" kata nenek itu secara tiba-tiba.
Aku mula menyengetkan keningku . Tak faham apa yang dimaksudkan dengan 'bagai bunga cantik tumbuh tanpa bermusim' .
Kali pertama aku dengar .
"Maksud nenek ?"
Sempat , mata aku pandang dua pelajar di belakang sedang tersenyum sambil pukul satu sama lain selepas mendengar ayat nenek sebentar tadi .
Kemudian mereka berhenti setelah ....
"Tapi tidak kekal lama selepas datangnya sang ribut"
????
Aku ..... Tengah tilik nasib atau dengar cerita ? Dari tadi aku dengar ayat yang pelik-pelik .
"Sang ribut ? Orang kedua ?" Tanya Winwin .
Nenek itu angguk .
Fewhh ... Bijak betul . Aku tak dapat tangkap pun apa yang dikatakan oleh nenek ni dari tadi .
"Tapi dia berbeza . Bagai langit dan bumi " sambung nenek itu .
Mulut aku mula ternganga tapi ditutup oleh Yujae .
"Tak apa . Aku pun tak faham . Kau buat-buat faham je la" bisik Yujae di telinga kanan ku . Aku tergelak kecil .
"Okey . Tangan . Nenek nak tilik nasib ."
Lahh .. ingatkan tadi tilik nasib . Rupanya belum lagi .
Aku dan Winwin hulur tangan dengan serentak . Nenek itu pegang dan menyapu sesuatu di atas tapak tangan kami lalu cantumkan tangan kami bersama .
Aku terkejut lalu mataku mula lari ke arah lain . Merah teruk muka aku .
Yang belakang aku ni apa lagi . Tersengih-sengih tak bertempat .
"Hm ? Kenapa merah je muka ni ?" usik Winwin dengan nada lembut sambil tangannya memicit perlahan pipiku yang sudah semakin tembam kebelakangan ini .
Aku mengepis perlahan dan hanya diamkan diri .
Terdengar suara ketawa Winwin di sebelah . Tak lawak ok . Tak lawak .
Aku pandang nenek itu lagi , lama betul dia tutup mata sambil pegang tangan aku dan Winwin .
Selepas 8 minit , dia lepas . Aku tengok tapak tanganku . Mata aku membesar . Benda yang disapu di atas tapak tangan aku tadi HILANG !
Lalu aku pandang dua pelajar di belakang nenek itu . Mereka memejam mata sambil tangan diganggam . Kedutan di dahi jelas terlihat .
Lalu salah seorangnya bersuara .
"Winwin . Tahun ni mungkin sukar baginya malah akan jadi tahun boleh dikatakan ..... "
Ayat perempuan itu terhenti . Aku pandang serius , terlihat riak wajah terkejut dari gadis itu .
"M-mati . ......Kemungkinan tahun ajalnya tapi tak pasti"
Gadis itu membuka mata dan tangannya . Aku kerut dahi , benda yang disapu di atas tangan aku dan Winwin tadi kini berada di tangan gadis itu .
Aku rasa , gadis seorang lagi akan tilik nasib aku .
Dan ya , betul . Dia mula bersuara dengan senyuman .
"Sunjae . Seorang yang ada penyakit sejak kecil lagi tetapi banyak bakatnya . Malah dikelilingi banyak kasih sayang . Tahun ini , berkemungkinan besar dia akan bertemu dengan seseorang yang-- y-yang m-mu mu-mun--"
Ayat gadis itu tersekat-sekat . Aku lihat dia . Wajah ketakutan menguasai diri si gadis itu . Nenek di hadapanku kini bangkit dari duduk dan memegang dahi gadis tersebut .
Dia sedar . Penuh dengan peluh . Mata menjadi bengkak . Nangis ? Tak , aku tak nampak sedikit air mata pun jatuh tadi tapi mata dia bengkak seolah-olah dia menangis .
Aku pandang nenek itu dengan wajah kosong . Nenek itu pula memandang aku dengan wajah yang penuh bermakna .
[TBC]
Next chap update esok yea . Sorry slow update . Kekadang tak ada time nk update 🙇🏻♀️

YOU ARE READING
[OG] Not A Human 나재민✓
Fanfiction↺ON-GOING-- ❝Sekarang aku tengah bermimpi atau dunia nyata ? Makhluk ? Beza ? Apa ?❞ 연우즈 - 𝒿𝒶ℯ𝓂𝒾𝓃 𝒻𝒻☼ Start : 5/7/2021 End : ••••