Dengan bergetar aku pandang belakang kemudian terjatuh .
Lelaki itu tunduk pandang aku . Sampai sahaja dia kat sini , sekeliling aku terus berubah menjadi warna hitam dan putih .
Lelaki itu adalah lelaki yang ada dalam mimpi aku siang tadi . Sekarang aku mimpi lah kan sebab dia kat sini ?
Tapi tadi aku tampar pipi rasa sakit ...
"Ni bukan mimpi" balas lelaki itu
Aku macam-- heh ?! Dia tahu apa yang aku fikir dari tadi ?
Dia pandang aku dengan matanya yang gerun . Wajah yang musam tidak senyum langsung .
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"O-ohh.. nyata..." balasku
"....ehh ?!!! Nyata !?" Mataku membesar .
Kejap... Mustahil !
"Tak mustahil" kata lelaki itu tiba-tiba .
Aku pandang lelaki itu dengan mulut aku yang semakin membuka luas tidak sangka .
Macam mana dia tahu ?
"Macam mana aku tahu ? Kan aku dah cakap , kau dan aku beza . Kau bukan makhluk macam aku"
Aku tenung lama lantai dan teringat . Itulah yang aku tak faham . Maksud dia apa ?
"Saya tanya siang tadi , maksud awak apa ? Makhluk ? Beza ? Apa ?" Tanyaku lalu pandang dia .
Aku sedar makin lama makin tajam pandangan lelaki itu pada aku . Lagi-lagi selepas aku tanya soalan yang dia makhluk apa .
Dia berdiri . Diikuti aku juga berdiri .
"Kau ada ambil barang sesuatu tadi kan kat rumah aku ?"
Dengan gagap tanpa suara , aku geleng . Tanpa lihat wajahnya . Sebab seram .
"Aku tanya lagi . Kau ada ambil barang sesuatu tadi kan kat rumah aku ?"
Aku memejam mata rapat . Geleng lagi jawapan aku .
"Aku tanya last . Jujur . Kau ada ambil barang sesuatu tadi kan kat rumah aku ?"
Aku menggigit bibir bawahku dan geleng lagi .
"Tak ada . Betul ni" aku tunduk .
Suasana senyap beberapa saat . Lelaki itu hembus nafas perlahan jelas didengar oleh aku .
"Susah sangat ke kau jujur ?"
"Betul la , tak ada"
"Ya budak" panggilnya .
Aku angkat kepala dan terkejut . Kotak kasut yang dalam bilik sakit aku tadi yang jauh 5 tingkat kebawah tu sekarang berada di atas tangan lelaki itu .
Aku pandang kotak itu dengan bisu 1000 patah perkataan . Luar biasa .
"Tipu lagi ?"
Aku masih senyap . Bibir atas bawah rapat . Suasana sunyi seperti di dalam mimpi siang tadi membuatkan aku takut .
Pak !
Dia baling kotak itu tepat dihadapan aku .
"Kau kena hukum sebab curi barang yang ada di alam sana"
"Ha-hah ? Apa maksud aw-"
Tik !
Lelaki itu petik jarinya lalu hilang . Suasana menjadi biasa semula . Aku mengeluh panjang .
Hukum ? Aku kena hukum ? Hukum apa ?
Teruk ke hukuman tu ? Jangan sebab aku curi kasut tu je aku dihukum mati .. tapi tak mungkin kan ?
Tapi tak mustahil juga sebab dia bukan manusia . Dia sendiri cakap aku dan dia berbeza .
Dia tu apa sebenarnya ?
Kenapa dia tak jawab soalan aku setiap kali aku tanya dia tu makhluk apa ?
"Yashh !!! STRESS !!" jeritku . Jeritan itu membuatkan orang yang berhampiran dengan aku terkejut dan memandang aku .
Aku endah dan jalan masuk ke dalam hospital .
•••
"Termenung jauh nampak"
Tubuhku sedikit bergerak dari kaku kerana terkejut .
"Ohh.. Haechan"
"Kau okey ke ? Berpeluh sangat kau ni"
Aku segera lap dan tersenyum tipis .
"Haechan"
Haechan pandang aku . Aku teragak-agak nak tanya dia , takut dia fikir aku tak betul sebab tanya soalan pelik kat dia .
"Kau percaya tak yang ada makhluk berupa manusia ?"
Dia terdiam sekejap dan jawab soalan aku .
"Hmm.. manusia la kan ?"
"Tak.. maksud aku , dia bukan manusia tapi berupa manusia"
Haechan pandang aku pelik . Mungkin dia hairan yang aku tanya dia soalan macam ni . Tapi aku memang nak tahu apa pandangan dia tentang ni .. mana tau dia tahu kan ?
"Kalau macam tu... Aku tahu satu ni je"
Dia menelan air liur . Aku dekati Haechan . Dia berbisik .
"Syaitan yang berupa manusia" bisiknya .
Aku pantas larikan kepala . Eyyy... Tak mungkin lah yang lelaki aku jumpa tu syaitan kan ?