3✨

25 6 3
                                    

Hari ni aku sudah boleh dilepaskan dari hospital . Setelah 4 bulan aku di hospital , akhirnya aku keluar . Itupun sebab aku dah sembuh sedikit .

Aku berdiri disebelah omma dan sepupuku , Haechan .

"Kau ada nak pergi mana-mana selepas keluar hospital ni tak ?" Tanya Haechan .

Kepala aku pusing ke kanan melihat Haechan di sebelah . Aku berkelip mata tiga kali sambil berfikir .  Rasanya tak ada ... Aku sendiri tak tahu nak pergi mana selepas keluar hospital ....

"Entah. Tak ada kot ?" Jawabku

"Kot ?" Haechan ketawa kecil lalu menggeleng .

"Haa.. kau lupa ke malam ni ada apa ?" Soalnya lagi

Aku hanya senyap tak terkata . Tunggu jawapan dari mulut Haechan sahajalah yang aku harapkan .

Dia menghembus nafas pendek .

"Esok kan ada pameran sekolah yang ke-36"

Aku mula ternganga . Baru teringat esok hari perjumpaan pelajar dan bekas pelajar sekolah menengah aku dulu . Setiap tahun ada perjumpaan . Entah kenapa aku tak pernah sesekali bosan dengan perjumpaan tersebut ... Mungkin sebab dapat lepas rindu dengan kawan rapat dulu ? Takpun cikgu ?

"Kau datang ke tak ?"

Aku tersenyum riang di hadapan Haechan . Takkan aku nk lepaskan hari gemilang tu kan ?!

"Mestilah aku datang .. setiap tahun aku hadir"

Aku pukul bahu Haechan lalu jalan mengekori ommaku yang sudah bayar itu ke kereta di luar . Haechan berdecit .

•••

Tiba sahaja di rumah , aku berlari masuk ke bilik aku di tingkat atas . Menghempas tubuhku yang seberat 49kg ini di atas katilku yang empuk . Rindu dengan bau bilik sendiri . Berbeza pula dengan bau hospital .

Aku buka almari bilikku , memilih baju yang hendak aku guna untuk perjumpaan malam ini . Inginku guna semua tapi tak boleh .

Seronok . Sekian lama aku guna baju hospital yang bergaris lurus itu , kini aku dah dapat guna baju harian aku seperti biasa .

Aku ambil satu persatu baju di dalam almari dan cuba dihadapan cermin . Selepas 5 helaian baju , akhirnya aku jumpa baju yang sesuai untuk diguna malam ni .

Aku terus mencapai tuala yang sudah dilipat di dalam almari dan keluar pergi ke bilik mandi . Bersiap untuk malam ini .

•••

Dengan tuala ditubuh, aku masuk bilik dan pasang baju , makeup serta berdandan rambut yang bergelombang sedikit di bahagian hujung rambut . Rambutku yang berwarna hitam ini didandan cantik .

Wajahku dimakeupkan dengan warna yang lembut . Foundation warna kulit disapu lembut di muka .Lipstick yang berwarna merah jambu kemerahan tidak tua tidak muda di letakkan di bibir serta liptin merah ditengah . Pipi disapu dengan blusher .

Mata disapu dengan eyeshadow berwarna kuning yang manis . Contact lens berwarna coklat bersinar diletakkan ke dalam mata .Tidak lupa juga dengan eyeliner dan maskara . Kening diatur dengan lurus . Diserta dengan concealer .

Akhir sekali highlighter di pipi dan hidung .

Siap !

Siap !

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••

Aku sekarang tengah duduk disebelah Haechan , menuju ke sekolah kami dulu yang terletak 19 km jauhnya .

Setelah sampai , Haechan mengarahkan aku supaya turun awal . Dia pula mencari tempat parking .

Setelah itu , aku mula jalan dan melihat keadaan sekeliling .

"Sunjae !!!"

Pandangan aku beralih ke kiri . Sahabat karib aku Hana dan Yujae memanggil ku .

Wajahku terukir senyuman lebar .

"Annyeong Sunjae"

Aku pandang lelaki yang kira-kira 179' cm tingginya berdiri di sebelah Yujae . Lelaki yang pernah menaruh perasaan terhadap aku . Tapi aku tak pernah sesekali terbuka hati .

Tapi pernah sekali sekala aku tersentuh dengan apa yang dia buat untuk aku . Namun , hati aku tetap tak terbuka untuknya .

"Eo annyeong Winwin" balasku dengan tangan kanan di angkat tanda sapaan serta senyuman yang menampakkan gigi .

"Comel" katanya lalu membelai rambutku lembut .

Mata kami memandang satu sama lain . Senyuman yang terukir di wajah kami dipandang malu oleh dua manusia di sebelah . Biasa lah , single ">

Aku layan je Winwin sebab tak nak hubungan kami jadi kekok . Sejujurnya ... Aku pernah tersuka kat dia masa kali pertama aku masuk sekolah ni . Dia sunbae aku , tua 2 tahun .

Dia juga terkenal masa sekolah dulu. Selepas aku kenal dia dan rapat , aku dah tak panggil dia sunbae .

Tak sangka pula orang yang pernah aku suka dulu suka dengan aku pula . Macam drama .

[TBC]

[OG] Not A Human 나재민✓Where stories live. Discover now