〝𓋜 lima puluh dua 𖧧 ࣪ ͎⋆

80 75 0
                                    

kalau berusaha jangan hanya otot tapi mesti banyak guna sujud kerana bila lebihkan otot usaha tapi kurang beribadah maka angan-angan bertambah dan rasa syukur pun berkurang . apabila rasa bersyukur kuranglah makna kita mudah melihat apa yang tak ada dan lupa pada apa yang dah ada . kita semua bersaing untuk hidup . kita ukur semua bentuk kejayaan dan kebahagiaan dengan nilai pendapatan . aset dan kekayaan kita korbankan masa , tenaga , fikiran bahkan kepercayaan dan iman demi menambahkan harta dan duit . akibatnya rasa syukur semakin jauh , setiap masa terasa banyak lagi yang kurang , perlu tambah , tambah dan tambah lagi , duit dah jadi matlamat utama kita . jadi jangankan masa sihat , masa sakit pun masib sibuk fikir cari duit . tak ada yang salah dalam mencari kesenangan supaya kehidupan kita tak dipandang sebelah mata cuma ada beberapa perkara yang mesti diluruskan bahawa menjadi kaya bukan segalanya walaupun segalanya perlukan duit . kita hidup bukan sekadar nak kaya tapi nak bahagia . apalah ertinya mewah kalau hati tak bahagia , tidur tak lena , kiri kanan orang asyik cari salah kita , tak ada kawan nak diajak bersembang, nak kongsi kejayaan pun takut orang hentam .

telegram - @lifelesstory

#keepvote💄

My Quotes  🌹Where stories live. Discover now