luluh

17 1 0
                                    

Dilukai berulang kali,

menanti hari itu menjelma

membuatkan aku derita

Mengapa rasa sepi ini tidak pernah meninggalkan aku seorang diri

seperti mana yang mereka telah lakukan padaku ?

Bertekad aku pada pena dan lampiran maya,

aku harus berjuang hingga berjaya.

Kelak nanti, aku pohon agar rasa sunyi ini pergi meninggalkan aku jua

Pergilah

dan izinkan aku untuk berdiri seorang diri

lagi dan lagi,

kerana aku juga ingin bahagia

Biarkan aku ketawa dengan kisahku sendiri

Engkau tidak akan mengerti rasa luluh ini,

kerana jalan hidup kita berbeza

S U N Y IWhere stories live. Discover now