selamat tinggal, sunyi.
pulanglah dikau ke tempat asalmu
kamu hanya tetamu di dalam kisah hidupku
pergilah wahai rasa sepi.
biarkan yang lain pula hadir menemaniku,
biarkan aku untuk menikmati kemanisan disebalik liku kehidupan.
maafkan diriku ini, kerana terlupa.
bahawa aku tidak pernah kesunyian,
ini cumalah imaginasiku sendiri.
pergilah dan izinkan aku untuk mengakhiri cerita sunyi ini.
hadirmu seperti hembusan angin
dan hilangmu seperti bulan, pasti datang kembali
selamat tinggal, sunyi.
YOU ARE READING
S U N Y I
PoetryDikala mereka melihat dirimu ketawa bahagia, hanya kamu yang tahu sunyi itu seperti apa.