cerita terakhir

9 2 0
                                    

aku tidak mahu lagi untuk hidup bersama dengan rasa sunyi ini

mengapa harus aku biarkan sepi ini menghantui diriku?

aku juga berhak untuk bahagia sama seperti mereka

kini, telah aku lunaskan janjiku pada pena dan lampiran maya

aku mahu bahagia

aku mahu berjaya

baru aku tersedar bahawa rasa sunyi ini sebenarnya

aku yang mengizinkannya untuk tinggal bersamaku.

mengapa aku perlu mengekalkannya di dalam hidupku?

dia hanya tetamu yang hadir,

sama seperti rasa cinta.

kerana aku lupa

itulah lumrah hidup seorang hamba yang bergelar manusia

tiada yang kekal bersama hingga akhirnya di dunia ini.

S U N Y IWhere stories live. Discover now