Eunbi p.o.v
" Wony sayang.. Bangun sayang.. Yujin.. Nak pergi sekolah kejap lagi. Bangu cepat. Kan nak pergi sekolah baru hari ni.." Eunbi mengejutkan adik-adiknya yang paling kecil. Mereka baru berpindah ke rumah pusaka nenek mereka setelah kematian ibu dan ayah mereka dua minggu lepas. Rumah yang tak besar dan tak kecil mana. Cukup-cukup untuk mereka. Nasib juga ayah mereka takde adik beradik, jadi tiada sesiapa merebut rumah ni dari mereka.
" Urgh.. Sekarang pukul berapa unnie?" Tanya yujin perlahan sebelum bangun dari baringnya dan duduk di katil sementara si kecil wonyoung masih mengeliat tak nak bangun.
" Dah pukul 7.00 pagi jin.. Nanti kan nak pergi sekolah baru. Bangun eh.. Adik bangun adik.." Yujin mengangguk dan bangun dari tilam yang dikongsi bersama dengan wonyoung. Eunbi pula mengangkat wonyoung untuk menyedarkannya. Selesai mereka berdua mandi, mereka turun ke bawah dan eunbi menyiapkan sarapan. Tahun ni dia baru memasuki 16 tahun. Baru Tingkatan 4 tapi sudah perlu menjaga 11 orang adiknya.
" Unnie, wony masuk tadika mana?" Tanya Sakura yang baru turun dari tingkat atas. Eunbi memandang sekilas sambil tangannya masih laju menyusun roti untuk bekalan 10 adiknya. Dia dan sakura takpe. Mereka ada makanan yang disediakan pihak sekolah. Budak sekolah rendah dengan tadika yang takde sediakan makanan.
" Adik masuk tadika kat depan sana. Tak jauh pun. Nanti kkura tolong ambilkan adik-adik masa balik boleh? Unnie nak cari kerja untuk tampung hidup kita." Bisik Eunbi. Sakura yang turut menolong menyediakan bekalan adik-adiknya memandang eunbi dan mengeluh perlahan.
" Takkanlah unnie je cari kerja? Biarlah kkura tolong sekali. Kkura tetap kakak mereka kan?" Bantah Sakura tak nak melihat hanya si kakak sulung kepenatan setiap hari. Eunbi menggeleng perlahan tak setuju dengan cadangan sakura.
" Tak kkura. Awak kena jaga adik-adik, sediakan makanan mereka bila diaorang balik sekolah. Itupun dah cukup untuk unnie. Tolong eh kkura? Unnie harapkan awak je untuk sediakan makanan diaorang. Nak harapkan yena dengan hyewon, dua-dua pandai masak ramen je. Chaewon dengan chaeyeon apatah lagi." Terang Eunbi. Sakura bersetuju akhirnya.
" Unnie, kami dah habis makan. Jom pergi sekolah!" Ajak minju setelah roti di dalam pinggannya habis. Yang lain turut dah habis makan. Mereka mengambil beg sekolah masing-masing dan bersedia untuk ke sekolah.
" Kejap. Kejap. Nah ambil bekal seorang satu. Unnie dah tulis nama korang kat bekas tu. Jangan ambik bekas orang lain pula!" Eunbi berkata sebelum berlari ke dalam biliknya. Menyisir rambut yang seidkit kusut sebelum mengikatnya.
" Okey. Dah siap! Jom pergi sekolah.." Kata Eunbi riang. Destinasi pertama mereka adik beradik ialah Tadika Ceria, Tadika si adik bongsu. Nasib tadika dah buka walaupun masih takde budak datang. Sekurang-kurangnya takdelah mereka kena tunggu sampai tadika tu buka. Destinasi seterusnya ialah Seoul Primary School. Sekolah hyewon, yena, chaewon, chaeyeon, minju, nako, hitomi, yuri dan yujin. Eunbi mengikut mereka sekali sementara sakura menunggu diluar. Eunbi mengikut untuk mendaftarkan mereka.
" Okey. Belajar baik-baik tau. Tengah hari nanti kkura unnie ambil okey? Jangan nakal-nakal tahu. Terutamanya yujin. Tahun pertama jangan nak menyakat kawan je kerja.." Nasihat Eunbi. Yujin tersengih menampakkan gigi putihnya yang tersusun rapi.
" Bye unnie!" Eunbi melambai lambaian adik-adiknya sehingga mereka hilang di sebalik bangunan sekolah mencari kelas masing-masing. Dia mengerling ke jam tangan dan sedikit terkejut. Pukul 7.55 pagi. Ada 5 minit sebelum pagar sekolah tutup.
" KKURA CEPAT!" Pagi itu kelihatan dua gadis berbeza satu tahun berlari dengan laju ke arah Seoul High School kerana sudah agak terlambat. Namun, mereka masih lagi lambat. Pagar sekolah dah tutup dan jam menunjukkan pukul 8.09 pagi.
" Ahjussi, please.. Bagi kami masuk. Kami budak baru nak daftar. Please ahjussi..." Sakura merayu supaya pak cik pengawal sekolah itu membukakan pintu pagar untuk mereka. Kedua-duanya kelihatan gelisah tak nak lambat pada hari pertama sekolah mereka.
" Tak boleh. Tunggu ketua pegawas datang dulu.." Tegas pak cik itu membalas. Sakura memasamkan muka. Takkanlah dengan budak baru pun tak boleh mengalah? Kejam betul pak cik jaga. Mereka duduk di sebuah batu yang agak besar untuk menunggu pintu pagar itu dibuka.
" Pelajar lambat? Eoh, pelajar baru eh?" Suara seorang lelaki mengejutkan mereka berdua. Eh, bila masa pagar terbuka? Tak sedar langsung. Lelaki tu tersenyum ke arah mereka menampakkan lesung pipitnya. Eh, cantik lesung pipit.
" Ya. Kami kena denda ke sebab datang lambat?" Tanya Eunbi takut-takut. Lelaki itu menggeleng perlahan. Tak mungkinlah nak denda budak baru yang datang lambat walaupun mereka tahu waktu masuk sekolah.
" Kamu berdua boleh masuk je. Pejabat sekolah ada kat depan sana untuk daftar." Kata lelaki itu. Eunbi dan sakura mengucapkan terima kasih sebelum beredar dari situ dengan kadar laju. Lelaki itu hanya memerhati dengan senyuman yang masih terbit di bibir sebelum mencari jika masih ada budak yang datang lambat juga.
------
2Chae p.o.v
" Unnie, ni kelas kita ke?" Chaewon bertanya lembut. Kakak kembar tua satu jam darinya hanya mengangguk. Chaeyeon mengetuk pintu kelas perlahan dan semua mata di dalam kelas itu termasuk mata cikgu yang mengajar terarah kepada mereka.
" Oh, kamu berdua murid baru ye? Marilah masuk dan perkenalkan diri. Kawan-kawan kamu mesti teruja nak tahu nama kamu." Ajak cikgu wanita itu dengan suara ceria. Chaeyeon masuk ke dalam kelas diikuti chaewon yang memegang lengan tangan chaeyeon ketakutan. Dua budak berumur 11 tahun itu memandang kesemua pelajar yang memandang mereka.
" Anneyounghaseyo, Jeonun Kim Chaeyeon imnida." Chaeyeon memperkenalkan dirinya terlebih dahulu sebelum memandang ke arah chaewon.
" Jeonun Kim Chaewon imnida. Nice to meet you guys.." Gadis kecil itu menggigil ketakutan. Cikgu wanita yang sedar tentang hal itu memegang bahu chaewon menyuruh di sedikit bertenang malangnya chaewon yang tersedar cikgu itu memegang bahunya pantas mengelak dan menggeleng pantas.
" Mian cikgu. Adik saya ada fobia kat orang yang dia baru kenal. Yah, Chaennie~~ Gwenchana. Cikgu tak makan awaklah.." Chaeyeon menenangkan kembarnya.
" Mi..An... Cik.. Gu.." Satu persatu perkataan keluar dari mulut chaewon. Cikgu itu mengangguk tanda tak mengapa.
" Nama cikgu Kang Seulgi. Kamu boleh panggil cikgu seulgi je. Cikgu akan ajar kamu Bahasa inggeris. Sekarang chaeyeon dengan chaewon boleh duduk kat belakang tu. Itu tempat duduk kamu." Senyuman cikgu seulgi yang manis membuatkan chaewon tidak lagi takut pada dia. Mereka menuju ke tempat duduk mereka dan duduk.
" Hyunjin, boleh bagi mereka buku teks kamu. Kamu boleh kongsi dengan felix kan?" Hyunjin hanya mengangguk. Buku teks Bahasa inggeris diserahkan kepada dua kembar itu. Mereka terkejut melihat contengan yang penuh di buku itu. Budak ni belajar ke main conteng-conteng buku?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
LOVE
RandomINI BUKAN CERITA TIPIKAL PERCINTAAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN NAMUN INI ADALAH CERITA DI MANA SEORANG KAKAK SULUNG YANG SANGGUP BERKORBAN APA SAHAJA DEMI KEBAHAGIAAN ADIK-ADIKNYA SEJAK KEMATIAN IBU AYAH MEREKA. ITULAH EUNBI, SEORANG GADIS BERUSIA...