BAB 9

26 3 0
                                    

Sakura p.o.v

      " Senior, saya nak balik! Adik-adik saya tengah tunggu saya! Bagi saya balik!" Jerit gadis itu sambil cuba melepaskan diri dari ikatan yang mengikatnya. Lelaki yang dipanggil Senior itu tak memberi apa-apa respon sebaliknya menutup mulutnya dengan sebuah kain.

      " Senyap Kim Sakura. Malam ni kau taruhan kami dalam lumba. Kau akan duduk kat sini sampai lumba ni habis." Balas lelaki itu dengan datar. Agak geram sebenarnya kerana gadis itu tak habis-habis menjerit meminta dilepaskan. Sakura mula ketakutan. Dia takut apa yang akan jadi pada dirinya. Adik-adiknya lagi. Kakaknya mesti tengah risau mencari dirinya.

      " Unnie, tolong Kkura. Kkura takut...." Air mata mengalir di pipi sambil dia berbisik di dalam hatinya. Dia terkurung dalam sebuah bilik yang mempunyai sebuah lampu dan sebuah meja dan agak usang. Telefon bimbitnya diletakkan di atas meja dan agak jauh dari dirinya. Telefonnya juga dimatikan oleh lelaki tadi selepas beberapa panggilan dari Eunbi.

      " Macam mana nak keluar ni? Tuhan... Janganlah jadi apa-apa. Aku takut sangat sekarang ni. Kakak tolonglah... Selamatkan Kkura..." Gadis itu hanya mampu berbisik perlahan dan menahan rasa takutnya walaupun dia sangat-sangat takut sekarang.

Sementara itu,

Rumah Keluarga Kim,

Eunbi p.o.v

     " Masih tak dapat jejak Kkura ke?" Soalnya perlahan pada lelaki di depannya. Lelaki itu menggeleng sebelum tangannya kembali bermain di keyboard laptopnya. Adik-adiknya kini dah tidur. Minju yang tidur di paha lelaki itu pun tadi dah dialihkan ke biliknya. 

      " Minho, kau bukan pakar IT ke? Susah sangat ke benda ni? Alat jejak kat phone Kkura tu bukannya mati kalau phone dia mati." Soal Eunbi perlahan. Minho menggelengkan kepala sebelum meletakkan laptopnya di meja kopi ruang tamu rumah itu.

     " Susah sikit kalau telefon dia mati. Agak lama untuk loading mencari lokasi Kkura. Oh? Yes. Dah settle. Noona nak ke sini ke?" Soal Minho perlahan dan dibalas dengan anggukan oleh Eunbi. 

      " Dari tunggu polis baik aku settlekan sendiri. Adik aku dalam bahaya kalau aku tunggu polis ambil tindakan." Jawab Eunbi mengeluarkan satu tongkat besbol miliknya dahulu ketika dia masih suka bermain besbol. Dia mencampakkan salah satu tongkat besbol itu kepada Minho.

      " Aku tahu kau nak ikut juga. Jom cepat! Sebelum adik aku diapa-apakan oleh lelaki tak guna tu!" Kata Eunbi perlahan. Dia membuka pintu dan melihat Chan bersama Sana dan Momo di depan mata. Pelik dia melihat lelaki itu bersama dengan dua kakaknya.

     " Kau nak cari adik kau kan? Minho bagitahu aku. Takkan nak biarkan adik-adik kau tinggal sendiri kan? Aku minta kakak aku jagakan adik aku dan diaorang kata diaorang okey. Aku ikut kau juga." Kata Chan sebelum tersenyum kecil. Eunbi memandang Minho pelik. Minho dan Chan kenal.

     " Yah... Kita semua satu sekolah. Mana mungkin tak kenal terutamanya sang Ketua Pelajar ni kan..." Jawab Minho. Kebetulan dia tahu Eunbi dan Chan saling kenal. Jadi, apa salahnya dia panggil kawan untuk ikut mereka sekali.

     " Pergi selamatkan adik kamu Eunbi. Kami akan jaga adik-adik kamu untuk malam ni." Kata Sana untuk menenangkan Eunbi. Eunbi menganggukkan kepala tanda faham sebelum berlalu keluar dan diikuti oleh Chan dan Minho dari belakang. Mereka berjalan sehinggalah Minho berhenti. Dia menunjukkan sebuah rumah usang tak jauh dari tempat mereka berdiri.

      " Tu rumah tempat Kkura dikunci..." Kata Minho perlahan menunjukkan skrin telefonnya. Eunbi dan Chan mengangguk faham. Mereka menuju ke arah rumah itu dan Chan menggunakan kakinya yang kuat menendang pintu rumah itu. Ada beberapa orang lelaki berada di ruang tamu. Mereka semua terkejut dengan kedatangan ketiga-tiga remaja itu.

      " Woi! Kau buat apa?!" Salah seorang lelaki menjerit kerana terkejut. Belum sempat salah seorang dari ketiga mereka menjawab, kedengaran jeritan seorang perempuan dari tingkat kedua. Eunbi yang mengenali suara adiknya terkejut. 

     " Eun, kau selamatkan adik kau. Kitaorang settlekan semua ni..." Arah Chan. Minho mengangguk setuju. Eunbi pantas berlari ke tingkat 2 dan cepat mengetahui di mana bilik Sakura berada. Pintu bilik itu dibuka secara paksa dan hatinya panas melihat adiknya terbaring di atas katil sambil seorang lelaki cuba membuka baju adiknya.

      " Jauhkan kau dari adik aku, sial!" Tongkat besbol di tangan dengan pantas melayang pada badan lelaki itu. Lelaki itu tercampak kerana serangan secara tiba-tiba adik. Eunbi tak berhenti setakat itu sahaja. Dia terus memukul lelaki itu sehingga terdengar suara esakan si adik. Baru dia berhenti memukul lelaki itu. Lelaki itu dah pun terbaring tak sedarkan diri di lantai. Eunbi membuka jaket miliknya dan memakaikan di badan adiknya. Minho dan Chan tiba di bilik itu beberapa minit kemudian. Sakura menangis teresak-esak sambil dipeluk oleh Eunbi.

     " Kat bawah dah settle. Aku dah call polis. Sekejap lagi diaorang sampai." Maklum Chan dan dibalas dengan anggukan Eunbi.

      " Korang berdua boleh tunggu kat sini kan sampai polis sampai? Aku nak balik dulu. Aku nak bawa Kkura supaya dia boleh berehat dan tenangkan diri kat rumah." Balas Eunbi dan dibalas dengan anggukan oleh Chan. Eunbi meletakkan Sakura di belakangnya sebelum membawanya keluar rumah. Adiknya sangat ringan memudahkan dia untuk mengangkat Sakura.

     " Nasib Unnie datang. Kkura takut. Tadi, lelaki tu dia pukul masa Kkura lawan dia.... Kkura takut..." Tangis Sakura perlahan. Jaket kakaknya kini sudah basa dengan air matanya yang tak  habis-habis mengalir.

      " Jangan risau sayang... Semuanya dah tamat. Kamu dah selamat. Jangan menangis lagi. Nanti adik-adik risau pulak kalau tengok kamu menangis." Balas Eunbi menenangkan Sakura. Dalam keheningan malam itu, masih terdengar esakan Sakura yang sambil Eunbi berjalan menuju ke rumah mereka.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.



LOVEWhere stories live. Discover now