Eunbi p.o.v
" Hei. Jangan main jauh jauh... Main dekat dekat je... Hilang karang susah nanti...." Pesan Eunbi. Tersenyum dia bersama Sakura berjalan melihat adik adiknya yang lain bermain di pantai.
" Tak nak kejutkan Wony ke? Kesian dia tak dapat main kalau kita dah sampai bilik nanti..." Soal eunbi memgusap perlahan rambut wonyoung yang menutup dahi adiknya itu. Sakura yang mendukung si kecil 6 tahun itu menggelengkan kepala.
" Tak nak lah Unnie. Dia penat main dalam train tadi. Bagi dia rehatlah... Esok esok boleh main lagi..." Balas Sakura lembut. Eunbi mengangguk. Masa semua orang tidur dalam train, Wonyoung sibuk ke sana sini berbual dengan mak cik dalam train tadi.
" Yelah... Yujin! Jangan makan tu! Tu bukan makanan!" Berlari Eunbi mengejar adiknya mengelakkan si kecil Yujin memasukkan kulit kerang ke dalam mulutnya. Sakura tergelak kecil melihat adiknya.
Walaupun kakaknya cakap mereka bercuti sebab nak elakkan adik adik mereka bosan di rumah, namun dia tahu sebenarnya kakak dia hanya nak dia kembali seperti dulu kembali. Entah kenapa sejak kejadian hilang dulu, dia dah jadi macam mayat hidup dah... Walaupun masih membuat kerja macam dulu, dalam sudut hati dia, dia masih takut. Jadi kakaknya bawa mereka sekeluarga ke sini untuk memulihkan semangat dia semula.
" Mm... Cik?" Secara tiba tiba bahunya disentuh seseorang. Sakura yang terkejut terus memandang ke belakang dan menyepak kaki orang itu sehingga dia terjatuh. Reflek kerana masih trauma akibat kejadian yang lalu.
" Oh my... Saya minta maaf sangat sangat. Encik okey?" Soal sakura dengan suara lembut. Lelaki itu hanya mengangguk sebelum mengusap kakinya yang disepak sakura tadi.
" Maaf juga cik. Saya mungkin buat cik terkejut. Sakit juga cik sepak saya tadi..." Kata lelaki itu diselangi dengan gelak kecil. Baru je dia nak bangun, mereka berdua didekati oleh makhluk kecil yang membawa senggenggam pasir di tangan kecilnya.
" Hiak! Jangan kacau Kkura Unnie!!" Pasir itu dibaling kepada lelaki itu. Namun belum sempat dia nak menyepak lelaki itu. Suara Sakura menghentikan dia.
" Park Yuri! Kesian abang ni. Jangan buat dia macam tu... Dia cuma nak tanya Unnie. Dia bukan nak apa apakan Unnie!" Marah sakura. Suaranya yang agak kuat mengejutkan Wonyoung di dalam dukungannya. Wonyoung membuka mata dan melihat mereka di pantai. Dia jadi teruja sampai meronta nak turun dari dukungan Sakura.
" Pergi main kat sana balik. Bawa Wony sekali." Arah Sakura sebelum menurunkan wonyoung. Yuri memandang lelaki itu tajam memberi amaran jangan mengapa apakan kakaknya sebelum menarik tangan Wonyoung menuju ke adik beradik mereka yang lain.
" Mari saya tolong. Maaf sekali lagi. Budak kecik kan.. Biasalah...." Kata Sakura perlahan sebelum menolong lelaki itu. Lelaki itu tergelak kecil sebelum menyambut huluran tangan sakura.
" Hahaha... Takpe. Saya ada adik juga. Sama je macam adik kamu tu. By the way, saya panggil Cik tadi sebab nak tanya sesuatu. Ni Cik punya ke? Saya terjumpa tadi dan gambar dalam wallet tu macam gambar cik je..." Sakura tersenyum menyambut dompetnya. Tak sangka pulak dompetnya jatuh. Nasib lelaki di depannya ini bagi kat dia. Kalau tak, dia pun tak sedar dompet dia jatuh.
" Oh ya? Saya tak perasan pulak. Terima kasih pulangkan encik...." Ayatnya tergantung kerana dia tak tahu nama lelaki itu.
" Ah. Minghao. Nama saya Minghao." Lelaki itu memperkenalkan dirinya. Masih dengan senyuman manis di bibir.
" Terima kasih encik Minghao. Saya tak tahu apa akan jadi kalau orang yang tak bertanggungjawab jumpa dompet saya. Habis duit saya nanti... Umm.." Sakura tak tahu nak cakap apa pagi. Dia tiba tiba berhenti.
YOU ARE READING
LOVE
RandomINI BUKAN CERITA TIPIKAL PERCINTAAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN NAMUN INI ADALAH CERITA DI MANA SEORANG KAKAK SULUNG YANG SANGGUP BERKORBAN APA SAHAJA DEMI KEBAHAGIAAN ADIK-ADIKNYA SEJAK KEMATIAN IBU AYAH MEREKA. ITULAH EUNBI, SEORANG GADIS BERUSIA...