Eunbi p.o.v
" Unnie dah balik.. Adik-adik dah tidur kkura?" Mata eunbi menangkap kelibat sakura yang sedang mengemas kawasan ruang tamu rumah mereka yang sedikit bersepah. Sakura mengangkat muka memandang kakaknya sebelum mengangguk perlahan.
" Unnie dah dapat kerja ke?" Soal sakura sambil tangannya ligat menyusun buku-buku yang berada di meja kopi. Eunbi mengangguk perlahan. Dia menuju ke dapur dan menuang air ke dalam cawan. Haus pulak tiba-tiba. Tudung salji diangkat dan eunbi tersenyum. Walaupun hanya tinggal ayam goreng sahaja sekurang-kurangnya, ada juga makanan untuknya kan?
" Sorry unnie. Tinggal ayam je untuk unnie. Adik-adik lapar betul tadi. Banyak betul diaorang makan.." Sakura yang sudah selesai mengemas datang dan duduk di meja makan berdepan eunbi. Muka kakak sulungnya yang sedang tersenyum itu ditatap dengan pandangan lembut.
" Takpelah.. Asalkan ada makanan. Tolong hulurkan cawan tu kkura." Cawan berisi air tadi dihulurkan kepada eunbi. Ketika eunbi sedang makan, entah kenapa air mata sakura tiba-tiba jatuh. Eunbi sedar tentang itu dan terus bertanya mengapa dengan adiknya itu.
" Kenapa ni kkura? Kerja sekolah susah sangat ke? Ke Kkura ada cedera? Ada orang buli kkura ke?" Sakura menggeleng menjawab soalan eunbi namun air matanya masih mengalir. Dia mengelap air matanya menggunakan lengan bajunya perlahan.
" Unnie, wony tanya tadi kenapa omma dengan appa tak balik. Kkura tak tahu nak jawab apa. Kkura tak nak dia sedih dengar omma dengan appa dah tinggalkan kita. Jadi kkura senyap je. Tapi kkura tahu dia akan tanya lagi. Apa kkura nak jawab kalau dia tanya lagi unnie?" Kata sakura menahan esakannya. Eunbi menggosok bahu adiknya menggunakan tangan kiri kerana tangan kanan kotor.
" Macam mana kalau dia tahu omma dengan appa pergi takkan balik lagi? Macam mana kalau kat sekolah kawan dia ejek dia anak yatim piatu? Kkura tak nak adik lalui masa-masa teruk tu. kkura nak adik happy je sentiasa. Tapi kalau macam ni, ada kemungkinan ke adik akan happy je unnie?" Sambung sakura lagi. Eunbi mengeluh sebelum dia memandang ke pintu dapur. Chaewon berdiri di situ sambil menundukkan kepala.
" Chae sayang.. Sini dekat unnie. Kenapa ni?" Chaewon diangkat supaya duduk di atas pangkuannya. Dia pasti chaewon mendengar semua perbualan dia dengan sakura. Chaewon masih menundukkan kepalanya.
" Unnie, betul ke omma dengan appa takkan balik dan jumpa kita lagi? Betul ke diaorang dah tinggalkan kita?" Lembut suara chaewon bertanya. Eunbi memandang sakura. Kedua-duanya serba salah nak menjawab.
" Betul ke unnie? Chae dah dengar semuanya tadi. Betul ke?" Sambung chaewon lagi. Air matanya dah berada di hujung. Tinggal masa untuk mengalir je. Eunbi memeluk adiknya itu. Chaewon adalah salah satu ahli keluarga yang paling rapat dengan appa selain minju. Dia selalu menghabiskan masa dengan Tuan Kim belajar cara mempertahankan diri sejak dia dibuli dulu. Tuan Kim jugalah yang beri dia banyak motivasi untuk melawan pembuli-pembulinya dulu. Sangat mustahil kalau dia tak nangis dengar yang Tuan Kim dan Puan Kim takkan kembali lagi.
" Chae pergi tidur sekarang. Nanti esok nak sekolah. Kalau lambat nanti cikgu marah tau.. Chae tak nak cikgu marah kan?" Sakura memujuk dengan mengalihkan topik. Walaupun chaewon masih nak tahu jawapannya, dia masih mengikut juga arahan sakura. Bili yang dikongsi bersama chaeyeon dan yena dimasukinya sebelum dia menutup pintu kembali. Eunbi menatap sayu.
" Unnie tak tahu sampai bila kita boleh rahsiakan daripada diaorang.." Keluh eunbi sebelum dia membawa pinggan yang sudah kosong ke sinki. Pinggan dibasuh dan meja dilap sebelum mereka masuk ke bilik mereka yang dikongsi bersama dengan hyewon.
-------
Keesokan harinya,
Seoul High School, Kelas 4-1,
" Hai eunbi! Lambat juga awak datang hari ni. Nasib chan belum tutup gate lagi." Tegur Vivi, classmate yang baru dikenali oleh eunbi semalam. Vivi, Haseul, Jinsoul dan yves. Itu je kawan-kawan yang dia kenal buat masa ini selain dari chan.
" Sorry lah lambat sikit. Kena hantar adik-adik ke sekolah dulu.." Jawab eunbi sebelum tersenyum manis. Vivi mengambil tempat sebelah eunbi yang sepatutnya diduduki oleh Haseul yang tak datang hari ni dengan selamba.
" Eun, kau kakak kepada budak baru kelas 3-1 tu kan? Apa nama dia eh? Ha. Kim Sakura. Kan?" Soal Vivi lagi. Eunbi mengangkat muka dari buku teks biologi yang dibacanya sebelum mengangguk perlahan.
" Ya. Dia adik aku. Wait, macam mana kau kenal adik aku?" Soal eunbi perlahan. Vivi tersengih. Hehe... Orang gila je tak kenal siapa Kim Sakura dalam sekolah ni.
" Kau tak tahulah adik kau tu dah jadi famous. Banyak sebab dia jadi famous. Satu, sebab dia memang cantik. Muka dia memang.. Haih.. Tak tahu nak kata apa. Boleh dikatakan memang cantiklah. Dua, ramai budak lelaki yang suka dekat dia. Termasuklah senior popular sekolah kita. Tapi kan eun ada satu benda aku nak bagitahu kau ni.." Vivi berhenti bercakap. Dia mendekatkan diri dengan eunbi sebelum berbisik.
" Kalau boleh, jangan bagi adik kau dekat dengan senior tu. Senior tu playboy tau. Aku takut adik kau sedih je bila dan dipermainkan. Jangan bagi senior tu dekat dengan adik kau tau.. Karang apa-apa jadi susah kau juga. Senior tu jahat. Dah berapa banyak anak dara orang dia dah rosakkan.." Bisik vivi perlahan. Eunbi hanya mengangguk. Bukan tak nak jawab masalahnya tiba-tiba je handphone dia berbunyi. Dahlah tu nombor yang tak dikenali pulak tu. Dia menekan ikon hijau di telefonnya.
" Helo. Ya saya kakak chaeyeon. Kenapa ye? Ha?! Chaeyeon bergaduh kat sekolah? Ya. Saya datang sekarang cikgu!" Eunbi pantas mengemas barang-barangnya. Tak sempat vivi nak cakap apa-apa dia terus berlari keluar.
" Hei eun! Kau nak ke mana? Kelas dah nak mula ni!" Chan menahan rakan sekelasnya itu. Eunbi pantas menolak tangan chan yang memegang lengannya.
" Chan, aku ada hal kecemasan sangat ni. Bagitahu cikgu, aku tak dapat masuk kelas. Emergenci sangat! Sorry chan!!" Eunbi terus melarikan diri. Chan terpinga-pinga di situ sebelum memasuki kelas apabila loceng berbunyi sementara eunbi terus menuju ke Seoul Primary School.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
LOVE
RandomINI BUKAN CERITA TIPIKAL PERCINTAAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN NAMUN INI ADALAH CERITA DI MANA SEORANG KAKAK SULUNG YANG SANGGUP BERKORBAN APA SAHAJA DEMI KEBAHAGIAAN ADIK-ADIKNYA SEJAK KEMATIAN IBU AYAH MEREKA. ITULAH EUNBI, SEORANG GADIS BERUSIA...