18

269 99 28
                                    

━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━

"Kau psycho! Aku tau kau bukan manusia yang hidup! Kau hantu kan? Ha?! Jawablah celaka!" Aku mengerang kesakitan dan mula menengking.

Ikatan tali yang kuat terikat ditangan, tapi yang paling aneh dan pelik ianya bukan seperti tali.

Tetapi usus.

"Diam sayang. Kau nak aku hukum kau lagi ke hm? Kau patut diam dan saksikan tayangan khas ni."

Tayangan khas? Yang aku nampak hanya pisau dan kapak yang tergantung berhampiran dengan meja panjang.

Tunggu sebentar. Kapak? Meja?

Seorang perempuan yang berambut panjang sedang leka mengasah pisau miliknya. Tapi kehadiran diriku seperti tidak wujud.

Ianya seperti gambaran. Apa sebenarnya gambaran yang hantu atau makhluk pelik itu mahu aku saksikan?

"Hahahaha! Mati kau! Walaupun aku tak sengaja tikam dada kau, tapi sebenarnya kau memang patut mati."

Perempuan itu mula bangun dari kerusi dan menyeret sekujur tubuh lelaki yang dipenuhi darah lalu mendukungnya supaya terbaring di atas meja tersebut.

"Jangan..sudah, aku ku tak tahan! Lepaskan aku lah sial! Tak guna! Argh! Lepaskan celaka!"

Cukup, aku tak tahan dan tak sanggup hendak melihat lelaki itu disiat dagingnya.

Perempuan itu sudah hilang akal ataupun sudah tidak waras? Apa salah lelaki itu dan apa motif semua ini?

Kepalaku mula terasa seperti diusap lalu dikucup. Ianya terasa hangat namun setitis demi setitis darah mula menitis dari hidung ku.

"Sekali lagi aku tanya. Puas lihat persembahan ni? Jangan takut sayang...aku akan temani kau."

"Sebab, aku cintakan kau."

Cinta? Apa yang difikirkan oleh si dia apabila lafaz cinta itu dilontarkan? Siapa dia? Siapa pula lelaki yang diseksa itu serta perempuan tidak siuman ini?

Terlalu banyak persoalan yang masih tiada jawapan.

Tetapi, mungkin jawapannya akan terbalas tidak lama lagi.

Tapi sampai bila aku mahu tunggu sehingga jawapan itu datang bergolek pada ku sekiranya aku tidak mencarinya?

"Jom main kejar-kejar, sayang."

"Aku jadi polis.."


"Kau jadi perompak."

━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━





Elevator | Jungkook [15+]Where stories live. Discover now