Note : play the song at above for a better experience. Song name ; daisy bell 🔔━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━
Selepas si dia mengakhiri perkataan yang terakhir dari bibir, aku mula melihat sinaran pancaran yang sangat terang sehingga anak mataku terasa pedih.
Aku terkedu. Kini keadaan bukan lagi sama seperti tadi. Pakaian ku terlihat berdarah-darah hanyir yang membusuk.
Rambut ku pula kusut dan terdapat serpihan kaca yang tersekat di rambut yang tidak terurus.
Manakala di tangan terdapat sebilah pisau berdarah yang sudah berkarat.
Terus tanpa menoleh ke belakang pantas aku berlari meninggalkan dia yang melihat setiap gerak-geri ku dari tadi.
Namun semuanya menjadi lebih ngeri pabila lampu mentol mula terpadam seakan mengejar ku dari belakang.
"Sial."
"Lari sayang. Lari selagi kau mampu. Lari, pergi sejauh mana kau nak sehinggakan nafas kau terhenti. "Suara garaunya mula bergema di aras yang tidak ku tau angka digitnya.
Aku berlari, sejauh dan sepantas yang boleh tetapi ianya bagaikan sia-sia kerana——
Ianya seakan tidak berpenghujung.
"Argh!" Kaki ku mula terasa berdarah, mungkin terpijak serpihan kaca. Lantas ku melihat ke arah nya.
"Hah.." Jangkaan ku meleset jauh sekali, ku sangkakan kaca tetapi ternyata paku besi yang berkarat.
"Fuck!" Semakin dalam ku cuba mengeluarkan paku itu semakin banyak darah yang keluar mengalir.
"Tak guna, aku tak ada cara lain." Tanpa berfikir panjang, terus aku mengambil sebilah pisau karat yang ku genggam erat untuk mengorek keluar paku itu dari kaki.
Rasa ngilu, perit bahkan hampir pitam tidak ku hiraukan.
"Done.." Pisau diletakkan diatas kerusi kayu usang bersebelahan badan.
Titisan darah terus mengalir dan mengalir, deras lagi air mataku berjujuran tatkala telinga mula menangkap bunyi hilaian tawa yang kuat bergema.
"Hahaha! Macam mana? Aku baru kejar guna lampu dah berdarah. Sedihnya.."
"Kenapa paku tu tak tertusuk dalam mata kau je hm?"
"Baru cantik, macam.."
"Macam aku. Kau lupa? Bukan setakat satu paku berkarat, kau menanam lima belas paku kedalam tubuh aku."
Aku terpaku, satu lagi memori gelap kembali bermain di fikiran.
Gambaran seorang perempuan, bajunya sama sebijik dengan pakaian yang aku sarung ini.
Sebilah tukul besi dihayunkan ke udara, si perempuan itu pula bagaikan dalam keadaan mabuk.
Namun ia tidak terhenti disitu. Terus tangan kotornya mengambil sebiji paku berkarat kemudian di pahatnya ke atas tubuh seorang lelaki yang terbaring lemah.
Lelaki itu mula mengerang kesakitan, kuat, sangat lah kuat sehingga hampir terkeluar darah dari tekaknya.
Sesudahnya aksi itu terhenti, jelas terlihat perempuan itu mula duduk di atas tubuh lelaki yang sudah lemah longlai lalu dikucup lembut bibirnya.
Makin lama, makin ganas.
"Cukup argh! Apa semua ni? Apa yang kau cuba nak tunjuk? Apa maksud gambaran tu tadi?!"
Yang paling penting, apa kaitan aku dengan makhluk jijik serta sepasang lelaki dan perempuan itu?
"Kau lupa atau kau buat-buat lupa sayang? Atau patut aku panggil, Lee yeona." Tubuh yang diselaputi darah dan berpaku-paku tertusuk di badannya mula muncul di sebalik lampu malap.
Itu tidak menakutkan ku, tetapi wajahnya.
Dia tidak mempunyai wajah.
━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━
YOU ARE READING
Elevator | Jungkook [15+]
ParanormalKau akan mati dengan cara yang paling hina dan menyeksakan, sayang. Memang benar aku sudah mati. Tapi cinta, ianya masih mekar mengisi hati. Mungkin kali ini rasa cinta itu bakal berubah menjadi mimpi ngeri. cover by McNugget Graphic @cocokies © bae...