━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━
Beg bagasi yang berat seperti beratnya dosaku ditarik separa kuat.
Ingin ku memaki hamun, tapi niatku terbantut apabila sehelai kertas yang lusuh dikaki menarik perhatian aku.
"Rumah sewa harga terpaling murah, tapi jangan yang menyewa itu murah." Wah, kalau ikutkan hati ingin aku pijak dan gunting-gunting kertas ini.
Tapi bila difikirkan yang aku sangat memerlukan rumah sewa sementara untuk mencari kerja di bandar, terus kertas yang dipijak tadi diangkat lalu badan di sandarkan dibawah pokok teduh.
"Sabar Yeon, kau tak boleh memilih bab rumah sewa ni. Kau tengok la harga dah kaw-kaw murah tapi asal eh iklan ni macam nak cakap aku murah?"
Dagu digaru walhal tidak terasa gatal.
"Adakah ini yang dinamakan nasib baik?" Hingus yang meleleh disedut. Aku terharu, sehingga kan mahu terkentut!
Oh tuhan, terima kasih kerana sudah menemukan aku dengan iklan rumah sewa yang serba murah!
━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━
YOU ARE READING
Elevator | Jungkook [15+]
ParanormalKau akan mati dengan cara yang paling hina dan menyeksakan, sayang. Memang benar aku sudah mati. Tapi cinta, ianya masih mekar mengisi hati. Mungkin kali ini rasa cinta itu bakal berubah menjadi mimpi ngeri. cover by McNugget Graphic @cocokies © bae...