2.1 - Genre

367 56 33
                                    

...

Eh, kenapa sambung sini? Sengaja sebab tak nak panjang-panjang. Nanti kau orang bosan pula.

...

11. Mystery-Thriller / Misteri-Ngeri

- Jika genre misteri, banyak benda boleh dikaitkan dengan genre ini. Khususnya, seorang pembunuh bersiri yang tidak ditangkap. Identiti black hat hacker yang menjadi buruan.

   Segalanya yang boleh buat pembaca mengigit kuku sendiri semasa menyelesaikan misi tersebut. Maafkan aku pembaca Misteri Asrama M.A.T.A, aku tergelak baca komen kau orang. 😭

- Thriller pula melibatkan benda yang membuatkan kita ngilu. Nama pun ngeri, bukan? Macam zombie, aksi tembak yang ngeri (potong jari). Memang kesan ngilu dia sampai sekaranglah!

.

12. Adventure / Pengembaraan

- Ianya ibarat kita hidup sebagai watak utama. Kita hayati setiap pengembaraan. Percayalah, novel ini mesti berpuluh-puluh bab untuk dibaca.

- Kalau hendak dibuat contoh, Naruto, Dragon Ball boleh diambil sebagai contoh utama. Sampai Goku ada anak aku tengok anime ini. Rasa sendu pula hidup aku ini.

.

13. Vampire / Puntianak

- Apa-apa sahaja berkaitan puntianak ataupun vampire. :V

   Jangan watak itu nyamuk jadian jadikan genre vampire. Itu sudah jadi genre lain.

.

14. Poem / Sajak

- Kepada yang pernah menang pertandingan sajak zaman sekolah, bolehlah persembahkan sajak-sajak ataupun pantun kau orang dalam buku itu.

- Nak tambah lagi menarik. Boleh tulis dalam bahasa Jawi, bahasa Melayu lama. Tulis bahasa Melayu dalam tulisan Palava, dengan aku aku tak faham.

.

15. Random / Rawak

- Novel ini kira rawak atau ditulis dengan tujuan seronok-seronok sahaja. Seperti buku talk. Persembahkan cover-cover yang kau orang buat ataupun cerita kehidupan seharian watak.

- Untuk mudah difahamkan, genre ini lebih kurang sama dengan genre slice-of-life. Anime yang sama kategori dengan genre ini  ialah Gakuen Babysister.

.

16. Romance / Romantik

- Sebelum kau orang mula tulis cerita ini, aku hendak memberi amaran. Kemungkinan telefon kau akan bersemut dan agak susah untuk menghalau semut-semut nanti.

- Genre ini melibatkan dua orang yang bercinta. Dan sila ambil perhatian, bukan fasal seks sahaja. Kalau macam itu, baik aku tidak payah kahwin.

- Ianya melibat perkembangan dua watak utama, hero dan heroin dalam cinta hidup mereka. Tidak semestinya ada orang ketiga ataupun mertua tidak kisah. Ada yang hero dia sendiri bermasalah.

- Mari aku bagi ayat jiwang. Kahwin itu bukan sekadar dua orang mencintai antara satu sama lain. Kahwin itu ibarat cinta macam pasangan bercinta, saling lindungi macam adik beradik dan jalankan hidup bersama seperti kawan baik.

- Tetapi best juga en kalau meroyan tengok anime dengan suami sendiri. Sedarlah, Nooroo. Kau sebenarnya nak kawan ini. TvT

   Yalah nanti kahwin. Tak boleh minat watak anime dah.

.

17. Chick-lit / Sastera Wanita

- Apa-apa sahaja berkaintan wanita. Dengan wujudnya genre wanita, orang wanita tidak akan dipandang rendah lagi! Sekarang jarang tayang di televisyen wanita menjadi watak utama. Selalu lelaki sahaja.

- Kalau anda seorang lelaki. Ketahuilah dari novel genre ini, kamu akan mengenali seorang wanita. Baru faham period pain macam mana! (Tiber)

.

18.  Panaromal

- Semua aktiviti panaromal dan melibatkan ritual pikachu, ianya memang jadi asas dalam genre ini. Sekali dengan termasuk ke alam di sebalik mata yang penuh benda mistik. Jadi siapa yang suka dengan hantu, boleh cari cerita ini.

- Hahaha, sedangkan Stephen King (penulis novel panaromal dan horror) pun tidur dalam lampu terbuka. ಠ_ಠ

.

19. Horror

- Genre seram bukan setakat hantu sahaja. Dikejar zombie. Terperangkap dalam rumah orang psiko. Itu pun kira seram. Yalah, SIAPA TIDAK TAKUT TENGOK ORANG BAWA MESIN POTONG RUMPUT NAK BUNUH KITA?

A : Tapi kalau dia hensem?

Nooroo : Kau nak mati ke?

A : Aaa... aku lebih lera mati dalam tangan dia.

Nooroo: Kau serius nak kena potong dengan mesin itu?

Dark Nooroo: *tepuk bahu Nooroo* Memang orang macam itu wujud dalam dunia ini. Kau pun suka Eren Yeager kan?

.

20. Werewolf

- Werewolf fiction denotes the portrayal... eh, tidak cukup melayu! Kita ini ada keturunan Melayu. Kenapa cakap English?

- Fiksyen manusia serigala menunjukkan penggambaran manusia serigala dan binatang / binatang buas lain, dalam media sastera, drama, filem, permainan dan muzik.

- Sastera Werewolf merangkumi cerita rakyat, legenda, kisah, dongeng, fiksyen Gothic dan seram, fiksyen fantasi dan puisi

Dark Nooroo: Kau kopi dekat Google, kan?

Nooroo: Sengaja nak panjangkan bab ini.

- Macam biasa, apa-apa sahaja berkaintan dnegan separuh manusia, separuh serigala. 😎✊🏻

...

Selain itu, genre ini juga boleh digabungkan untuk buat jalan cerita novel itu semakin menarik. Gabungannya seperti dibawah.

- Romance + Action
- Action + Fantasy
- Mystery + Horror
- Action + Supernatural + Adventure
- Romance + Chicklit

- Fantasy + Horror
- Fantiction + Semua genre
- Science Fiction + Mystery / Horror
- Short Story + Vampire

Dan sebarkanlah imaginasi anda 👌🏻

.

| Ada soalan boleh ditanyakan di sini |

-------- (☞ ͡° ͜ʖ ͡°)☞

Nooroo: Writting TipsWhere stories live. Discover now