12 - POV, Bukan Pos Laju

151 33 5
                                    

Hai, hai dan hai semua! Maaf, tidak boleh bersalam sebab masih Covid. Nanti kalau bukan kau orang, aku yang masuk hopsital esok hari.

Sudah baca topik? Ya, itulah tips yang kau orang akan baca nanti. Siapa salah sangka aku ulas servis Pos Laju, boleh buat kerja lain sebab aku bukan jelaskan servis Pos Laju.

Hehehe... melainkan kalau Pos Laju nak promosi ke. Hehehe...

Pos Laju : Aku bukan syarikat penerbitanlah. Aku hantar barang je!

Aku : Lah, manalah tahu boleh promosi juga ke.

Pos Laju : *Buat muka menyampah*

Ha, berbalik pada topik. Apa ke benda POV ini? Kalau nama panjangnya bukan Pos Laju, tak mungkin perisa baru maggi pula.

Nama panjang POV ialah Point Of View. Tetapi kalau dia maksud Malaysia, nama dia berubah kepada Sudut Pandangan. Sudut Pandangan ini pula secara ringkasannya, pandangan dari watak kita dalam novel.

...

TIGA JENIS SUDUT PANDANGAN

Sudut pandangan pertama - Diri penulis

- Sudut pandangan ini diambil dari watak utama itu sendiri. Maknanya, watak utama itu cerita kisah di sekeliling dia. Kalau kau orang pernah buat karangan, 'aku sebuah pensel' atau 'aku sebuah Google Meet'... mungkin kau orang akan faham.

- Contohnya;

(Aku)

Aku merebahkan tubuhku ke atas katil akhirnya. Jam di dinding aku kerling... sudah pukul 1 pagi! Namun mataku masih belum mengantuk! Ah, tidurlah! Esok ada kelas online ini!

- Bagi aku, sudut pandangan ini terletak pada nombor dua tersusah hendak tulis. Lagi-lagi kalau personaliti kau orang berbeza dengan personaliti watak itu.

_

[ Tips ]

1 - Fahami personaliti watak.

  Kau orang faham sepenuhnya watak kau orang sebelum tulis. Takut-takut kalau kau orang tulis, termasuk sekali perangai kau orang. Nanti orang ingat watak utama kau orang ada split personality pula.

  Sebab itulah kalau kau orang perasan, ramai penulis yang gunakan POV ini, watak utama dia mesti sama sahaja personaliti dia orang.

  Jadi kau orang boleh tulis dalam kertas siap-siap personaliti dia orang. Contoh macam aku:

Nama: Oyen Bin Pintu (Oyen)

Umur: 31 Tahun

Positif: Amanah dalam melakukam kerja, Tak mencarut, Suka melayan budak-budak

Negatif: Mudah rimas dengan perempuan, Meluru dalam segala tindakan, Ego

- Watak utama kau orang bukannya dapat baca fikiran orang lain.

  Contoh:
  
   Aku keluar dari bilik dengan tujuan untuk membuat air Milo, memandangkan kelas onlineku dalam masa rehat. Saat aku masuk ke dapur, aku mendapati adik aku pandang aku macam nampak hantu. Detik hati adik, 'Apa fasal ada pontianak dalam rumah aku ni?'

   Dan kalau perkara di atas pernah terjadi, aku sumbat mulut adik aku pakai kunyit. (Gurau.)

_

Nooroo: Writting TipsWhere stories live. Discover now