16.1 - Tulis Orang Ada Depresi

109 28 13
                                    

...

Ha, kau orang dah faham bagaimana itu rasanya depresi? Kalau tidak faham, tanyalah. Cuma jangan minta kena lukislah sebab Wattpad tak kasi upload gambar kat komen.

...

MACAM MANA NAK TULIS WATAK ADA DEPRESI?

Tips 1 - Letak tempat kau orang di tempat mereka

Pejam mata... eh, jangan pejam mata. Sebab kau orang kena baca lagi. Pejam mata sebelah cukuplah. Kalau kau dikhianati kawan, mesti rasa pedih gila, sedih sangat-sangat.

Ha, sama juga macam orang yang ada depresi. Cuma rasa sedih dia orang itu berpanjangan. Kebanyakkannya memang pendam rasa sedih itulah.

Masa inilah kau orang kena jadi kurang ajar dan fikir menjauh. Sebab depresi ini banyak main perkataan 'kalau'...

Macam mana kalau dia orang benci aku?
Macam mana kalau...
Kalau tak jadi...

Dan lain-lain.

Ha, dah boleh buka sebelah mata itu. Sekejap. Ke kau orang tak pejam tadi?

.

Tips 2 - Tambahkan backstory

Bagaimana watak utama boleh jadi gugup dengan orang? Letaklah backstory. Latar belakang inilah akan memainkan peranan untuk menambahkan simpati pembaca pada watak utama itu.

Hati-hati, takut kau orang takut pula baca komen.

.

Tips 3 - Cinta bukan penyembuh pada depresi

Dalam novel romance, bukan semua... adalah watak utama itu ada depresi kemudian sembuh depresi secara magik lepas heroin/hero muncul.

Dan waktu itu aku kerut dahi.

Apa... apakah? Wey, dulu aku bercinta dengan bantal dengan buku sahaja! Aaa... wat. Ap... apakah?

Pengusung ambulans: Dah ke tepi! Ke tepi! Pesakit pengsan! Banyak sangat fikir ni.

Macam mana dia orang nak cintakan orang lain kalau mereka tak cintakan diri mereka dulu? Diingatkan lagi, ini bukan Disney. Terbatuk staf Disney nanti.

   Sebab itu aku kata, buat watak depresi ini... berat sebenarnya. Dia orang kena sayangkan diri mereka dulu, baru dia orang boleh cintai orang lain. Sebab kalau diri mereka pun mereka benci, mesti mereka akan fikir yang hero/heroin berpura-pura cintai dia.

  Dan cinta itu tak akan berjaya pun.

.

Tips 3 - Bukan semua depresi introvert

Macam OCD, dia orang bukan introvert sangat. Ada yang pandai sorok perasaan depresi mereka. Dia orang masih lagi dapat cakap gila-gila dengan kawan dia orang.

Macam orang yang ada kebimbangan sosial, tak bermaksud dia pendiam sahaja. Yang pediam itulah paling banyak cakap bila berjumpa dengan kawan dia orang yang lain.

Dia orang ada juga jenis pelawak. Jenis ceria dan gila-gila. Cuma dia orang ada depresi sebagai penambah rasa.

Janganlah kejam sangat, bagilah watak utama itu gembira sikit walaupun ada konflik. Dahlah kau bagi dia depresi.

.

Tips 4 - Dia orang kena ada semangat hidup

Bagi kawan dekat dia orang. Sebab orang depresi ni, paling penting bagi dia orang ialah sokongan. Jika mereka ni spesies berburuk sangka dengan diri sendiri, mesti akan ada kawan yang bangkitkan dia.

Nooroo: Writting TipsWhere stories live. Discover now