O1

150 14 10
                                    

park jihae's

Manhattan Beach, Los Angeles California

"Charlotte Park, do you take Nicholas Wang to be your husband?"

Air liur ditelan dengan pahit. Hanya dengan satu lafaz, aku bakal menjadi isteri kepada ex-boyfriend aku sendiri. Park Jihae, inilah saatnya untuk kau beraksi. Jangan biarkan segala plan yang kau dah susah payah berfikir selama 2 hari 1 malam itu musnah begitu sahaja.

Suasana majlis yang kian menyepi itu aku perhati seketika, mengabaikan soalan yang diutarakan oleh paderi yang masih setia menunggu jawapan yang bakal dikeluarkan daripada mulut aku. Mata aku sempat melirik ke arah kedua orang tua aku yang sudah merenung tajam kepadaku sambil terangguk-angguk, memaksa aku untuk menerima lafaz nikah tersebut.

Pada suatu ketika dahulu, harabeoji aku dan Nicholas merupakan kawan rapat sehingga mereka membuat satu perjanjian di mana mereka bakal menjodohkan cucu masing-masing sebagai tanda persahabatan mereka.

Tapi- Nicholas adalah ex-boyfriend aku ! How am i supposed to marry him ? Dan aku sendiri pun masih terlalu muda untuk mendirikan rumah tangga. Mom dad, i'm so sorry. Jihae berhak untuk menentukan siapa pasangan Jihae dan perjanjian tersebut tidak semestinya perlu ditepati !

"Hey, what are you waiting for ?"

Nicholas berbisik pada telinga aku setelah hampir seminit melihat aku mendiamkan diri, membuatkan semua tetamu yang hadir turut menjadi bingung.

"I'm so sorry, I need to go."

Serentak itu, bunga yang digenggam erat pada tangan aku baling entah ke mana sebelum berlari selaju mungkin, meninggalkan majlis perkahwinan yang kini sedang berlangsung di sebuah pantai.

Langkah semakin dilajukan apabila suara eomma dan appa menyapa gegendang telinga aku. Aku pantas menahan sebuah teksi yang sedang setia menunggu penumpang dan terus masuk ke dalam perut kereta bersama wedding dress yang masih tersarung elok pada tubuh aku.

"Please take me to Los Angeles International Airport."

———

main characters— ♡

park jihae/charlotte park as you/readers
enhypen's park sunghoon as himself

a park sunghoon's short fanfiction 📎

special tags <3 ::

clvertae kdy_nyt05 yuhuunaa_ aexniqn flowerylila skyevlette hwangtimental luvingsunwoo youngchwe jaeyyyiskambing-

runaway. pshWhere stories live. Discover now