1O

43 10 6
                                    

author's

Sunghoon berjalan menghampiri Jihae. Langkahnya berhenti tepat di hadapan Jihae, sangat-sangat rapat sehingga Jihae dapat merasakan nafasnya. Gadis itu diam terpaku dan tiba-tiba memejamkan matanya dengan rapat. Sunghoon pula berusaha menahan dirinya daripada tergelak sebelum mencapai sebuah cawan yang tersusun kemas pada rak pinggan di belakang Jihae.

"Err saya nak ambil cawan ni je."

Perlahan-lahan mata Jihae terbuka. Gadis itu menggigit bibir melihat cawan yang ditunjukkan oleh Sunghoon. Buat malu sahaja ! Kantoi fikir yang bukan-bukan. Mujurlah keadaan dapur sekarang ini tengah gelap atau tidak, Sunghoon pasti dapat melihat wajah Jihae yang sudah kemerah-merahan, menahan malu.

"K—kenapa awak tak cakap ? Saya boleh je ketepi."

Jihae melarikan pandangan, masih malu dengan kejadian sebentar tadi. Air liur ditelan, kelajuan degupan jantungnya pada saat ini bukan biasa-biasa.

"Do you want to go out with me ?"

Jihae terdiam sebelum mengerutkan keningnya, dia memandang tepat ke arah wajah Sunghoon yang sedang tersenyum ke arahnya, menunggu jawapan yang bakal meniti pada bibirnya.

"Sunghoon, it's 3:00 a.m."

"I don't care. Hari ini hari minggu dan awak kerja waktu petang je kan ?"

Lambat-lambat sahaja kepala aku mengangguk, tidak dapat menafikan kata-kata Sunghoon.

"Okay, fine but where are we going anyway ?"

"You'll see."

———

park jihae's

Korea National Training Center International Rink —

"Boleh ke kita masuk sesuka hati—"

"Of course. Saya atlet negara, bila-bila je boleh masuk."

Aku tetap diam membatu di hadapan pintu utama ice rink, masih ragu-ragu dengan kata-katanya. Park Sunghoon memang lain daripada yang lain. Ada pula dia bawa aku ke sini hanya sebab kami berdua tak boleh tidur ? He's really crazy, but in a good way.

Tangan aku tiba-tiba digenggam olehnya, Sunghoon membawa aku masuk ke dalam gelanggang ais luncur tersebut sebelum duduk di salah satu bangku untuk menyarungkan kasut skates miliknya. Setelah itu, dia memasuki kawasan gelanggang ais tersebut dan mula meluncur di atas ais.

Aku duduk di bangku yang paling hadapan sebelum memberikan seluruh tumpuan ke arah Sunghoon yang sedang meluncur dengan sangat tenang. Lelaki itu kini sedang berada di dalam dunianya sendiri, menikmati setiap langkah yang dibawa bersamanya. Sunghoon sempat memberikan aku satu wink sebelum mula menunjukkan beberapa skills yang dimiliki olehnya.

Sunghoon mendarat dengan sangat perfect  setelah melakukan lompatan triple axel. Tanpa aku sedari, aku tersenyum lebar, sangat kagum dengannya. Setelah itu, lelaki itu berhenti meluncur dan berjalan menuju ke arah aku.

"Wow, that was so amazing, Sunghoon!"

Aku menepukkan tangan beberapa kali dan Sunghoon hanya tergelak kecil mendengar pujian tersebut sebelum memandang tepat ke arah anak mata aku, pandangannya itu seakan-akan memberi suatu maksud yang sukar untuk aku tafsirkan.

"Awak nak try ?"

Kepala aku menggeleng laju, tidak bersetuju.

"Nope, saya tak retilah Sunghoon."

"Saya boleh ajar awak ?"

"Uh— fine. Tapi tolong jangan gelak kalau saya jatuh."

Sunghoon tersenyum sebelum perlahan-lahan mengangguk. Namun semua itu hanyalah dusta semata-mata. Belum sampai lima saat aku berada di atas ice rink aku dah terjatuh and guess what— Sunghoon gelakkan aku. Aku berdecit perlahan dan cuba untuk bangun namun gagal untuk mengawal keseimbangan diri dan yup, aku terjatuh sekali lagi.

"Seronok eh gelakkan saya !"

Wajah Sunghoon yang masih terhibur itu dijeling sekilas. Lelaki itu kemudiannya menghulurkan tangannya, membantu aku bangun dan syukurlah kali ini aku tak jatuh berkat bantuan Sunghoon.

"Saya dah cakap kan saya tak reti."

"It's okay, awak boleh pegang tangan saya. Saya janji takkan biarkan awak jatuh lagi."

Ayat terakhir Sunghoon berjaya membuatkan aku merasa seakan-akan ada rama-rama di dalam perut. Apa yang kau merepek ni Jihae—

Oh tuhan, mengapa seketul Park Sunghoon ini sangat sweet  orangnya ? Dan pada saat ini aku sedar bahawa,

Park Sunghoon adalah sangat berbahaya, bahaya untuk hati aku.

runaway. pshWhere stories live. Discover now