O8

51 10 10
                                    

author's

Park's Mansion, Los Angeles —

"Yeobo ! Awak nak biarkan je ke anak dara kita tu seorang diri dekat Korea ?!"

Puan Park akhirnya menghentikan langkah setelah puas bermundar-mandir di seluruh kawasan ruang tamu rumahnya, risau tentang keadaan satu-satunya anak gadisnya. Tuan Park yang masih focus membaca surat khabar itu dijeling sekilas.

"Walaupun dia dah malukan kita, dia tetap anak kita yeobo ! Jihae tu satu-satunya anak yang awak ada ! Awak tak risau langsung ke ?"

Puan Park bercekak pinggang, cuba untuk kekal tenang dan menahan sabar dalam masa yang sama tatkala memerhati perangai suaminya itu.

"Biarlah dia, dia yang nak larikan diri ke sana. Dah insaf nanti, balik lah anak awak tu." Selamba sahaja ayat yang keluar daripada mulut Tuan Park, sepertinya langsung tidak risau membuatkan isterinya ternganga.

"Yeobo ! Anak awak tu perempuan, Bukannya lelaki !"

"Rilek sudahlah. Jihae mesti ada dekat rumah abang saya. Kalau awak tak percaya sangat cuba telefon Jay, anak buah saya tu."

"Awak ingat saya tak pernah cuba call ke ? Saya dah tanya Jay tapi dia kata dia tak tahu apa-apa pun !"

Puan Park meraup wajahnya, stress memikirkan keberadaan anak daranya itu. Pelbagai keadaan mengerikan yang boleh terjadi terhadap anaknya terus terbayang dalam fikiran membuatkan Puan Park menggeleng laju.

"Andwae ! Yeobo, kita kena berangkat pergi Korea jugak ! Kalau jadi apa-apa dekat anak kita nanti macam mana ?!"

———

park jihae's

Tamat sahaja waktu persekolahan pada hari tersebut, aku terus menuju ke sebuah café yang berdekatan dengan kawasan sekolah untuk mencari kerja part time demi menyara diri. Aku mengeluarkan handphone yang disimpan di dalam poket blazer  apabila dapat merasakan getaran yang tidak berhenti-henti daripada tadi.

Lidah aku kelu tatkala melihat panggilan daripada eomma. Hati aku berbelah bahagi untuk mengangkat panggilan tersebut. Kalau aku terima panggilan tersebut, mesti eomma akan mengamuk sebab aku dah memalukan nama keluarga dengan melarikan diri daripada majlis perkahwinan sendiri. Oleh sebab itu, aku terpaksa memilih butang merah.

Mata aku sempat melirik ke arah sebuah notis yang tertampal pada cermin kaca di luar café tersebut. Notis tersebut menyatakan bahawa mereka sedang mencari beberapa pekerja sambilan.

"Annyeonghaseyo, cik nak order apa ?"

Aku membalas senyuman mesra daripada waitress tersebut sebelum membuka bicara. "Uhh, saya datang sebab nak minta kerja. Dengar cerita, café ni memerlukan part timer ?"

"Ohh ya, tolong tunggu sekejap ya cik. Saya pergi panggilkan manager."

Aku hanya mengangguk sebelum memerhatikan keadaan sekeliling di dalam kafe tersebut. Tidak lama kemudian, sebuah pemuda yang tinggi berjalan menghampiri aku. Sebaik sahaja pemuda tersebut berhenti tepat di hadapan aku, aku memberikan satu tundukan hormat padanya sebelum memperkenalkan diri.

"Annyeonghaseyo, Park Jihae imnida."

Pemuda tersebut membalas tundukkan aku dengan sebuah senyuman pada bibirnya, menampakkan sepasang lesung pipit pada kedua-dua belah pipinya yang mana aku rasa itu adalah sangat attractive.

Oh my gosh Park Jihae— Kawal sikit diri kau tu ! Pantang betul setiap kali terjumpa lelaki yang kacak dan cute. Kau datang sini dengan tujuan nak cari rezeki, bukan cari pasangan !

Please keep that in mind.

"Saya Choi Soobin, manager café  ini. So, saya dengar awak nak minta kerja as a part-timer ?"

"Ah, yes. Masih ada kekosongan ke untuk jawatan tu ?"

"Yup, mulai esok awak dah boleh start  kerja dan nanti saya akan minta tolong Choi Beomgyu dan Shin Ryujin untuk tolong ajar awak apa yang patut."

"Ahh, thank you manager-nim."

"Oh please, just call me Soobin. Tak perlu nak terlalu formal."

Aku membalas senyumannya sebelum mengangguk kecil.

runaway. pshWhere stories live. Discover now