O7

49 11 5
                                    

park jihae's

The next day. BE:LIFT High School —

Aku dan Enhypen masing-masing datang ke sekolah dengan cara yang berbeza. Jay dan Heeseung menunggang motorbike masing-masing bersama Jungwon dan Ni-Ki yang membonceng di belakang. Jake, Sunghoon dan Sunoo dihantar oleh parents masing-masing dan aku pula hanya dengan menaiki bas.

15 minit kemudian aku tiba di hadapan pagar BE:LIFT High School. Ekor mata aku dapat menangkap beberapa pelajar yang merenung ke arah aku, mungkin kerana wajah asing yang tidak pernah mereka lihat di sekolah tersebut. Dalam masa yang sama, sebuah Mercedez hitam tiba di hadapan pagar sekolah membuatkan hampir kesemua pelajar perempuan berkumpul di hadapan pagar.

Ok, aku syak ni mesti kes pelajar paling popular dah sampai. Disebabkan aku tiba-tiba menjadi curious tentang siapakah pelajar paling famous di dalam sekolah ini, aku mengambil kesempatan untuk bersembunyi di sebalik pokok and guess what—

Ternyata pelajar tersebut ialah Park Sunghoon.

Sebaik sahaja lelaki itu menjejakkan kaki di atas jalan tar dan keluar daripada perut kereta mewah tersebut, seluruh pelajar yang berada di situ bersorak dengan kuat atau lebih tepat lagi, ber-fangirling.

___

"Annyeonghaseyo, Park Jihae imnida. Saya berasal dari Los Angeles, California dan kini berpindah ke Seoul atas urusan peribadi."

Aku menunduk hormat di hadapan kelas setelah selesai memperkenalkan diri. Kedatangan aku disambut dengan agak mesra oleh para pelajar yang ada di dalam kelas tersebut. Syukurlah. Mereka tersenyum ke arah aku sambil menepukkan tangan masing-masing.

Daripada jauh lagi aku dapat melihat Jay dan Jake yang sudah melambaikan tangan masing-masing ke arah aku. Ooh— Sunghoon pun ada sekali.

"Baiklah Jihae, awak boleh duduk di tempat kosong sebelah Goo Semi."

"Nae."

"Hai ! Nama saya Goo Semi."

"Hi Semi, saya Park Jihae."

Aku menyambut huluran Semi sebagai tanda perkenalan sebelum menanggalkan beg. Semi tiba-tiba mendekatkan dirinya ke arah aku, membuatkan aku sedikit terkejut dengan tindakannya itu. "Betul ke awak sepupu Jay ?" Bisiknya.

Air liur ditelan. "M—macam mana awak tahu ?"

"Satu sekolah dah tahu."

"Wha"

Great. Satu sekolah dah tahu bahawa aku adalah sepupu Jay dan aku sendiri pun tak tahu macam mana mereka boleh tahu— Lagipun aku tak kisah sangat pun pasal tu. Yang penting sekarang ini aku bebas daripada majlis perkahwinan yang bodoh itu.

Mata aku meliar di sekeliling kelas sebelum akhirnya jatuh ke arah Sunghoon yang sedang termenung ke luar tingkap. "Handsome." Tanpa aku sedari, perkataan tersebut keluar daripada mulut aku secara spontan.

".... Tapi sombong." Sambung Semi. Aku kembali menoleh ke arah Semi yang sudah merenung tepat ke arah wajah aku. Satu sengihan kekok aku tayangkan. Kantoi pula aku puji Sunghoon depan classmate sendiri yang baru je aku kenal tidak sampai lima minit.

"Park Sunghoon, lelaki yang paling kacak dalam sekolah ni a.k.a  atlet figure skating negara. Dia popular  kerana dua sebab itu. Oh ya, He's rich too."

Aku menelan air liur dengan pahit "Ooh... Okay. Thanks for the information Semi."

"You're welcome."

"Tapi, kenapa awak cakap dia sombong tadi ?"

Bibir Semi mengukirkan satu senyuman senget sebelum menjawab pertanyaan aku.

"Sebab dia reject  semua perempuan yang pernah confess dekat dia dan dia jarang bercakap dengan perempuan but his fans still tergila-gilakan dekat dia which I don't understand at all."

"Oh..."

Tapi, kenapa dengan aku dia okay je ?

runaway. pshWhere stories live. Discover now