11

43 10 5
                                    

BE:LIFT High School —

Park Jihae disahkan angau setelah kejadian yang telah berlaku sehari yang lepas dan dia masih lagi tidak dapat melupakan perasaan tersebut malah wajah Sunghoon asyik terbayang di dalam fikirannya. Mana taknya, dekat sekolah jumpa, dekat rumah pun jumpa.

"Park Jihae ! Awak dengar tak apa yang saya tanya tadi ?"

Serentak itu bahu Jihae terhinjut. Hah, itulah. Siapa suruh berangan tengah-tengah hari, sewaktu guru sedang mengajar pula tu ! Tolong jangan contohi si Jihae ini.

"M—maaf saem."

"Detention, petang ini !"

"Whatapi saya ada—"

"No excuses."

———

park jihae's

Aku merenung tepat ke arah kertas kosong di atas meja, mati akal. Dah lah tak dapat nak datang kerja lepas tu kena tulis karangan tentang punca-punca aku dikenakan detention. Tch, satu hukuman yang agak kebudak-budakan. Jam di dinding kelas dipandang sekilas. Sudah hampir 10 minit aku mereput di sini dan kertas aku masih lagi kosong.

Tak boleh jadi ni, lebih baik aku siapkan denda ni agar lebih cepat aku boleh keluar daripada sini dan terus pergi ke café.  Sewaktu aku mengangkat pen, tiba-tiba seorang pelajar lelaki melangkah masuk. Mata aku membulat besar, Park Sunghoon ?

"Saya tak rasa awak ada dikenakan detention Park Sunghoon. Sila keluar daripada kelas sekarang."

Arah Madam Kim namun nampaknya Sunghoon langsung tidak termakan dengan ayat-ayat tersebut malah dia terus melabuhkan punggung di sebelah aku, membuatkan mata aku semakin bulat.

"Saya baru je dapat detention daripada Sir Johnny tadi. "

Suasana kembali senyap seperti sebentar tadi. Tumpuan aku kembali semula ke arah kertas kosong tersebut dan mula menulis namun,

"Kenapa awak termenung dalam kelas tadi ?"

Niat aku untuk menulis kembali terhenti. Air liur ditelan dengan pahit. Aduh, kenapa pula dia tiba-tiba nak tanya soalan macam tu. Aku menghelakan satu nafas berat sebelum menoleh untuk memandang Sunghoon di sebelah.

"Takde apa yang penting pun."

Aku tersenyum fake ke arahnya sebelum kembali menulis. Jari aku laju menulis di atas kertas tersebut, ayat-ayat aku semestinya semua ke laut. Tatabahasa tak penting pun sekarang ini, yang penting aku kena siapkan secepat yang mungkin. Dalam masa yang sama, ekor mata aku dapat menangkap Sunghoon yang daripada tadi merenung ke arah aku.

"Laju-laju nak pergi mana ?"

"Saya ada kerja Sunghoon. Awak dah lupa ke ?"

Sesekali aku mengerling Sunghoon di sebelah yang langsung tidak melakukan apa-apa selain memerhati aku. Kening aku berkerut, betul ke dia juga dikenakan detention ?

"Oh, pasal tu. Awak tak perlu risau, saya dah bagitahu Soobin hyung yang awak tak dapat datang kerja petang ni."

Pen aku serta-merta terlepas daripada genggaman jari. Aku memberikan Sunghoon pandangan tidak percaya. Jap, Sunghoon kenal manager café aku ?

"Awak kenal Soobin ?"

Sunghoon mengangguk sebelum tiba-tiba merapatkan jarak yang ada di antara aku dengannya. Aku automatik statik di tempat aku sambil menelan air liur. Jantung aku tidak pernah gagal untuk berdegup bagai nak meletup setiap kali Sunghoon berada dekat denganku.

"Jom pergi kafeteria, saya lapar."

"T—tapi saya belum siap lagi,"

Belum sempat aku menghabiskan ayat, Sunghoon terlebih dahulu mengenggam tanganku, membawa aku keluar daripada kelas sebelum berlari menuju ke arah kafeteria.

runaway. pshWhere stories live. Discover now