Terlalu cepat masa berlalu, 5 tahun bergelar pelajar asrama. Hari ini adalah hari terakhir aku dan rakan seperjuanganku menduduki peperiksaan SPM. Subjek terakhir kami adalah mata pelajaran Perdagangan,suasana dewan Al-Ghazali pada waktu ini mulai mengemakan desas-desus bisikan rakan-rakanku yang lain memandangkan waktu peperiksaan sudah hampir tamat.
"Jam sudah menunjukkan pukul 3:55 petang, kamu semua ada lebih kurang 5 minit lagi untuk menjawab soalan. Pastikan nombor IC dan angkah giliran kamu ditulis dgn betul" salah seorang pengawas peperiksaan mengumumkan waktu peperiksaan yang akan tamat sebentar lagi.
" Lifah.. psst !! Lifah.." panggil Hijrah dengan nada berbisik. Alifah yg duduk di meja sebelah Hijrah menoleh ke arahnya. Hijrah adalah classmate kami yang berasal dari daerah SIPITANG, Sabah. Seorang pemain rugby sekolah, dan salah seorang penyanyi kumpulan nasyid peringkat daerah Papar.
" oii, Lipah.. Kau tau kah orang2 yang buat ulangan SPM ni spisies orang2 yang tak reti bersyukur" hujah si Hijrah dengan senyuman sinis. Lagaknya seperti seorang dewasa yang menasihati seorang anak kecil.
" jadi? apa kena mengena dengan kita?" Aku yang duduk di belakang Alifah menyampuk perbualan mereka.
" Jadi pengajarannya, apa pun result SPM kita nanti jgn pernah buat ulangan exam ya " balas Hijrah tergelak kecil.
"OK guys, masa sudah tamat. Sila letakkan kertas jawapan kamu di tepi meja" arahan dari ketua pengawas cukup memberi sedikit ketenangan di hati kami. Beban yang kami tanggung selama beberapa minggu ini akhirnya terhenti di sini. Alhamdulillah, sujud syukur telah kami hadapkan ke hadrat Ilahi tanda kesyukuran. Apapun keputusan peperiksaan kami, semuanya kami serahkan kepada Allah swt. Dan semoga dipermudahkan juga untuk para pemeriksa menandakan jawapan kami. Amin Ya Rabb.
Malam ini sebagai tanda perpisahan, kami semua mengadakan majlis perpisahan untuk semua pelajar tingkatan 5 memandangkan kami semua berasal dari daerah yang berlainan. Entah bila lagi akan bertemu semula. Tinggal di sekolah berasrama penuh sedikit sebanyak mengajar kami erti persahabatan sebenar. Susah senang bersama, mereka lah keluarga mereka lah adik beradik. Warden dan para guru pula sudah di anggap seperti ibu bapa kami sendiri.
Malam yang sangat meriah, malam yang penuh kesyukuran. Kami dibenarkan untuk menginap satu malam lagi di asrama atas ehsan penolong kanan asrama kami, dengan syarat selepas majlis kami wajib membersihkan tapak kantin yang kami gunakan sebagai tempat majlis perpisahan berlangsung. Sedihh dan gembira bercampur baur dalam diri kami. Amy tidak dapat menyertai majlis kamii pada malam itu, ibunya terpaksa menjemputnya pulang awal dek kerana urusan kerja pada esok hari.
YOU ARE READING
LOVE is Hurt
Romance" Berkali-kali kau coret luka di hati ini, berkali-kali juga aku memaafkan semua yang kau lakukan. Tapi tidak untuk kali ini, kau keterlaluan!!Aku benci kau!! " jerit Aina Zalikha sebelum dia melemparkan cincin pertunangan yang tersarung di jari man...