Kami semua bergembira di malam yang meriah itu, sekadar aktiviti BBQ kecil-kecilan dan meluangkan masa bersama mereka semua. Aku dan seorang lagi rakan sebilik iaitu Nur mengorak langkah menujuh ke kantin, perpisahan dengan Amy membuatkan kami sedikit terpukul. Mana tidaknya, entah bila lagi kami akan berkumpul seperti sekarang. Keluar saja dari sekolah ni mestilah kesemua kami akan meneruskan perjalanan hidup masing2. membawa haluan masing2.
"Nur, kau dah siap packing barang utk pulang esok?" soalku kepada Nur yg leka menekan telefon pintar berjenama Lenovo miliknya. Memang kalau musim exam besar seperti SPM pelajar2 asrama akan dibenarkan membawa telefon ke asrama utk memudahkan para guru berkongsi nota2 penting untuk exam. Mudah juga untuk pelajar menghubungi ibu bapa sebelum masuk ke dewan peperiksaan.
" Belum lagi,tapi takpe malam ni kita kemas sama2. Tak payah tido pun takpe, esok bole tido kat rumah kan" balas Nur sedikit bergurau, Bebas? yaaa, kami seperti burung yang baru di lepaskan dari sangkar. Izinkan kami terbang untuk menghirup udara segar pada malam ini. Nur merupanya rakan sebilikku dari daerah Beaufort, Sabah. Kami bukan dari kelas aliran yang sama, tapi dek kerana kami di tetapkan untuk tinggal sebilik, akrab nya kami seperti adik beradik, begitu juga dengan Alifah , Amy, dan Fiqah pelajar dari kelas 5 Akaun. Nur seorang gadis yang lemah lembut, baik tutur katanya. Seorang yang berkulit putih mulus seperti namanya Nur Cahaya.
" eh kau serius taknak tido malam ni? karang datang hantu seret2 tu masuk dorm kita mengira orang tak tido lagi" gurau ku pula, sudah menjadi lumrah pelajar asrama di sinu dengan kisah2 mistik seperti hantu seret2 yang di katakan suka berkeliaran di sekitar tingkat 4 asrama kami. Pernah sekali kami hampir 'terserempak' dgn jelmaan hantu seret2 ini. Mula2 kedengaran bunyi seretan selipar di lantai, nampak di hujung mata seperti ada seorang yang memakai baju sekolah berkain biru, sperti seorang pelajar prmpuan.. tapi bila di toleh dia terus hilang, begitulah kisah hantu seret2 di asrama kami.
Sesampai saja kami di kantin, kelihatan Husna, seorang lagi classmate aku sedang menghidangkan makanan di atas meja hidangan. Tak malu betul kami ni, datang2 ja terus makan. Bukan nak tolong pelajar yang lain kemaskan meja, atau hidangkan air.
" Hai Aina, Nur. mari sini jemputlah makan terus, makanan dah siap." pelawa husna kepada kami.
"Binah..binah.. Tukar lagu lain lah, asyik2 lagu tu je" rungut Andi sambil dia menyuapkan sayap ayam yang masih berbaki beberapa ketul di pingan nya.
" Last lah, aku suka lagu ni. Last okey? lepas ni lagu kau pula" kata Binah pula, mereka sibuk menyanyi menggunakan microphone Bluetooth yang Binah sengaja bawa untuk maljlis malam ini. Di sudut lain pula kelihatan Aziq yang sibuk meminta semua pelajar tingkatan 5 menandatangani atau menconteng baju sekolah miliknya. Seragam sekolah putih itu penuh dengan coretan2 seperti 'Bye Aziq, jaga diri, goodluck result spm' dan banyak lagi.
Tiba giliran aku dan Nur pula, aku menulis 'semoga result SPM 2017 gempak' dan Nur cuma menulis namanya berserta tandatangan yang di tulis dalam tulisan jawi. Dari jauh lagi kelihatan Fiqah sedang membawa sepinggan ayam panggang," Fiqah, mau nii." rengekku cuba mencapai ayam milik Fiqah, cepat2 dia menepis tangan ku
" Mau? ambil sendiri" kata Fiqah, kedekut!
"Fiqah, tolong ambilkan kami boleh? . Malu lah pergi sana. Ramai sangat pelajar lelaki tu" Kata Nur pula, mencari alasan. Sebenarnya malas mahu ke sana kerna kilabat Aiman sedang berdiri di sana. Aiman dan Nur pernah mempunyai hubungan istimewa dulu, tapi entah apa alasannya Nur sendiri yang memutuskan hubungan itu.
YOU ARE READING
LOVE is Hurt
Romance" Berkali-kali kau coret luka di hati ini, berkali-kali juga aku memaafkan semua yang kau lakukan. Tapi tidak untuk kali ini, kau keterlaluan!!Aku benci kau!! " jerit Aina Zalikha sebelum dia melemparkan cincin pertunangan yang tersarung di jari man...