JEMARI yang sedang menari laju di atas papan kekunci terhenti bila telefon bimbitnya yang terletak di sebelah komputer riba bergetar. Laju Yara menyambar telefon pintarnya itu. Semerta, ulas bibir nipisnya membentuk satu senyuman panjang. Puas di tahan agar tidak terlalu menonjol senyumannya, tetapi gagal. Ini semua Irsa punya pasal.
Irsa:
Where are you?
Jom lunch?
I miss you...
Jeling jam, dah menginjak ke pukul dua belas tengahari. Laju Yara membalas mesej Whatsapp daripada Irsa.
Yara:
Saya ada dekat library ni
Nak lunch kat mana?
Typing...
Irsa:
Kat rumah I.
Terjegil mata Yara.
Irsa:
Kidding. Muka tu tak payah nak cuak sangat sayang...
Yara kerut dahi. Macam mana Irsa boleh tahu muka dia tengah cuak sekarang ni? Irsa ada kat sini ke? Terus mata Yara meliar memandang ke sekeliling ruang library sebelum matanya terhenti pada sosok manusia yang sedang bersandar pada kaunter pustakawan. Irsa sedang memandangnya dengan satu senyuman manis. Yara geleng kepala.
Yara:
Jahat!
Irsa:
Jom lunch.
Yara kemas barang-barangnya dan masukkan komputer riba ke dalam beg sebelum dia melangkah mendapatkan Irsa. Berdiri di hadapan Irsa, Yara jadi teruja tak pasal-pasal. Tak tahu lah. Rasa macam bateri dalam tubuh jadi full bar bila dapat tengok Irsa depan mata. Mata jadi segar bugar!
"Meh I bawa beg laptop you." beg berisi komputer riba di tangan Yara dicapai.
"Terima kasih."
"Sama-sama, kasih. Jom," Irsa senyum lalu mereka berdua berjalan meninggalkan perpustakaan yang berhawa dingin. Sepanjang langkah ke tempat pakir kereta, Yara perasan banyak mata yang asyik menjeling ke arahnya. Yara tahu kenapa. Pasti mereka fikir dia ada hubungan istimewa dengan Irsa. Padahal, dia dan Irsa cuma berkawan. Logik lah, baru dua minggu kut dia rapat dengan Irsa.
"Hari ni you decide nak lunch kat mana. Asyik-asyik I aje yang decide tempat makan kita," tubuh Irsa mengiring sedikit menghadap Yara.
"Saya ikut awak aje, Irsa."
"Kalau ikut I, I bawa you lunch kat rumah I aje terus. Mama I selalu masak banyak tau,"
Yara kelu lidah. Fikir Yara, fikir. Tak kan kau nak pergi makan tengahari dekat rumah Irsa kut? Erk, segan lah!
Baru Yara nak buka mulut, telefon bimbit Irsa menjerit lantang minta diangkat. Terus Irsa keluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar. Tak menunggu lama, panggilan itu bersambung.
"Ya, mama?"
Yara kemam bibir. Mama Irsa call.
"Belum. Baru nak keluar lunch ni," jawab Irsa. Sesekali dia jeling Yara di sebelah. Kepala terangguk-angguk.
"Irsa dengan kawan,"
"Perempuan."
"Okey. On the way."
YOU ARE READING
Irsa, Your Man | EBOOK
Romance"You won the bet, brotha! Congrats!" Kerana satu pertaruhan, Yara membenci Irsa. Segala kepercayaan dan keikhlasannya, dikhianati lelaki itu. Mengenali Irsa Hidayat, merupakan satu kesalahan terbesar dalam hidupnya. Menginjak satu tahun, Irsa kembal...