"Nah, it's yours! Selamat berjimba dengan triple black aku tu! Jaga dia baik-baik," Izzul lempar kunci motorsikal berkuasa tingginya pada Irsa. Cekap Irsa menyambut dan melambung-lambung kunci di tangan. BMW R1200 GS sudah menjadi miliknya kini. Tetapi kenapa dia tak rasa teruja ya? Rasa tak berminat dengan 'hadiah' pertaruhan daripada Izzul.
"Oh come on, Irsa Hidayat. Kau sepatutnya happy. Bukan monyok macam ni! Kau dah menang, bro!" Izzul duduk di sebelah Irsa dan menepuk bahu rakannya itu berkali-kali.
"Aku sebenarnya tak sabar nak tengok budak Yara tu meraung bila kau tinggalkan dia kejap lagi. Dia mesti menangis sampai berhingus-hingus. Lepastu merayu dekat kaki kau supaya jangan tinggalkan dia. God, such a drama!" Izzul gelak. Irsa diam, mengetap rahang. Terbayang-bayang wajah Yara bila gadis itu tahu perkara sebenar. Pasti Yara akan sakit.
"Kau tahu, Irsa. Tak sia-sia aku ajak kau betting. Kau memang power. Ah, aku tak kesah hilang triple black aku asalkan... aku dapat tengok budak Yara tu bersujud merayu-rayu kat kaki kau, Irsa!" sambung Izzul lagi.
"Betting apa?"
Suara seseorang mencelah perbualan mereka. Toleh ke belakang, sosok Yara sedang berdiri di muka pintu yang terbuka. Irsa laju bangun dari duduk dengan muka pucat. Sungguh dia benar-benar terkejut dengan kemunculan Yara di sini. Entah sejak bila Yara berdiri di pintu itu, dia sendiri tak pasti. Yara dengar ke semuanya? Dengar setiap patah kata yang keluar dari mulut Izzul?
"Yara..."
Berat langkah Yara memasuki student lounge dengan rasa tidak percaya. Berhenti di hadapan Irsa, mata Yara memandang tampang wajah kacak itu.
"Apa semua ni, Irsa?" suara Yara bergetar. Irsa kalih wajah ke arah lain. Tak sanggup melihat wajah Yara yang sudah merah. Mata besar milik Yara sudah berkaca-kaca.
"Saya tanya awak, apa semua ni? Betul ke apa yang saya dengar tadi? Awak... tipu saya?" tanya Yara lagi. Tak mampu menahan, setitis air mata Yara jatuh ke pipi. Melihatkan Irsa yang cuma diam kaku, Yara cengkam lengan Irsa. Memaksa lelaki itu untuk memandangnya.
"Jawab lah, Irsa!" tempik Yara.
"Yara, I... I..."
"Ehem! Kalau Irsa tak boleh jawab, biar I yang jawabkan untuk you. Yes, Yara. Selama ni, Irsa cuma tipu you aje. Kita orang bertaruh. Kalau Irsa dapat you, Irsa akan dapat 'hadiah' daripada I. Dan sekarang, Irsa won the bet." Izzul mencelah menceritakan segala-galanya. Yara rasa nak tumbang ke belakang. Wajah kosong Irsa dipandang.
"Irsa, sampai hati awak..."
"Yara, I boleh explain pada you!"
"Explain apa?! Awak dah tipu saya, Irsa! Awak jahat!" muka Yara dah basah. Matanya tunduk memandang kunci yang berada dalam pegangan Irsa. Kemudian, Yara pandang Irsa semula.
"Sebegitu murah ke harga diri saya pada awak, Irsa?"
"Yara..."
Tak menunggu kata-kata Irsa, Yara berlari keluar dengan air mata yang mula mengalir deras. Hatinya sakit dengan segala penipuan Irsa padanya selama ini. Terasa kepercayaannya dikhianati lelaki itu.
"Yara, tunggu I!" sekelip mata, Irsa dah berdiri di hadapan Yara. Sosok tegapnya menghalang laluan gadis itu. Yara jeling Irsa.
"Bagi I explain dulu,"
"Awak nak explain apa lagi? Cukup lah dengan apa yang saya dengar dari mulut kawan awak tadi. Tahniah, Irsa. You won the bet. Awak berjaya tipu saya. Awak berjaya buat saya menangis disebabkan awak. Tapi maaf, saya tak bodoh untuk tunduk merayu dekat kaki awak!" Yara berjalan melepasi Irsa namun tangkas Irsa mencengkam pergelangan tangan Yara. Yara meronta, dada Irsa ditolak kasar sehingga pegangan Irsa terlepas.
YOU ARE READING
Irsa, Your Man | EBOOK
Romance"You won the bet, brotha! Congrats!" Kerana satu pertaruhan, Yara membenci Irsa. Segala kepercayaan dan keikhlasannya, dikhianati lelaki itu. Mengenali Irsa Hidayat, merupakan satu kesalahan terbesar dalam hidupnya. Menginjak satu tahun, Irsa kembal...