"A-abang," Kata Aisy terkejut apabila melihat abangnya yang datang ke rumah. Beberapa saat kemudian , dia memutarkan bola matanya ke atas.
"Cih. Mesti Taeyong pergi mengadu," Kata Aisy lagi. Jaehyun terus memandang muka Aisy dengan perasaan marah.
"Jung Aisy!" Teriak Jaehyun. Aisy melipatkan tangannya di dada.
"Abang tak payah sibuk uruskan rumah tangga adiklah. Adik boleh uruskan sendiri," Kata Aisy. Jaehyun betul betul tak habis fikir bagaimana adiknya boleh berubah sebegini rupa.
"You are not Jung Aisy that I used to know," Kata Jaehyun lalu keluar dari rumah Aisy. Aisy hanya diam tidak bergerak. Perkataan abangnya benar benar menusuk hatinya. Hatinya seolah olah ditoreh pisau.
Sementara itu , Jaehyun hanya duduk termenung di pejabatnya. Dia rasa kecewa melihat adiknya itu. Dia tidak tahu harus berbuat apa lagi.
"Jae," Panggil Taeyong apabila masuk ke dalam pejabat. Jaehyun terus memandang sahabat baiknya itu.
"Aku nak balik rumah jap. Nak tengok Aisy," Kata Taeyong. Jaehyun memandangnya tak percaya.
"Seriously Tae? Kau taknak lepaskan dia ke? Kau masih tahan dengan perangai dia macam tu?" Sarkas Jaehyun. Sungguh dia tak habis fikir dengan perangai Taeyong. Taeyong hanya mendiamkan diri sahaja.
"Melepaskan bukan cara penyelesaian yang sebenar-benarnya. Masih ada banyak cara lain lagi nak menyelsaikan masalah," Balas Taeyong. Jaehyun hanya menghela nafas pasrah. Hati Taeyong ini dibuat daripada apa? Mulia sungguh hatinya.
"Ah~ lagi satu. Aku nak minta maaf sebab aku tertampar Aisy semalam," Kata Taeyong lagi. Jaehyun melebarkan matanya tak percaya. Terkejut dengan apa yang baru dia dengar. Taeyong tampar Aisy? Wah menarik!
"Biarlah. Dia memang patut kena. Kalau tak dia tak sedar diri," Balas Jaehyun. Taeyong hanya mengangguk kaku kemudian keluar daripada bilik kerja Jaehyun.
.
.
.
"Aku dah tak nak buat benda ni! Tolonglah," Rayu Aisy. Lelaki yang berada di depannya hanya memandangnya sinis.
"Kalau kau nak berhenti , then Taeyong yang akan jadi mangsa. Choose wisely," Balas lelaki itu. Aisy benar-benar ingin mengamuk saat itu juga.
"Kau yang simpan dendam dengan Taeyong! Kau ingat aku bodoh?! Kau gunakan aku untuk jatuhkan Taeyong kan?! Aku buat semua ini sebab aku taknak Taeyong terseksa. Tapi bila tengok dia dengan senyuman palsu dia buat aku lagi sakit. Pleaselah Taemin. Buang dendam kau tu. Tak ada gunanya kau nak balas dendam. Dia tak tahu apa-apa pasal benda tu. Aku pernah tertanya dia. Muka dia terus berubah jadi pelik bila dengar soalan aku. That means dia tak tahu apa-apa. Kau fikirlah sendiri. Aku dah penat. Aku nak balik," Terang Aisy panjang lebar. Dia terus mengambil begnya dan melangkah pergi dari situ. Hati dia sungguh sakit melihat Taeyong yang pura-pura seolah tak ada apa yang terjadi dalam perkahwinan mereka. Tamparan yang Taeyong berikan semalam sungguh buat dia sakit. Dan pada masa yang sama , dia rasa puas kerana Taeyong akhirnya lepaskan apa yang dia rasakan.
.
.
.
Taeyong telah berada di rumah beberapa jam yang lalu. Dia tahu Aisy tiada di rumah. Taeyong ingin meminta maaf kerana telah menampar Aisy. Jadi dia mengambil keputusan untuk memasak hari ini. Dia jadi teringat yang Aisy sangat suka masakannya. Mengingatkan itu membuatkan Taeyong tersenyum tipis. Dia rindukan Aisy-nya yang dulu.
"Hubby~" Panggil Aisy sambil memeluk Taeyong daripada belakang. Taeyong tersentak daripada lamunannya. Tak lama kemudian , dia merasakan bajunya basah. Taeyong membalikkan badannya untuk melihat Aisy.
"Hey Sayang, kenapa ni?" Tanya Taeyong lembut. Hati dia sakit melihat Aisy menangis. Aisy hanya menggelengkan kepalanya sahaja dan memeluk Taeyong lebih erat. Dengan senang hati , Taeyong membalas dan mengusap rambut Aisy dengan kasih sayang.
"Kenapa nangis? Taknak cerita apa-apa?" Tanya Taeyong dengan lembut. Hal itu membuatkan Aisy makin rasa bersalah. Dia hanya menggelengkan kepala sahaja.
"Duduk dulu ya? Hubby siapkan masak sekejap. Lepas tu kita makan , okay?" Kata Taeyong lagi dengan penuh lemah lembut. Dia menuntun Aisy untuk duduk di meja makan dan mencium Aisy sekilas. Kemudian , dia menyambung aktivitinya yang tertunda tadi.
Aisy hanya diam sambil memerhati Taeyong. Taeyong-nya tak pernah berubah. Air matanya mengalir tanpa henti dan Aisy hanya membiarkannya sahaja. Taeyong yang telah selesai memasak segera membawa makanannya dan diletakkan di atas meja.
"Dah siap. Makan dulu. Nanti baru cerita ya?" Kata Taeyong sambil mengelap air mata Aisy yang sedari tadi mengalir tanpa henti. Taeyong terus memulakan acara makannya. Namun , acaranya terhenti apabila melihat Aisy hanya memandang makanannya tanpa niat untuk makan.
"Sayang kenapa?" Tanya Taeyong. Aisy mengangkat wajahnya memandang Taeyong.
"Suap~" Balas Aisy pelan. Taeyong tergelak kecil sambil mencubit pipi gebu Aisy.
"Aigoo. Isteri Hubby ni manja ya," Kata Taeyong. Dia senang melihat Aisy sudah berubah seperti dulu dan dia tak akan sia-siakan peluang ini. Sedangkan Aisy , dia makin rasa bersalah apabila melihat Taeyong yang sungguh baik dengannya walaupun dia telah bersikap kurang ajar pada suaminya itu.
"Sedap?" Tanya Taeyong apabila melihat Aisy tak berhenti-henti membuka mulutnya minta disuap. Aisy mengangguk dengan semangat apabila ditanya seperti itu.
.
.
.
Aisy dan Taeyong kini berada di ruang tamu. Aisy hanya menunduk , memainkan tangannya. Sedangkan , Taeyong menatap Aisy , menunggu penjelasan Aisy.
"Sayang , tak nak cerita?" Tanya Taeyong lembut. Aisy hanya diam apabila ditanya. Taeyong menghela nafas kemudian menarik tangan Aisy yang bergerak gerak sejak tadi.
"Hey Sayang. Look at me," Kata Taeyong lagi. Perlahan-lahan Aisy mengangkat mukanya menatap Taeyong.
"Taknak cerita?" Tanya Taeyong. Aisy mula mendekatkan dirinya dengan Taeyong. Matanya juga sudah berkaca-kaca.
"Hubby. Jom pergi dari sini. Kita pergi jauh dari sini and hidup berdua. Just two of us," Kata Aisy. Taeyong mengerutkan keningnya.
"Sayang , hubby suruh sayang cerita. Bukan ini yang hubby nak dengar," Balas Taeyong.
"No Hubby. Belum masanya saya cerita pasal ni. Please Hubby. Sayang taknak hubby terluka. Jom pindah dari sini. Kita ajak abang sekali," Kata Aisy dengan air matanya yang sudah mengalir menatap Taeyong.
"Hubby? Terluka?" Tanya Taeyong. Aisy menganggukkan kepalanya laju.
"Saya taknak awak terluka. Hidup kita kat sini cukup bahaya. Please Hubby , trust me. Saya bukan taknak cerita tapi nanti itu akan buat awak makin dalam bahaya," Balas Aisy. Taeyong menghela nafasnya.
"Abang awak macam mana?" Tanya Taeyong balik.
"Saya akan bagitahu abang nanti. But for now we really need to go. Tempat yang orang susah nak cari," Balas Aisy. Taeyong menghela nafas kasar.
"Saya fikirkan dulu. For now , saya nak keluar sekejap," Kata Taeyong. Aisy mengangguk semangat.
"Saya bagi awak 3 hari. Lepas tu kita pergi. Ouh and saya nak pergi jumpa abang sekejap. Awak pergilah ke syarikat awak. Nanti waktu lunch saya datang," Kata Aisy. Taeyong mengangguk kemudian bersiap-siap untuk pergi ke syarikatnya sendiri. Dia jarang datang ke syarikatnya kerana tidak ada banyak kerja. Dia akan datang apabila ada urusan penting sahaja.
YOU ARE READING
[OG] Our Love Story || 태용
Fanfiction"Can we please last forever?" -Taeyong Start : 7 aug 2021 End : ? ? ?