Play the media above ^^
Tak tahulah kalau kena ke tak dengan chapter ni hehe
Happy reading!
"Sayang~" Panggil Taeyong. Setelah puas makan dan mengusik Lucas , Aisy tertidur di bilik kerja Taeyong. Dia tak ingin mengikut Jaehyun lagi.
"Sayang~ bangun," Kejut Taeyong. Dia mengusap pipi Aisy dengan lembut supaya terjaga.
"Ngh~ Hubby dah habis kerja?" Tanya Aisy. Taeyong mengangguk. Dia menggenggam tangan Aisy kemudian berdiri.
"Jom balik. Kita pergi dinner kat luar," Ajak Taeyong. Aisy mengangguk kemudian ikut berdiri. Mereka terus keluar daripada bilik kerja Taeyong.
Apabila sampai di ruang utama syarikat , mereka terdengar bunyi kecoh. Aisy dan Taeyong berpandangan sejenak kemudian berjalan menuju ruang utama.
"Kenapa ni?" Tanya Taeyong dengan dingin. Semua pekerja yang berkumpul di situ terus membungkuk hormat dan memberi laluan kepada Bos dan isterinya. Mata Taeyong menajam apabila mendapati seseorang yang tidak asing baginya. Kemudian , dia terus melebarkan matanya apabila mengenali orang itu membuatkan Aisy bingung.
"Hubby?" Panggil Aisy. Dia memandang kedepan kemudian mendapati seorang wanita yang sangat asing baginya. Dia terkejut apabila Taeyong melepaskan genggaman mereka dan kemudian berjalan cepat menuju ke wanita itu. Mata Aisy sudah berkaca-kaca ingin menangis apabila melihat Taeyong memeluk wanita itu. Semua pekerja di situ terkejut kemudian merasa hiba kepada isteri bos mereka.
"Hai Tae. I miss you," Kata Wanita itu dan membalas pelukan Taeyong. Aisy tidak dapat menahan airmatanya lagi. Dia terus berjalan meninggalkan Taeyong. Tujuannya hanya satu saat ini , dia ingin memeluk abangnya dan melampiaskan semua perasaannya kepada abangnya. Hanya abangnya yang tak pernah lukakan hati dia. Hanya abang dia yang jaga dia layaknya seorang puteri raja. Hanya abangnya yang tak pernah sakiti dia. Bagi Jung Aisy , Jung Jaehyun itu segala-galanya untuknya setelah ibu bapa mereka tiada. Semua pekerja makin merasa kasihan kepada Aisy namun mereka tak dapat berbuat apa-apa.
.
.
.
"Puan Lee?" Pembantu rumah itu terkejut melihat Aisy yang berada di depan rumah. Aisy sudah lama tidak pulang ke rumah dan yang lebih mengejutkan Aisy pulang dengan air mata yang tak berhenti mengalir.
"Jangan panggil saya Lee. Saya Jung," Kata Aisy dengan suara seraknya. Dia terus melangkah masuk mencari abangnya.
"Aisy? Kena-" Kata-kata Jaehyun terputus apabila Aisy memeluknya erat. Kemudian , dia terkejut mendengar suara isakan Aisy.
"Hey! Kenapa nangis ni? Siapa buat?" Tanya Jaehyun panik. Aisy hanya diam tanpa ada niat menjawab. Hatinya sangat sakit sekarang seperti ditusuk berkali-kali dengan pisau belati.
"Lucas buat adik?" Tanya Jaehyun. Dia tahu selalunya adiknya akan menangis apabila Lucas , sahabat baik adiknya mengusik namun begitu , Lucas juga sangat melindungi Aisy. Jadi , tiada alasan untuk Jaehyun belasahnya hanya kerana dia selalu membuat Aisy menangis. Jaehyun hanya akan memarahi Lucas sahaja. Kemudian , Aisy menggelengkan kepala.
"Johnny?" Tanya Jaehyun. Walaupun dia tak yakin Johnny akan membuat Aisy menangis tapi dia tetap akan bertanya. Johnny itu sangat menjaga Aisy. Lagi-lagi hanya gelengan sebagai jawapan.
"A-abang," Panggil Aisy. Dia mengangkat muka memandang Jaehyun.
"Kenapa? Hm?" Tanya Jaehyun , mengusap air mata adiknya.
YOU ARE READING
[OG] Our Love Story || 태용
Fanfiction"Can we please last forever?" -Taeyong Start : 7 aug 2021 End : ? ? ?