SEKEJAP saja aku berpaling hendak membelikan Uwais aiskrim tetapi tiba - tiba saja anak aku sudah pun hilang. Sudah pastilah aku berasa sangat - sangat risau memikirkan nasib anak lelakiku itu.
Bagaimana dia menjumpai penculik?!
Bagaimana jika mereka mahukan organ anak aku?!
Bagaimana jika anak aku diperdagangkan di luar negara untuk dijadikan hamba abdi?!
Tidak!
“Uwais!” Jeritku bersama - sama tangisan.
Mana anak aku?! Mana anak aku?!
Panik.
Ak-aku rasa nak menangis aje apabila aku mahu menelefon Qabil. Tetapi tiba - tiba…
“Mama!”
Aku menoleh memandang Uwais yang sedang menangis teresak - esak sambil tangannya dipegang oleh seorang lelaki. Lelaki itu memulangkan Uwais pada aku.
“Mama!” Tubuhku terus dipeluk.
Uwais menangis.
“Ey, Uwais pergi ke mana? Mama risau tahu tak?” Aku pun rasa nak menangis juga tetapi mujurlah anakku sudah kembali ke dalam pelukanku.
Aku mengangkat wajah memandang lelaki itu.
Pakai hud.
Pakai topi.
Pakai spec.
Pakai pula mask.
Dia tak panas ke?
“Encik. Terima kasih sebab memulangkan anak saya. Saya betul - betul hargai apa yang encik buat. Jomlah makan dengan saya sebagai gantinya”. Kataku dengan lembut.
Dia menggeleng.
Eh?
“Janganlah malu - malu. Saya takkan kacau encik kalau encik suami orang. Saya pun tak puas lagi hidup sebagai anak dara”. Kataku seraya menarik tangannya bersama - sama Uwais menuju ke arah sebuah kafe.
Aku ialah manusia yang tak suka terhutang budi.
Aku sangat - sangat takut jika aku termakan budi orang nanti aku yang perlu menggadaikan diri hendak membayarnya semula.
Tak nak.
Kami tiba di sebuah kafe.
Aku duduk bertentangan dengan lelaki itu dan Uwais melabuhkan punggung disebelah lelaki itu.
Amboi.
“Tak nak duduk dengan mama ke?” Soalku dengan lembut.
“Tak nak. Uwais nak duduk dengan Abang Wildan!”
Wildan?
“Nama dia ke?” Soalku padanya.
“Ya, mama. Nama dia, Abang Wildan! Dia jumpa Uwais masa Uwais sesat tadi. Dia temankan Uwais cari mama sebab Abang Wildan kata bahaya budak comel macam Uwais ni merayau!” Ceritanya panjang lebar.
Aku menatap lelaki itu.
Lelaki itu menoleh ke arah lain.
“Encik Wildan tak panas ke?” Soalku padanya.
YOU ARE READING
Reiss: White Prince
Romance(Baca cerita Ajlaa Milik Zayyan dulu) Ps nak tahu siapa Khairi boleh baca cerita Mikael dulu. ☆☆☆ "Cinta kau? Hanya aku!" ☆☆☆ Rambut putih yang bersinar. Kulit putih bersih. Kacak! Arghhh, aku jatuh cinta pandang pertama apabila menatap wajahnya...