Bab 11☆

2K 260 33
                                    

SEJUJURNYA, aku ingatkan Reiss mahu menghantar aku pulang selepas bertemu dengan daddynya dan juga ibu tirinya itu. Tak sangka pula dia terus membawa aku datang ke rumah keluarga mama kandungnya. Ah, sudahlah aku masih mental kerana menghadap adik-adik dia. Sekarang aku terpaksa kuatkan mental lagi.

Reiss memetik jarinya betul-betul dihadapanku. Tipulah jika aku kata yang aku tak terkejut. Aku menatap seraut wajah kacak Reiss yang sedangengukirkan senyuman padaku membuatkan Reiss tersenyum.

“It’s okey.” Pujuknya menggunakan bahasa isyarat.

Perlahan-lahan perasaan bimbang menyusup keluar dari hati.

Reiss keluar dari perut kereta. Aku mengikut walaupun masih lagi teragak-agak. Mahu ke keluarga Reiss terima aku? Cukuplah melihat reaksi adik-adiknya itu sudah membuat aku takut untuk menghadapi-

“Abang Reiss!” tak sempat aku hendak membuka bicara pada Reiss tiba-tiba saja seorang lelaki yang hampir sebaya Reiss menerpa tanpa sebarang amaran. Batang tubuh Reiss dipeluknya

“Lamanya nak sampai. Abang Reiss. Nuh dengar cerita Abang Reiss nak bawa bakal isteri datang hari ni? Mana dia? Dalam kereta ke? Mesti cantik kan?” bagaikan peluru berpandu lelaki utu bertanyakan soalan pada Reiss.

Reiss menekup pipi lelaki itu lalu wajahnya ditolehkan secara paksa ke arahku.

“Wah!” hilang minat untuk menerpa Reiss terus saja dia membuka langkah mendekatiku.

“Hai. Nama aku, Nuh Aqwa. Boleh panggil aku, Nuh. Nama kau?” soal lelaki yang bernama Nuh itu padaku. Sejujurnya aku mengaku bahawa Nuh ini juga tidak kurang kacaknya berbanding Reiss. Bezanya apabila berada dekat antara keduanya itu Reiss kelihatan sombong berbeza dengan Nuh yang kelihatan girang.

“Tas. Tasneem Alaisha.”

“Cantiknya, Tas! Jemputlah masuk ke dalam rumah. Mama dan papa dah masak macam-macam untuk sambut Tas tau.”kata Nuh seraya menggamit aku masuk bersama-sama Reiss.

Reiss menghela nafas.

Elok saja kami masuk aku melihat seorang gadis yang berpeluk tubuh memerhatikanku. Gadis atau wanita? Aku sendiri tak tahu.

“Jangan dekat dengan Nuh. Dia saya punya.” Pesan wanita itu tatkala dia mendekatiku.

Jarak antara kami berdua diciptakan oleh wanita itu.

Nuh ketawa suka seakan-akan perbuatan wanita itu comel dimatanya. Laju saja Nuh menarik pinggang wanita itu lalu dahi wanita itu diciumnya penuh kasih sayang.

“Tas. Ini isteri aku. Lily namanya. Tapi aku panggil dia baby.” Kata Nuh dengan sengihan.

Aku menayangkan senyuman pada wanita yang digelar Lily itu.

“Siapa dia ni? Kawan abang lagi ke? Bakal tunang abang lagi?” soalan Lily memandang suaminya bersama-sama soalan yang agak sarkastik pada pendengaran aku. Nampak sangat Nuh pernah buat isterinya marah.

“Tak! Ini bakal isteri Abang Reiss. Kan mama ada bagitahu yang Abang Reiss nak bawa bakal isteri dia hari ni? Cantikkan?”

“Bakal isteri Abang Reiss? Cantik. Saya harap kita boleh berkawan baik.”

“Abang Reiss kan tak sempurna. Bertuah sangat sebab ada Tas yang sudi nak menjadi isteri dia.” Tukas Nuh lagi.

Kening Lily bertaut.

“Abang Reiss tak sempurna? Apa yang tak sempurna?” soal Lily hairan.

“Maaf eh aku cakap macam ni, Reiss?” kataku padanya. Reiss mengukirkan senyuman nipis.

Reiss: White PrinceWhere stories live. Discover now