Bab 17☆

1.8K 249 8
                                    

SAYANG…” tersentak mendengar suara garau yang berbisik dengan nada sensual di telingaku. Terus saja aku membuka mata memandang wajah Reiss yang sedang menayangkan sengihan kepadaku.

“Kenapa bisik macam tu?” Soalku seraya bangun.

“Saja. Tengok cik isteri ni lena sangat. Mana tahu bila bisik macam tu terus terjaga. Tak sangka pula terjaga betul. Mesti sebab dengar suara wildan kan.” Nakal saja nadanya membalas. Aku menampar geram dadanya.

Reiss ketawa suka.

“Gugur jantung Tas nanti macam mana? Tak pasal-pasal abang jadi duda.” Omelku.

Reiss mengucup sekilas bibirku.

Aku mengundur jauh darinya sambil menekup bibirku.

“Kenapa cium Tas? Tas tak gosok gigi lagi!”

“Ala lekap je.”

“Malunya.” Aku mengomel sendiri. Tangan kanan kalut mengesat pipi kerana aku fikirkan air liur basi melekat pada pipiku. Seganlah kalau Reiss nampak. Mesti aku tidur hodoh gila.

Hangat rasa pipiku.

Aku merasakan kepalaku diusap dengan lembut.

Aku memandang Reiss.

“Janganlah segan sangat. Ini bukan baru sekali abang tengok Tas bangun dari tidur. Walaupun rambut isteri abang ni kembang macam bulu kepala singa jantan tapi Tas paling cantik di mata abang.” Pujian Reiss membuatkan pipiku menghangat.

“Abang!”

“Yaaaa.”

“Ey, bencilah!” aku mengemam bibir lantas aku turun dari katil dan masuk ke dalam bilik mandi.

“Sayang nanti bersiap cantik-cantik. Kita keluar makan.” Pesan Reiss.

“Tak nak!”

Reiss ni makin nyata perangai dia tunjuk pada aku lepas lama kami berkahwin. Aku tak sangka dia tunjukkan belang sebenarnya lepas dia mengaku pada aku yang sebenarnya dia tak bisu.

Aku baru je nak kunci pintu tiba-tiba pintu bilik mandi itu dibuka dari luar.

Reiss bersiul nakal.

“Abanggg!”

“Fuyooo seksi.”

“Ey, keluarlah!” aku menolak kasar tubuh Reiss supaya keluar dari bilik mandi. Reiss sengaja memeluk pinggangku lalu dia membiarkan tubuhnya jatuh terbaring dari belakang sementara aku menindih tubuhnya.

Malu!

Reiss tersengih.

“Abang. Lepaslah!” aku meronta.

Tanpa disangka, pintu bilik dikuak.

“Mama-.”

“Uwais, tutup mata!” arah Reiss dengan cemas. Kalut Reiss melepaskan tubuhku lalu aku lekas berlari masuk ke dalam tandas.

Bum!

Pintu tandas dihempas dengan kuat.

“Sorry, sayang.”

Aku membisu.

Geram.

Segan aku dengan Uwais. Memanglah aku menyusukan anak aku itu tapi seganlah. Reiss lah ni mengada sangat nak mengusik aku.

Benci betul!

+++

AKU hanya diam saja sepanjang beradan di dalam kereta. Uwais dan Reiss masing-masing bertukar pandangan melalui cermin kereta.

“Mama marah Uwais ke? Uwais minta maaf ya, mama.” Ucap Uwais dengan nada serba salah.

“Lain kali sebelum nak masuk bilik mama tolong ketuk pintu. Berapa kali mama nak pesan?”

“Sorry, ma. Uwais janji Uwais tak buat dah.”

Aku diam.

“Sayang. Janganlah marah Uwais sampai macam tu. Biasalah budak mestilah nakal. Isteri abang pun nakal juga.”

Aku menjeling Reiss.

Reiss menelan liur lalu berdehem.

“Uwais dah minta maaf. Abang pun minta maaf jugalah sebab melampau usik isteri abang ni. Abang saja je nak bergurau manja. Lagipun, Uwais tak nampak apa-apa. Dia nampak abang je. Abang tutup badan Tas.” Ujar Reiss.

“Betul mama!” sokong Uwais dengan pantas.

Aku berdecit.

Tak nampak sekali pun, aku tetap segan. Ingat senang ke nak buang perasaan segan ni?!

“Tapi Uwais pelik kenapa mama dengan papa macam tu…?” soal Uwais dengan polos. Reiss terus saja ketawa apabila mendengar soalan Uwais sementara aku pula merasakan wajahku hangat.

“Itu cara papa nak bagi Uwais adik. Uwais nak adik tak?”

“Nak!”

“Kalau Uwais nak adik, Uwais kena ketuk pintu bilik.” Pesan Reiss.

Uwais sudah mengangguk.

“Abang!” ey, sakit otak aku dengan perangai Reiss ni. Tak sangka pulak dia selamba badak aje cerita macam tu pada budak kecil macam Uwais. Mengotorkan fikiran budak-budak betul.

“Uwais nak makan dekat mana?” kali ini Reiss menukar topik.

“Uwais nak makan pizza hut!”

“Okey, kita makan pizza. Tas setuju?” soal Reiss sambil mencuri padang ke arahku dengan ekor matanya.

“Okey je.” Ringkas jawapanku.

Reiss tersenyum senang.

Sedar tak sedar jauh juga Reiss bawa kami makan ke kedai pizza. Aku ingat sekadar kedai kecil saja. Tak sangka pula dia bawa ke pasar raya besar.

“Dah sampai…”

Aku menarik kuat pipi kirinya.

“Aww, sakitlah pipi abang…”

“Itu balasan sebab dah sakitkan hati Tas.” Kataku.

“Sorry…

Dah berapa kali aku dengar Reiss minta maaf. Tapi lepas tu dia buat juga. Elok sungguhlah, perangai.

“Ala janganlah muncung. Nanti abang cium kang. Nak make out dalam kereta tak boleh sebab ada Uwais.”

Aku tampar geram dadanya.

Meletus lagi ketawa Reiss.

“Geram Tas dengan abang ni.”

“Abang lagi geram dengan Tas. Aum!” malas aku hendak melayan. Terus saja aku keluar dari kereta. Lalu pintu kereta dihempas kuat.

Reiss masih tersengih lagi.

Bahagia betul dia menyakat aku.

Reiss: White PrinceWhere stories live. Discover now