Saya cadangkan kamu semua baca chapter ni sambil dengar lagu dekat atas ni. Amik feel jadi Hanna hehe.
Happy reading ✿
[Vote&comment]
Sesampai sahaja Hanna di rumah Wonwoo dia melihat S.coups dan Jun sedang duduk diatas sofa dengan pandangan yang tak dapat diertikan.
"Oppa.." Hanna memangil mereka berdua perlahan dan serentak mereka memandang Hanna. "Hanna.." mereka berdua menyebut nama Hanna serentak dan Wonwoo menolak Hanna perlahan kearah mereka berdua.
S.coups menarik perlahan tangan Hanna dan menyuruhnya duduk disebelahnya. Hanna kini berada diantara S.coups dan Jun. Dia tertunduk, tak mampu memandang mereka berdua. Takut mereka kecewa dengan dirinya.
Jun menggenggam erat tangan Hanna. Hanna memandang Jun dan Jun memberikan senyuman lembutnya kepada Hanna sambil berkata "Gwenchana." walaupun dia tidak mengeluarkan suara tetapi Hanna tetap memahami apa yang Jun katakan padanya.
Hanna terus memeluk Jun erat dan nangis teresak-esak. Jun membalas pelukan Hanna dan mengusap belakang Hanna. S.coups yang melihat keadaan Hanna seperti itu rasa terpukul dan kecewa atas dirinya sendiri kerana tidak menghalang Minghao selama dia berada dibawah jagaannya.
"Hanna, Oppa minta maaf sebab semua ni salah Oppa kamu berdua jadi macam ni. Sepatutnya Oppa halang Minghao dari terus rapat dengan perempuan tu. Oppa taktau akan jadi macam ni." S.coups tertunduk menerangkan apa yang terbuku dihatinya.
"Tak mengapa Oppa, Oppa tak salah. Minghao yang salah sebab dia lupa yang dia ada saya yang selalu tunggu dia dekat rumah." Hanna menarik muka S.coups perlahan lalu memberikan senyuman kepada S.coups kerana dia tidak mahu jejaka itu terasa hati.
"Buat masa ni kamu tinggal dekat sini je Hanna. Oppa akan tinggal dekat dorm dengan yang lain." Wonwoo berjalan mendekati mereka dengan tiga cawan ice americano dan satu cawan hot chocolate. Dia meletakkan cawan diatas meja dihadapan mereka bertiga. "Minumlah, tenangkan hati dengan benda manis." Wonwoo menghulurkan hot chocolate kepada Hanna lalu tersenyum.
Cawan itu disambut oleh Hanna dan dia melihat Wonwoo dan cawan itu lalu mengukirkan senyumannya. Hot chocolate itu dihirup Hanna perlahan. 'Sedap' gumam Hanna di dalam hatinya. Perlahan tapi pasti, sakit di dalam hatinya beransur hilang. Dia mengenggam cawan itu erat dan melihat tiga Oppa yang berada dengannya.
"Hanna okay, Hanna kuat. Oppa jangan risau. Benda ni biar Hanna yang selesaikan dengan mereka berdua tu." Ujar Hanna kepada mereka bertiga. Jun yang berada di samping Hanna mengusap kepalanya perlahan. S.coups melihat Hanna sambil tersenyum tetapi dalam hatinya tiada siapa yang tau betapa kuat perasaannya ingin menghajar Minghao saat ini.
Malam menjelma dan Hanna baru sahaja siap membersihkan dirinya. Perlahan dia merebahkan dirinya di atas katil dan melihat siling biliknya. Pandangan kosong diberikan oleh Hanna. Hati dan perasaannya kacau bilau. Setiap kali dia teringat kejadian dirumahnya tadi dia terasa seperti ingin menusuk hatinya. Hanna membelenggukan dirinya di dalam selimut, dia kecewa dengan Minghao. Terlalu kecewa dengan Minghao. Lama kelamaan dirinya terlelap dalam kekecewaan.
Seminggu berlalu selepas kejadian dirumah Hanna dan seminggu jugalah Minghao tidak hadir ke sekolah atas sebab kerjanya sebagai seorang idol. Hanna menjalani kehidupannya di sekolah seperti biasa walauppun dia sering diganggu oleh Lisa dan Jennie tetapi Jungkook sentiasa ada untuk membantunya.
Tinggg telepon Hanna berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Dia melihat telefonnya dan membaca mesej dari Jungkook. Jungkook memberitahu untuk harini dia tidak dapat hadir kesekolah kerana ada acara musik yang perlu dia hadiri. Hanna menghembuskan nafasnya perlahan lalu memandang keluar tingkap kelasnya.
YOU ARE READING
My Husband Is An Idol || X.M.H || SEASON 1
RomanceApa perasaan kamu semua bila kena hidup dengan idol?? Bahagia atau terseksa?? Bagaimana pula kehidupan Hanna selepas ini ? Kalau nak tau,bacalah story ni On-going() Hiatus() Complete(✔) Slow update()