Lay 11

549 25 8
                                    

Nama aku Hyemin. Tahun ini adalah tahun terakhir aku di Sekolah Tinggi Excel. Aku masuk sekolah ini dengan tawaran biasiswa pelajar cemerlang selama tiga tahun berturut. Sekolah ini bukan calang-calang sekolah. Sekolah ini hanya terima pelajar yang terdiri daripada anak-anak ahli politik, ahli perniagaan, jutawan dan mereka yang dapat menjana kewangan sekolah. Aku bukan dari golongan mereka. Aku anak tunggal dalam keluarga. Ibu bercerai dengan ayah masa aku kecil lagi. Sekarang ibu yang besarkan aku seorang diri.

Nak dijadikan cerita, satu malam ibu bawa aku jumpa kawan baik dia. Aku ingatkan kawan biasa saja. Rupanya, kawan baik dia orang berada. Lebih teruk lagi aku dapat tahu, anak kawan ibu satu sekolah dengan aku. Bagus sangatkan? Kalau perangai baik tak apalah jugak. Ini buat aku rasa macam nak tumbuk muka dia berkali-kali hingga bersepai sampai pembedahan pun tak dapat nak betulkan muka dia. Aku menyampah betul! Lepas dia kata dia nak jadi kawan aku, aku terpaksa terima disebabkan kawan baik dia Sehun dah selamatkan aku daripada jadi mangsa buli Jiyeon, teman wanita Lay. Lay, si sengal!

"Hyemin! Dah pukul berapa ni? Kau nak baring atas katil tu sampai keras jadi batu ke?" ibu menjerit dari luar bilik aku. Sudah masuk kali ketiga dia ketuk pintu bilik aku bertalu-talu supaya aku bangun. Aku dah bangun pun sebelum dia ketuk pintu lagi cuma malas nak keluar bilik. Aku tak de hati nak buat apa-apa hujung minggu ni melainkan ia melibatkan aktiviti baring atas katil dan tidur. Kalau boleh aku nak tidur sampai aku boleh lupakan pasal kejadian malam tadi. Aduh, kenapa otak aku ni asyik nak fikir pasal tu je.

Ibu pun satu. Sanggup dia gadai maruah anak dia sendiri demi kepentingan diri sendiri. Macam mana perempuan tua tu boleh jadi ibu aku? Entah-entah aku bukan anak dia tapi anak angkat je? Ah, apapun...Geramnya aku. Budak tak guna tu sanggup buat cerita bodoh semata-mata nak paksa aku bertunang dengan dia. Tak ingin aku!

"Aaaarrggghhhh!!" aku jerit sendiri.

"Hoi!" ibu buka pintu bilik dan aku terkejut dari atas katil. "Kau ni dah kenapa? Kenapa tak bangun lagi, puteri beradu? Kau nak tunggu putera Lay datang sini kejutkan kau ke?" sinis ibu.

Aku kerut dahi dan cebik bibir bila ibu sebut nama lelaki tu. Putera? Puntianak bolehlah agaknya. Elok jugak sesuai dengan Lay. Air muka takde perasaan. Hati batu.

"Eee...tolonglah jangan sebut nama lelaki tu. Orang tak kuasa nak dengar!"

"Tak kuasa konon. Ibu boleh telefon dia suruh datang sini kejutkan kau." tambah ibu. Jahat betul perangai orang tua ni asyik nak kenakan aku. Baguslah sangat kalau Lay jadi kawan baik dia. Memang sesuai sangat.

"Orang tak sukalah! Boleh tak jangan nak cari pasal? Eee...benci betullah." aku gumam dan terus tarik selimut tutup satu badan. Malas aku nak cakap dengan orang tua ni. Menyakitkan hati aku lagi adalah.

"Oi, Hyemin. Bangunlah. Kita nak keluar ni." ibu kejutkan aku sekali lagi. Kali ini dia menepuk-nepuk bahagian belakang aku dari luar selimut. Aku mengeliat sebab tempat yang dia pukul tu memang sakit.

"Keluar pergi mana?" Aku bangun dan lempar selimut atas paha sendiri.

"Keluar cari cincinlah. Kau kan dah nak bertunang. Lay telefon ibu dia nak ajak kau pergi tengok cincin tunang. Cepatlah siap!" dia tarik selimut dari kaki aku. Tangan aku kejap pada hujung selimut dan tarik ia kembali. Ibu menariknya lagi dan kini aku dan ibu bermain tarik kain selimut. Siapa nak keluar dengan jantan tu? Tak ingin aku.

"Hyemin tak nak keluar dengan dia!"

"Ibu dah janji dengan dia. Jadi kau kena keluar dengan dia sekarang!"

"Hyemin tak naklah!"

"Ibu kata keluar!"

"Ibu nak ibu keluarlah dengan dia!"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 12, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

I lay my love on you[EXO]Where stories live. Discover now