Lay 2

597 26 0
                                    

"Hyemin, tengok. Tengoklah ni." Sehun seboleh-boleh paksa aku tengok dia. Dia nak tunjukkan aku silap mata yang dia baru belajar dari rakan sekelasnya pada aku. Disebabkan aku pun bosan sangat, aku layankan jelah.

Sejak kenal Sehun, waktu rehat aku banyak habiskan masa dengan Sehun dan kali ni tak de yang lebih mengejutkan lagi bila Lay dan Jiyeon(dipaksa Lay) untuk duduk sekali dengan kami itu pun sebab Sehun yang ajak Lay. Nampaknya aku kenalah biasakan diri memandangkan meja aku dah diambil alih oleh budak-budak popular sekolah.

Aku berbual dengan Sehun dan mereka yang lain buat hal sendiri. Walaupun duduk semeja tak bermakna aku dan yang lain dah mesra. Tak mungkin. Jiyeon, Yoonhye, Jisook masih buat hal mereka sendiri dan Lay lebih banyak jadi pendengar setia. Sekali-sekala dia mencelah aku dan Sehun kerana dah bosan sangat dengar Jiyeon yang tak habis bergosip.

"Hyemin, lepas sekolah nanti kau pergi mana?" tanya Sehun.

"Aku terus balik rumahlah."

"Eh, janganlah balik dulu. Err...kita keluar, nak tak?"

"Keluar pergi mana?"

"Jalan-jalanlah. Pergi shopping mall ke? Sebelum tu, aku nak nombor telefon kau. Nanti senanglah aku nak telefon kau." kata Sehun, dia keluarkan telefon dari poketnya. Dia menekan beberapa butang dan kemudian serahkan pada aku.

"Aku takde telefonlah, Sehun." aku geleng, menolak telefonnya semula.

"Eh, janganlah macam tu. Kalau kau nak berahsia sangat pun, tak payahlah dengan aku. Aku janji aku tak bagi nombor kau kat orang lain."

"Betul. Aku memang takde telefonlah. Sorry." aku rasa bersalah tapi memang aku patut beritahu dia yang sebenarnya.

"Euw, siapa orang yang ketinggalan zaman tu?" Jiyeon menyampuk terdengar perbualan aku dan Sehun. Yang lain menjeling pada aku.

"Siapa lagi kalau bukan Hyemin si skema!" jawab Yoonhye dan mereka ketawakan aku.

"Aku tak nampak pun kepentingan ada telefon ni. Kalau setakat nak telefon. Rumah aku pun ada telefon." aku jawab.

"Yelah. Kalau orang tu dah memang jenis takde kawan memanglah telefon tu tak penting. Betul tak?" kata Jiyeon disahut dengan tawa.

"Kalau penting sekali pun, aku tak rasa kau tahu siapa yang yang mula-mula cipta telefon ni. Jadi, kau sambung jelah bersembang dengan kawan kau pasal gosip terbaru sekolah ni. Dengar cerita Yoobin dari kelas D nak kenakan Jisook sebab kau kacau boyfriend dia. Mungkin kau patut buat sesuatu sebelum ada yang bercakar macam kucing lepas sekolah nanti." mata aku tepat memandang Jisook yang terus kelihatan pucat. Bukan susah pun nak kenakan mereka tu. Gosip disekolah ni dah macam internet bergerak. Ada saja cerita terbaru jadi buah mulut orang.

"Betul ke, Jisook?" aku dengar Jiyeon tanya pada Jisook. Lay angkat kening pada aku sebaik saja mata kami bertembung. Kalau mata aku ni tak salah pandang, dia macam tersenyum pada aku.

"Petang ni. Kita keluar ya?" Sehun kembali bertanya pada aku dan dia masih tak putus asa.

"Iyalah." aku mengalah.

Dan sekarang ni aku, Sehun, Lay dan Jiyeon keluar bersama. Bila turun dari kereta Jiyeon beritahu Lay yang dia tak nak ikut aku dan Sehun. Aku tak kisah pun, aku lagi suka kalau dia tak ikut sama. Tapi lain pulak cerita dengan Lay, dia kata lagi senang jalan sama memandangkan aku, dia dan Jiyeon menumpang kereta Sehun untuk ke shopping mall.

"Lay, kau patut ikut aku. Bukan dengan dia orang ni." Jiyeon mula merengek.

"Ikut dia orang kan senang. Tak payah nak cari-cari nanti." Lay masih tetap berkeras nak ikut aku dan Sehun walaupun Sehun beritahu yang dia boleh telefon Sehun untuk berkumpul semula sebelum balik.

I lay my love on you[EXO]Where stories live. Discover now