Lay 8

496 15 3
                                    

Seminggu aku elak berjumpa dengan Sehun dan Lay. Dalam seminggu itu juga aku cuba nak lupakan kata-kata Lay katakan pada aku. Gila apa? Dia sukakan aku. Budak berlagak tu suka aku? Tak mungkin. Mesti dia sengaja nak mainkan aku. Bukan boleh percaya sangat dia tu.

Dalam seminggu itu aku tak berehat dengan Sehun. Yalah, kalau dia ada. Kawan baik pun mesti kena ada jugakan. Siapa lagi kawan baik Sehun? Memandangkan Sehun pun dalam masalah sekarang. Sejak budak perempuan nama Amy itu pindah sekolah aku. Dia terpaksa mengelak dari terserempak Amy dimana-mana. Perempuan tu memang tak bagi ruang langsung. Kesian, Sehun.

Hari ini hari isnin. Aku datang sekolah macam biasa, pergi lokar ambil buku dan terus masuk kelas. Nampanya hari ini, macam lain pulak. Lepas seminggu kena tinggal dengan Sehun dan Lay, batang hidung budak berdua tu aku langsung tak nampak. Bagus jugak macam ni. Tenang hidup aku. Aku senyum sendiri sambil berdehem bunyi lagu kegemaran aku. Senangnya hati!

"Selamat pagi." Siulan aku terhenti dan aku terus hantuk dahi ke lokar. Bunyi terantuk kedengaran agak kuat. Aduh...baru aku nak rasa tenang, bahagia, ada je yang datang potong stim!

Aku sengaja tak hiraukan dia dan terus tutup lokar aku, kemudian pantas menuju ke kelas waktu pertama aku di tingkat dua. Aku dengar bunyi tapak kasutnya mengekori di belakang aku. Dari ekor anak mata aku perasan yang dia pun turut naik tangga yang sama. Dia pun ikut tanpa bersuara. Tak boleh jadi ni.

Aku berhenti dan berpusing mengadap dia. "Jangan ikut aku boleh tak?"

"Ikut kau pergi mana? Kelas aku kat ataslah." Dia pandang aku dengan muka tak bersalah. Aku mengerling rimas. Aku tenung dia dengan muka marah, sambil menghela nafas panjang.

"Kau ni," Aku ketap gigi, pusing semula dan panjat tangga tanpa hiraukan dia lagi. Sampai di tingkat dua, aku ambil langkah panjang ke kelas aku di paling hujung. Makin laju aku jalan, makin pantas aku dengar dia kejar aku dari belakang. Sebelum sampai depan kelas, aku berhenti dan dia hampir terlanggar belakang aku. "Aku dah agak dah. Kau nak apa sebenarnya, Lay?" aku berpusing dan dia berundur sedikit dari aku dengan kedua tangan ke atas.

"Sorry...A-aku," Dia menjeling pintu kelas aku. "Aku nak jumpa Suho." Suho adalah budak kelas aku. Aku tak tahu pulak yang Suho dan Lay berkawan. Bila masa mereka lepak sama?Aku tak pernah nampak pun. Mata aku mencerlung pada dia. Melihat aku tak berganjak dari tadi, Lay mengalah.

"Fine, aku tipu kau je. Aku nak jumpa kau sebenarnya."

"Kenapa nak jumpa aku? Apa benda yang penting sangat sampai ke ikut aku masuk kelas," soal aku sambil peluk tubuh. Lay menggaru belakang kepalanya, menunduk memandang lantai. Cantik sangat ke lantai tu sampai nak tenung lama-lama? "Cepatlah cakap."

Dia dongak semula memandang aku. "Dah seminggu aku tak jumpa kau. Kau marah ke?"

"Pasal apa?"

"Pasal hal hari tulah."

"Pasal hal hari tu?" aku pura-pura termenung mengingat hal yang dia maksudkan. Aku ingat. Aku ingat sangat apa yang dia beritahu. Dia sukakan aku. Tapi aku tak suka. Aku tak suka lelaki berlagak macam dia. Cakap lain, buat lain. Ingat aku ni siapa? "Aku lupalah. Banyak sangat kerja lain nak kena ingat, sorry." Aku senyum.

Dia nampak segan bila aku cakap begitu. Maaflah, aku ni bukan jenis senang-senang nak 'cair' lepas dengar ayat-ayat manis. Kalau setakat nak cakap dia suka aku. Aku rasa msti dah lebih dari seratus perempuan dia cakap benda yang sama. Tak ada yang istimewa pun. Baik aku buat hal aku dan dia dengan hal dia.

"Kenapa kau ni? Sebelum ni kau janji nak jadi kawan aku atau sengaja nak malukan aku?" Kini Lay pula yang nampak marah.

Bila masa aku malukan dia? Siapa yang cuba malukan siapa? Tak guna cakap dengan orang hidung tinggi macam dia. Aku terus berpusing tanpa hiraukan dia dan masuk ke dalam kelas. Sudahlah hidung tinggi, perasan yang semua orang sukakan dia. Kesian Jiyeon sebab ada pakwe sewel macam Lay. Perasan bagus.

I lay my love on you[EXO]Where stories live. Discover now