BAB 24-𝐀𝐑𝐈𝐍𝐈𝐍𝐆𝐒𝐔𝐍

4K 287 4
                                    

KELUHAN KASAR dilepaskan apabila mendengar balasan tidak masuk akal adiknya. Tajam matanya menjeling wajah pasrah sang adik. Bantal ditepuk beberapa kali sebelum kepalanya dilabuhkan. Gebar selimut ditarik sehingga paras dada.

Raina terus baring disisi Raima. Gebar selimut turut ditarik sehingga paras dada. Ya, mereka memang tidur sebilik dan sekatil. Faktor utama mereka tidur sama-sama ialah kekurangan bilik dan tidak mahu tidur berasingan.

Sudah mesti mereka tidak mahu berpisah kerana mereka seperti berlangkas. Mahu berkepit dua empat jam. Tipikal pasangan kembar. Semua benda mahu bersama.

Nasib mereka tidak terfikir lagi mahu kongsi suami bersama. Mahunya renggang hubungan mereka kalau benda itu terjadi. Terasa seram apabila difikirkan pula.

"Kau fikir lari rumah dapat selesaikan masalah?" Sinis nada suara Raima bersuara.

Inilah yang mereka bincangkan sehingga naik kemutu otaknya. Dia dan kembarnya sudah tidak tahan duduk didalam rumah ini. Hari-hari Senah membebel kerana memarahi masakan mereka yang teruk.

Bila ditanya kepada adiknya apa jalan penyelesaiannya, senang Raina menjawab lari rumah. Jika sesenang itu. Pasti dia orang pertama angkat kaki dari rumah ini. Naik bernanah telingannya menadah amukan dan herdikan berbisa Senah.

Tertanya-tanya dia, bagaimana Dayra boleh tahan dan terima cacian maknya? Sungguh kebal hati wanita itu.

"Lepas itu, kau katakan tindakan apalagi yang boleh kita lakukan sekarang? Tikam mak?" Tajam Raima menjeling adiknya.

Tidak masuk akal!

"Engkau nak bagi pendapat pun agak-agaklah! Idea asal hanya mahu keluar rumah ini, alih-alih masuk penjara pula! Bodoh!" Garang nada suara Raima.

"Emo betul perempuan ini! Kita lari aje lah kak..." Kasar tangan Raima menyekeh kepala Raina.

Raina meraung sakit sambil tangan mengosok kepalanya. Sakit!

"Kau bercakap memang tak fikir panjang kan?! Cuba kau cakap kita nak lari mana?"

"Cubalah bagi idea bernas sikit! Bagi idea tidak logik langsung!" Sambung Raima.

Dia mahu lari. Penat dengan kehidupan selepas Dayra keluar dari rumah ini. Mana mungkin mereka tidak penat. Senah mengarah mereka kerahkan tenaga untuk mengemas rumah. Sungguh Senah mengarah tidak ubah seperti bos besar.

Sudah dibuat suruhannya bukan dapat pujian. Malah herdikan kasar mereka dapat. Semua yang mereka lakukan tidak kena dimata Senah. Ini salah, itu salah! Naik gila mereka hadap perangai tidak semenggah Senah.

"Jom kita berhijrah ke bendar nak? Kerja sana." Raina menoleh kearah Raima.

Terkebil-kebil mata sepetnya merenung balasan Raima.

"Kita mana ada duit. Nak pergi bandar kena ada duit. Sewa rumah lagi. Kita pergi belum tentu dapat kerja. Sekarang cari kerja bukan senang."

"Aku ada duit simpanan aku. Kita pecah tabung aku nak?" Ceria Raina berkata yang sudah bangkit dari baring.

Terus meluas mata Raima dengan bibir menguntum senyuman lebar. Hilang terus kantuknya. Raima turut bangkit dari baring.

"Tapi... Aku takut mak dengan abah kecewa aje dengan kita. Ya lah bila besar dah lupa jasa mereka. Lupa daratan orang kata. Masa kecil mak boleh jaga kita tapi bila besar kita tak boleh jaga mereka..."

Berubah terus reaksi wajah Raina. Kepala diangguk kecil tanda setuju dengan kenyataan yang keluar dari mulut kakak kembarnya.

"Kita tukar rancangan. Apa kata kita pergi tenangkan jiwa dekat cameron highlands. Nak? Alah, kita pergi empat hari tiga malam je."

Ariningsun |√Where stories live. Discover now