BAB 1

12 1 0
                                    

Write : Aslan Paranoid.

Tajuk : Waddah.

Bab : 01.

Seorang gadis kelihatan sedang meronta kesakitan yang di alami secara ghaib. Wajah si gadis pucat lesu dan terdapat kesan lebam akibat serangan ghaib. Keluarga si gadis memanggil seorang ustaz untuk merawat penyakit si gadis.

'dia bukan terkena sihir biasa... Sihir ini amat kuat!' ujar ustaz daniyal.

'habis macam mana ustaz? Takkan nak biar anak saya begini saja! Takkan tiada cara yang mampu menyelamatkan anak saya!!!' bentak dato muiz.

'jujur saya katakan saya tak mampu dato. Risiko untuk merawat dia terlalu bahaya...' balas ustaz daniyal.

'habis ustaz... Takkan nak dibiarkan anak kami macam ni.' balas datin marya.

'maafkan saya datin. Tinggi risikonya untuk saya mengusir mahluk yang ada pada tubuh anak dato dan datin...' balas ustaz daniyal.

'ustaz cakap berapa saja yang ustaz mahu! Saya bayar! Janji anak saya selamat!' balas dato muiz.

'macam ni lah... Dato... Datin... Saya tak perlukan duit dato dan datin. Tapi biar saya cuba sekali lagi. Tapi saya tak janji saya mampu.' balas ustaz daniyal.

  Dato muiz dan datin marya terdiam. Mereka kemudian di suruh keluar dari bilik dan membiarkan ustaz daniyal sendirian di bilik untuk merawat anak perempuan mereka bernama SOPHIA ARYANA.

'mak... Ayah... Macam mana dengan sophia?' soal rizal. Anak sulung mereka.

'ayah tak tahu nak cakap macam mana... Benda ini terjadi secara tiba2.' balas dato muiz.

'ada kaitan tak dengan si jantan tu?' soal rizal.

'mak tak pasti... Adik kamu tiba2 macam tu.' balas datin marya.

    Aaaaarrrrgghhhh

   Tiba2 raungan sophia membuat mereka saling berpandangan. Rizal dan keluarganya bergegas naik ke bilik sophia. Sebaik tiba di bilik sophia mereka melihat ustaz daniyal sudah tersungkur di tepi almari.

'ustaz! Kamu okay?' soal rizal.

's... Saya memang dah tak mampu! Yang kuasai badan dia bukan bangsa jin! Tapi syaitan!!!! Syaitan!' tegas ustaz daniyal.

'syaitan!' soal datin marya yang terkejut.

      Sophia mula menoleh ke belakang. Wajahnya yang menyeramkan itu cukup membuatkan keluarganya ketakutan. Sophia menyeringai ke arah mereka berempat.

'dato dan datin kena cari orang yang betul2 pandai untuk mengusir syaitan itu keluar!' tegas ustaz daniyal.

'tapi siapa! Takkan ustaz tak mampu langsung nak bantu kami!' soal rizal.

'jika saya masih terus mara ke hadapan... Nyawa saya yang akan terkorban.' balas ustaz daniyal.

'tapi ustaz... Kalau bukan ustaz yang nak bantu kami... Siapa lagi?' soal dato muiz.

'macam nilah dato... Datin... Saya akan kembali esok malam... Tapi saya akan bersama guru saya ... Kami akan cuba membantu anak dato dan datin.' balas ustaz daniyal.

      Mereka hanya mampu berdiam melihat ustaz daniyal berlalu pergi. Tak lama kemudian mereka menoleh dan melihat sophia terbaring di katil dan tidak menyedarkan diri.

'abang.. Kenapa semua ini terjadi. Pasti ada punca nya kan...' balas datin marya.

'abang tak tahu ... Semua ini tiba2 saja...' balas dato muiz.

WADDAH : BERSEKUTU DENGAN SYAITANWhere stories live. Discover now