BAB 2

8 1 0
                                    

Write : Aslan Paranoid.

Tajuk : Waddah.

Bab : 02

Matahari mula menampakkan fajarnya. Dato muiz yang sudah bersiap hendak ke pejabat sempat melihat keadaan sophia di dalam bilik. Kelihatan sophia sedang duduk menyisir rambutnya. Sophia menoleh dan tersenyum melihat ayahnya berdiri di hadapan pintu biliknya.

'good morning ayah.' ujar sophia.

'sophia. Kamu dah sihat kah?' soal dato muiz.

'kenapa ayah? Sophia sakit ke sebelum ini?' soal sophia.

'ya allah... M...mana ada... Jom teman ayah sarapan.' balas dato muiz.

'jom...' ujar sophia.

Sophia dengan wajah ceria menarik tangan dato muiz turun ke bawah. Namun sampai di bawah. Dato muiz di tegur oleh isterinya. Datin marya.

'abang... Abang kenapa?' soal datin marya.

'hai marya? Kamu tak nampak ke sophia dah sembuh!' ujar dato muiz dengan senyuman kegembiraan.

'mana ada sesiapa di sebelah abang?' ujar datin marya kehairanan.

'eh? Tadi sophia ada di sini!' tegas dato muiz.

'sudah lah bang... Saya tahu abang rindu kan sophia... Saya pun rindukan sophia...' balas datin marya.

Datin marya mula melangkah meninggalkan meja makan untuk bersarapan. Tidak lalu dia ingin menjamu makanan. Keceriaan di rumah sudah tiada. Dato muiz kehairanan. Dia masih waras dan ingat bahawa baru saja sebentar tadi sophia menarik tangannya untuk turun ke bawah.

'aku tak gila... Aku masih waras!' ujar hati dato muiz.

Dato muiz melangkah ke bilik sophia. Dia agak terkejut melihat sophia masih terbaring di katil dalam keadaan melemah. Dato muiz menghampiri sophia yang terbaring di katil.

Saat dato muiz berdiri di sebelah katil sophia. Tiba2 pintu bilik tertutup dengan keras. Dato muiz yang terkejut segera memaling ke belakang. Dato muiz terkejut melihat jelmaan yang seiras dengan sophia sedang berdiri di belakangnya.

'k... Kau siapa kau nak apa!' tegas dato muiz.

'aku siapa! Apa kau sudah melupakan aku muiz!' jerit jelmaan sophia.

'kau siapa! Aku takda apa2 urusan dengan kau! Nyah kau!!!!!' jerit dato muiz.

Tiba2 sophia yang terbaring di katil seakan mengalami kesukaran bernafas. Sophia mula memaksa dirinya menyedut udara. Namun wajahnya semakin membiru. Mata sophia terbelalak besar. Urat2 mula timbul di segenap tubuhnya.

'sophia!!!!.. Sophia!!!!' jerit dato muiz.

'dia akan jadi milik aku muiz! Dia akan ikut bersama ku! Jiwa dia akan kekal bersama ku!!!!' jerit jelmaan sophia.

'kau mahluk bangsat! Apa kaitan kau dengan keluarga aku! Jangan kau ganggu anak aku!' jerit dato muiz.

Tiba2 tubuh dato muiz terpental ke belakang dan merempuh almari baju milik sophia dengan kuat sehingga almari baju tersebut pecah akibat tubuh dato muiz.

'dasar manusia hina! Kau takkan selamat muiz! Takkan ada yang mampu menyelamatkan anak kau!!!!' jerit mahluk itu.

Datin marya yang mendengar bunyi keriuhan itu bergegas lari ke bilik sophia. Pintu di ketuk beberapa kali namun bagai terkunci dari dalam. Datin marya menjerit memanggil pembantu mereka untuk membantu dia membuka pintu.

Setelah pintu di buka. Datin marya terus memapah dato muiz keluar dari bilik tersebut sambil di bantu oleh pembantu mereka yang bernama yati. Dato muiz di bawa ke sofa ruang tamu. Lalu luka dia di balut oleh datin marya.

WADDAH : BERSEKUTU DENGAN SYAITANWhere stories live. Discover now