BAB 7

11 2 0
                                    

Write : ASLAN PARANOID.

Tajuk : WADDAH.

Bab : 07.

   Safwan dan danny mula tiba di kawasan villa mewah itu. Tujuan kehadiran mereka adalah untuk menziarahi sophia. Suasana villa mewah yang sunyi itu membuatkan safwan dan danny saling berpandangan. Salam mereka tiada yang menyahutnya.

'ada orang ke?' soal safwan.

'entah lah. Rumah sunyi je.' balas danny.

'habis macam mana ni? Nak balik ke?' soal safwan.

'takkan nak balik. Kita dah sampai kot.' balas danny.

   Tiba2 mereka mendengar bunyi kaca pecah. Safwan dan danny mula berpandangan. Lalu mereka melangkah masuk. Bau hanyir darah menusuk hidung mereka. Safwan dan danny saling berpandangan.

    Tiba2 bunyi barang jatuh jelas kedengaran dari tingkat atas. Safwan dan danny segera berlari naik ke tingkat atas. Mereka terkejut melihat keadaan datin marya yang penuh dengan luka dan terbaring lemah di lantai bilik. Safwan segera berlari mendapatkan datin marya.

'datin! Bangun datin!' ujar safwan.

'wan! Kau stay sini. Aku cuba cari siapa yang ada di rumah ni!' ujar danny.

'danny! Hati2. Apa2 jerit panggil aku!' tegas safwan.

'okay!' balas danny.

    Danny mula meninggalkan safwan yang masih berusaha menyedarkan datin marya. Usaha safwan membuahkan hasil. Datin marya mula tersedar. Dia melihat safwan bersamanya.

'datin! Apa yang terjadi ni?' soal safwan.

's... Safwan... Kita kena pergi dari sini...c..cepat!' ujar datin marya.

'tapi apa dah jadi ni datin? Dato mana?' soal safwan.

'ta... Takda masa saya nak jelaskan... Lebih baik kita lari kan diri sekarang ni!' ujar datin marya.

      Di tingkat bawah villa. Danny perlahan melangkah ke bahagian bilik yati si pembantu rumah. Danny menolak pintu dengan perlahan2.

'allah hu akbar!' teriak danny.

       Yati ditemui tidak bernyawa dengan seluruh tubuhnya dipenuhi darah dan mayatnya dalam keadaan terbaring di atas katil. Danny menutup mulut dan hidungnya menggunakan darah. Bau hanyir darah jelas menusuk hidungnya.

       Saat danny menoleh. Tiba2 leher dia di cekik dengan kuat oleh dato muiz. Saat ini pandangan mata dato muiz amat menakutkan. Danny di lempar ke belakang sehingga tubuh dia merempuh almari dalam bilik yati sehingga almari tersebut pecah.

'd...dato apa semua ni!' soal danny.

'kerana kalian... Habis apa yang aku rancangkan semua jadi musnah!' balas dato muiz dengan nada yang menyeramkan.

'jadi sophia tu dato sendiri yang sihir!' jerit danny.

'dekat situ kau dah silap tafsir! Aku tidak menyihir dia! Tapi aku... Aku menjadikan dirinya sebagai waddah untuk syaitan ku terus memberi ku kekayaan!' tegas dato muiz.

'kau ni memang dah gila!' jerit danny.

       Danny cuba menyerang dato muiz. Namun kekuatan yang ada pada diri dato muiz itu amatlah luar biasa. Danny yang hanya seorang manusia biasa tidak mampu menandingi kekuatan yang di miliki oleh dato muiz yang telah bersatu dengan syaitan belaan nya.

      Danny dengan mudah di angkat. Lalu di lempar ke belakang sehingga tubuhnya merempuh pintu stor yang berada di tingkat satu. Pada masa yang sama. Datin marya yang di papah safwan amat terkejut apabila melihat tubuh dato muiz dipenuhi dengan simbol2 berunsur pemujaan syaitan.

WADDAH : BERSEKUTU DENGAN SYAITANWhere stories live. Discover now