BAB 8

11 2 0
                                    

Write : ASLAN PARANOID.

Tajuk : WADDAH.

Bab : 08.

    Fajar mula memperlihatkan sinarnya. Sophia yang ditemani rizal mula melangkah berjalan menaiki rumah khaled selepas mereka diberitahu oleh pak udin bahawa imam bidin berada di sana.

   Kelihatan imam bidin sedang merawat luka di perut khaled. Melihat kehadiran mereka. Khaled mengajak mereka untuk duduk di dalam. Imam bidin turut sama duduk bersama mereka sambil memandang wajah sophia.

'maafkan aku khaled. Tak sangka kau niat membantu kami... Tapi kau menerima balasan sebegini.' ujar rizal agak sedikit kesal selepas melihat keadaan khaled.

'eh... Jangan cakap macam tu bang. Saya ikhlas membantu. Sophia... Awak apa khabar?' soal khaled.

'a... Alhamdullilah... Saya makin sembuh.. Isk... Saya nak tanya awak.. Boleh awak jawap dengan jujur?' soal sophia.

'in shaa allah... Saya akan jawap jika saya tahu jawapannya.' balas khaled dengan senyuman.

'betul ke ayah kami yang mencelakakan awak? Betul ke luka tusukkan di perut awak itu perbuatan ayah saya?' soal sophia.

    Khaled terdiam. Dia memandang wajah imam bidin. Imam bidin memberi isyarat supaya khaled menceritakan segalanya pada rizal dan sophia. Khaled menarik nafas panjang. Lalu dia mengangguk sambil melepaskan nafasnya.

'ya allah...isk.. Tapi kenapa?' soal sophia.

    Khaled mula menceritakan asal usul dari awal sebelum kejadian ini berlaku. Asal usul kemunculan syaitan yang merasuki tubuh sophia. Cerita ini juga dia ketahui dari arwah ayahnya iaitu raden busman beberapa bulan sebelum raden busman terbunuh secara misteri.

   Cerita ini bermula pada susur galur keturunan terdahulu. Iaitu datuk dan nenek kepada rizal dan sophia. Mereka berdua dahulunya hidup mewah di kampung ini. Segala harta kekayaan mereka berasal dari pemberian syaitan tersebut. Pada mulanya mereka di pandang hina atas kedaifan mereka. Namun disebab kan terhasut oleh bisikkan syaitan mereka rela menjadi bawahan syaitan demi mendapat kan kekayaan yang pantas.

   Hal ini di ketahui oleh guru kepada raden busman. Iaitu ayah raden khaled. Guru busman yang mengetahui kegiatan itu cuba memberi nasihat agar perbuatan datuk dan nenek mereka kembali ke pangkal jalan. Namun tidak diendahkan oleh datuk dan nenek mereka berdua.

   Namun. Sudah menjadi adat resam. Sesiapa yang bersekutu dengan syaitan pasti ada bayaran nya. Syaitan itu mula meminta persajian istimewa jika datuk dan nenek mereka berdua ingin terus mengekalkan kekayaan. Mereka harus memberi syaitan itu waddah. Iaitu tubuh seorang gadis yang hasil dari keturunan mereka untuk di jadikan sarang tempat tinggal syaitan tersebut.

    Cerita mereka terhenti di situ. Kedatangan pak udin sambil memapah datin marya membuatkan mereka terkejut. Datin marya memeluk erat tubuh sophia. Dia merasa lega melihat kedua anaknya selamat di sini.

'mak! Apa dah jadi!' soal rizal.

'isk... Ayah kamu... Ayah kamu dah gila! Dia lah punca selama ini sophia sakit! Dia bersekutu dengan syaitan! Dia mahukan sophia menjadi waddah pada syaitan itu agar dia terus kekal kaya raya!' jelas datin marya.

'subahan allah... Muiz... Kau benar2 dah gila... Kesilapan yang dulu berulang kembali...' keluh pak udin.

'mak bawa kereta safwan? Safwan mana?' soal sophia.

'isk... Gara2 hendak menyelamatkan nyawa mak... Mereka berdua menjadi korban sophia...isk...mak tak mampu menyelamatkan mereka..isk..' esak datin marya.

WADDAH : BERSEKUTU DENGAN SYAITANWhere stories live. Discover now