BAB 5

14 1 0
                                    

Write : ASLAN PARANOID.

Tajuk : WADDAH.

BAB : 05.

      Rizal yang di temani fia mula tiba di villa bersama dengan khaled. Rizal sempat menelefon pak udin dan meminta pak udin menjelaskan pada khaled bahawa mereka lah orang yang mencari khaled. Selepas mendengar kata2 pak udin. Khaled bersetuju mengikuti mereka pulang.

     Tiba di pintu utama. Rizal dan fia kehairanan melihat langkah khaled berhenti. Mereka menghampiri khaled yang berdiri di luar villa.

'kenapa khaled?' soal rizal.

        Khaled berdiam. Dia tidak membalas kata2 rizal. Mata khaled masih memandang ke arah pintu utama villa tersebut. Sementara itu. Sophia yang terbaring di bilik tiba2 bangkit. Mata sophia mula bertukar menjadi merah.

'RADEN BUSMAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!' jerit sophia.

        Datin marya dan dato muiz yang masih tidak menyedari kehadiran khaled mula terkejut mendengar jeritan suara sophia yang menyeramkan itu. Mereka saling berpandangan. Baru saja datin marya dan dato muiz hendak naik. Sophia tiba2 melompat dari bilik nya dan duduk di besi pemegang tangga sambil matanya yang menyeramkan itu menjeling tajam ke arah pintu utama dan menyeringai.

'bangsat kau Raden busman!!!!!!! Keturunan kau tiba akhirnya!!!!!!!!!!' jerit sophia.

       Situasi itu membuatkan datin marya kehairanan. Ini pertama kali dia melihat sophia yang kerasukkan itu bertindak seperti ini. Sophia yang kerasukkan itu seakan ketakutan. Datin marya juga tidak mengenali nama yang di jerit sophia.

      Dato muiz yang mendengar nama raden busman membuatkan dia teringat akan sesuatu. Dato muiz segera memandang ke arah pintu yang di renung sophia. Nampaknya ada seseorang di luar pintu. Saat tombol di pusing. Sophia tiba2 melompat ke sana.

       Rizal dan fia yang baru membuka pintu terkejut dan terpental akibat terkena rempuhan dari sophia. Khaled dengan pantas menahan rempuhan sophia sehingga membuat sophia terawang kaku di udara.

'akhirnya kita bertemu juga!' tegas khaled.

'kau masih memburu ku! Kau dan leluhur kau masih tidak berputus asa mengincar ku!' tegas sophia kerasukkan.

'leluhur mereka telah mengamanahkan leluhur aku untuk membinasakan kau syaitan!!!' tegas khaled.

        Dengan menggunakan jurus kekuatan ghaib. Khaled berjaya membuat sophia terpental ke dinding. Sophia yang terpental mula merangkak ke syiling. Keadaan itu tak ubah seperti seekor cicak yang melekat di dinding.

        Khaled mula membaca beberapa potongan ayat suci al quran. Lalu dia mengeluarkan seutas cemeti usang yang tersimpan di beg sandangnya. Khaled melibas2 cemeti itu ke lantai lalu tangan dia menghalakan tepat ke arah sophia yang masih melekat di dinding.

'lepaskan tubuh gadis itu! Dia tiada kaitan dengan kau!!!!' jerit khaled.

'tidak! Dia hak aku! Aku berhak mendapatkan dia!' jerit sophia.

'dia tiada kaitan dalam perjanjian leluhur dia! Kau lepaskan dia!' bentak khaled.

       Bagaikan memilik kekuatan sakti. Tali cemeti di libas ke arah sophia. Walau tidak mengenai sophia namun dengan kuat sophia terhempas ke sofa ruang tamu. Khaled terus menerus bermain libasan dengan cemeti di tanganya. Walau tidak kena secara nyata namun secara ghaibnya pukulan itu mengenai syaitan yang merasuki tubuh sophia.

'kau lepas kan tubuh gadis itu! Aku tau siapa kau! Mana asal kau!' jerit khaled.

       Mulut sophia mula berkumat kamit seolah2 sophia sedang membaca mantera. Lantai di sekeliling khaled mula merekah. Puluhan tangan misteri mula memegang kaki khaled. Keadaan itu membuatkan rizal dan yang lain agak ketakutan dan panik.

WADDAH : BERSEKUTU DENGAN SYAITANWhere stories live. Discover now