BAB 1

22 2 6
                                    

     "Drama baru ke?"
Aku melabuhkan punggung di sebelah Amal yang sedang bersila di atas sofa sambil memangku sepinggan kentang goreng. Dia mengangguk.
     "Baru episod pertama ni. Nak aku ulang balik tak? Boleh marathon sama-sama," ujarnya, tersengih panjang. Aku segera megiyakan.
     "Ekin mana?"
     Mataku meliar ke segenap ruang tamu dan dapur. Tiada.
     "Dia ada extra class. Ada student dia request katanya sebab exam tak lama lagi kan."
     Aku hanya mendiamkan diri. Baru-baru ini Ekin nampaknya lebih sibuk. Kadang-kala dia balik agak lewat daripada kebiasaan dan hujung minggu juga perlu berada di universiti. Kami sudah agak jarang dapat berkumpul bertiga untuk makan malam bersama atau keluar berjalan-jalan seperti selalu. Bukan senang sebenarnya pekerjaan seorang pensyarah, fikirku. Walaupun bergaji bear tetapi tanggungjawab yang dipikul jugak sama besarnya.
      "Eh esok temankan aku hantar barang dekat Alin kejap. Mak aku dah bising sebab aku dah lama tak jenguk dia dekat hostel."
     "Kenapa tak kirimkan sekali dengan Ekin? Rasanya esok pun dia ada class kan," balasku lalu mengunyah kentang goreng perlahan-lahan. Mataku msih tertancap pada kaca televisyen.
     "Malaslah nak kirim dengan dia. Nanti susah lagi dia nak contact and tunggu Alin tu turun. Budak tu kalau tak ada kelas bukan nak bangun awal," bebel Amal. Dia kemudian menekan butang pause dan berlalu ke dapur. Tidal lama selepas itu dia kembali dengan membawa satu jag penuh oren Sunquick dan dua biji gelas.
     "Kalau macam tu alang-alang dah keluar esok jom singgah mall terus," ujarku dengan nada girang. "Aku nak beli hadiah untuk Yurieka. Minggu depan birthday dia. lepas tu kita beli barang dapur sikit."'
     "Roger! Lunch and dinner sekali kau belanja. Set!"
     Aku mencebik. Pandai betul ambil kesempatan!

***

TEPAT jam 8 malam barulah Ekin sampai ke rumah. Dia nampak keletihan. Setelah mletakkan handbag dan fail di atas di atas meja, dia menghempaskan tubuh ke atas sofa.
     Zu, nak air," pintanya sambil melemparkan senyuman manja. Aku membuka peti ais dan menuangkan dia segelas air sejuk.
     "Esok ada class lagi ke?" Soalku lalu duduk disebelahnya. Dia menganggu lemah.
     "Korang masak apa hari ni?"
     "Dekat dapur ada ikan masak asam pedas. Sayur pun ada. Nasi aku dah panaskan. Kami dah makan tadi sebab ingatkan kau balik lewat sangat," jelasku. "Esok aku nak temankan Amal drop barang dekat Alin. Lepas tu nak beli barang sikit."
     "Ala korang tinggalkan aku lagi."
     Ekin memeluk bahuku. Aku menepis tangannya.
     "Kau tu yang busy melampau. Nanti masa study week dah kurang sibuk bolehlah kita hangout. Dah pergi mandi. Busuklah."
     Aku bergurau dengan pura-pura menutup hidung. Ekin menampar bahuku beberapa kali sebagai tanda melepaskan kegeraman. Aku hanya ketawa. Amal yang baru sahaja keluar dari tandas selepas selesai mandi memandang kami dengan jengkel.
     "Ha yang satu tak mandi lagi sebab baru jumpa jalan balik ke rumah. Tapi yang lagi teruk ada sorang lagi tu tak mandi sebab tak habis-habis download drama dia!"
     Aku dan Ekin menahan tawa. Amal bila sudah mula membebel memang agak lucu di mata kami. Lagaknya seperti seorang kakak.
     "Korang tunggu apalagi? Take turn la pergi mandi. Tandas dan sabun mandi dah rindu korang sangat-sangat tu. Atau nak aku hamparkan karpet merah?"
     Kali ni tawa kami pecah terburai!

SEKALI LAGI BAHAGIAWhere stories live. Discover now